Merintis Jalan ke Nusantara: Kisah Bahasa dan Budaya Dua Negara

ASMAH HAJI OMAR merupakan pakar nahu Bahasa Melayu dan tokoh terkenal dalam bidang perancangan bahasa.

DBP (Cetakan Pertama, 2022)
341 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM45.00

In stock

Merintis Jalan ke Nusantara: Kisah Bahasa dan Budaya Dua Negara merupakan memoir Asmah Haji Omar mengenai hidupnya sebagai pelajar Malaya di Jakarta dari tahun 1958 hingga tahun 1963. Ketika berada di Jakarta, sebagai pelajar di Fakultas Sastera, Universitas Indonesia, penulis ada menyimpan buku harian yang memuat catatan beliau setiap hari selama hampir lima tahun berada di sana. Penceritaan tidak dilakar berdasarkan kronologi kehidupannya ketika berada di Jakarta, tetapi berlegar di sekitar peristiwa dan sistem atau tradisi, yang merupakan hasil pemerhatiannya secara empiris serta juga pengalaman yang dilalui penulis. Peristiwa atau tradisi dianalisisnya dari berbagai-bagai sudut pandangan, termasuk konteks berlakunya tiap-tiap peristiwa, atau mengapa wujudnya sesuatu tradisi atau sistem, di Malaya dan Indonesia, dari aspek semasa (sinkronik) dan juga aspek sejarah (diakronik). Dengan kaedah yang seperti ini, maka memoir ini berjaya menghasilkan gambaran menyeluruh mengenai persamaan dan perbezaan antara Malaya dan Indonesia, terutama sekali dalam amalan bahasa dan budaya hidup rakyat kedua-duanya, yang tidak dapat dipisahkan dari kehidupan sosiopolitik zaman tersebut.

Pemberian beasiswa oleh pemerintahan Indonesia kepada Malaya seperti yang disebut di atas telah membuka jalan dan pintu ke arah mata angin yang belum pernah ditempuhi oleh rakyat Tanah Melayu atau Malaya dalam bidang pengajian tinggi, yakni peringkat universiti. Penulis bernasib baik mendapat anugerah salah satu daripada lima beasiswa berkenaan. Yang lainnya adalah empat orang pemuda. Berita berkenaan dengan pemergian mereka berlima melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti dalam bidang bahasa dan kesusasteraan Indonesia disambut baik oleh masyarakat tanah air, dan dihebahkan dalam akhbar dan majalah Melayu dan Inggeris. Majalah Mastika menggunakan tajuk berita pada kulitnya yang berbunyi, ‘Biduk Lalu Kiambang Bertaut’. Tajuk ini melekat di kepala penulis hingga sekarang, dan melahirkan idea kepada beliau menggunakan maknanya sebagai tajuk bab pertama memoir ini. Dalam perkataan lain, mereka berlima telah merintis jalan seperti berlalunya biduk di dalam air. Laluan biduk itu telah menyebabkan air berkocak dan dengan itu membawa kiambang-kiambang di sebelah menyebelah laluan biduk itu berkait-kaitan satu sama lain. Dalam makna metafora perumpamaan ini, perkaitan kiambang melambangkan perkaitan persahabatan Malaya dan Indonesia.

Kata Pengantar
Prakata

1. Bergeraknya Biduk
Pengenalan
Latar Belakang Sejarah Hubungan Malaya dan Indonesia
Hubungan Awal Malaya dan Indonesia
Objektif dan Kaedah Penulisan Buku Ini
Kesimpulan

2. Keluarga Besar Bahasa Melayu serta Penuturnya
Pengenalan
Kekeluargaan Bahasa dan Penuturnya
Keluarga Indonesia dalam Rumpun Austronesia
Alam Melayu Sebagai Pusat Rumpun Austronesia
Lalu Lintas Bahasa Melayu dan Penuturnya
Bahasa Tinggi, Rendah dan Neutral
Asal Usul Bahasa Indonesia
Kesimpulan

3. Sama Tetapi Tidak Serupa
Pengenalan
Penjajahan Alam Melayu
Corak Penjajahan
Corak Sistem Pendidikan
Corak Demografi
Semangat Perpaduan
Budaya Hidup
Nama Peribadi Sebagai Indeks Asal Usul dan Budaya
Kesimpulan
Nota

4. Deruan Angin Selatan
Pengenalan
Terbukanya Pintu Pengajian di Indonesia
Mula Bertapak di Tanah Jawa
Nona Malaya di Wismarini
Deruan Angin di Luar Asrama
Kesimpulan
Nota

5. Pemodenan dan Keseragaman
Pengenalan
Suku Kaum dan Penggolongan Etnik
Agama dan Budaya Hidup
Pembakuan dan Keseragaman Bahasa
Bahasa Pencerminan Budaya
Penyesuaian dan Pemodenan
Kesimpulan

6. Kepelbagaian Sumber dan Sekitaran Ilmu
Pengenalan
Jenis Pendidikan Sebelum Malaya Merdeka
Madrasah Sebagai Pelengkap Pendidikan Orang Melayu
Ilmu Ada di Mana-mana
Pengajian Sarjana Muda Sastera
Pengajian Sarjana Sastera
Ilmu Pengetahuan di Luar Tembok
Pemerhatian dan Pengalaman
Kesimpulan

7. Kesimpulan: Pelbagai Warna Hidup
Pengenalan
Berjimat Cermat
Menyambut Hari Raya
Kejutan Jatuhnya Nilai Wang
Penyesuaian Diri
Menghadapi Suasana Permusuhan
Mengenali Pelbagai Ragam Manusia
Membina Keupayaan Berfikir dan Cultural Intelligence
Nilai Pengetahuan Bahasa
Kesimpulan

Lampiran
Bibliografi
Indeks

Weight0.407 kg
Dimensions21.6 × 14 × 1.7 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.