Mak Jerbek: Kajian Strukturalisme

Disunting oleh MOHAMAD SHAHIDAN dan NURUL HIDAYAH YUSOF

DBP (Cetakan Pertama, 2019)
134 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM18.00

In stock

Mak Jerbek: Kajian Strukturalisme merupakan sebuah kajian rintis untuk sastera lisan bercorak cerita, dilengkapi dengan transkripsi penuh bersumberkan penceritaan lisan. Genre lipur lara sebagai sastera lisan berbentuk cerita lazimnya ditandai oleh tiga ciri penting sebagai bahagian dasarnya. Pertama, cerita bermula dengan peristiwa sebelum pengembaraan putera raja. Kedua, perkembangan cerita berlaku semasa putera raja mengembara dan menempuhi pelbagai cabaran dengan segala peristiwa yang boleh mematangkan pengalaman hidup. Ketiga, cerita biasanya berakhir dengan kegembiraan. Anak raja/putera raja kembali ke negeri ayahanda dan bonda bersama-sama dengan puteri raja yang dinikahi semasa pengembaraan.

Cerita Mak Jerbek memiliki ciri-ciri tersebut dan tergolong dalam cerita lipur lara. Cerita ini dikaji dengan menggunakan pendekatan strukturalisme, iaitu kajian yang memberikan perhatian sepenuhnya kepada karya sastera sebagai struktur yang autonomi. Dengan ciri khas teori ini, cerita Mak Jerbek dikaji bagi melihat kesatuannya yang membulatkan makna berdasarkan unsur-unsur yang berjalinan dan menstrukturkannya. Unsur-unsur tersebut ialah tema, plot, watak dan perwatakan, latar, gaya bahasa dan sudut pandangan.

Sebagai kajian yang bersifat close reading, strukturalisme mempunyai beberapa kelemahannya. Kajian ini melepaskan pandangan penceritanya yang mewarisi pandangan hidup masyarakat Melayu silam; tidak menghubungkan dunia cerita dengan dunia nyata; dan pembaca sebagai pengkaji juga tidak dapat melihatnya sebagai sistem tanda yang bermakna. Meskipun adanya kelemahan-kelemahan tersebut, pendekatan strukturalisme juga adalah penting. Pendekatan ini sahajalah yang dapat menggali makna daripada karya. Maka, untuk memahami makna atau untuk melihatnya melalui pendekatan-pendekatan yang lain, strukturalisme tidak dapat dilepaskan daripada perhatian pengkaji.

Kata Pengantar
Prakata
Pendahuluan

1. Sinopsis
2. Kajian Strukturalisme Cerita Mak Jerbek
3. Transkripsi Cerita Mak Jerbek

Glosari
Bibliografi
Indeks

Weight0.175 kg
Dimensions21.5 × 13.8 × 0.7 cm
Author(s)

,

Format

Language

Publisher

Series

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.