Out of stock

Perjanjian Bangkok 1909: Wacana Sejarah dan Persejarahan

Disunting oleh AZMI ARIFIN, FARID MAT ZAIN dan ZAIDIN MOHD NOOR

Penerbit USM (Cetakan pertama, 2023)
290 halaman termasuk Indeks

RM49.00

Out of stock

ISBN: 9789674617301 Product ID: 37632 Subject: Sub-subjects: , , , ,

Perjanjian Bangkok 1909: Wacana Sejarah dan Persejarahan menelusuri sejarah hubungan negeri-negeri Melayu-British-Siam, kolonialisme, nasionalisme, perjuangan politik, perkembangan yang membawa kepada termeterainya Perjanjian Bangkok 1909 serta kepentingan dan kesan-kesan di sebalik perjanjian itu secara menyeluruh. Fokus buku ini adalah untuk menjelaskan tentang peranan utama yang dimainkan oleh pelbagai kelompok politik dan nasionalis, pemerintah dan rakyat, hinggalah kuasa-kuasa imperialis dalam menentukan kemaraan imperialisme serta jatuh bangunnya negeri-negeri Melayu Utara khususnya sejak awal kurun ke-20.

Jika tahun 1824 dikenang sebagai tanggal termeterainya sebuah perjanjian yang telah memisahkan Semenanjung Malaysia dengan Indonesia, tahun 1909 pula menyaksikan terbentuknya satu perjanjian yang melibatkan British-Siam yang memisahkan negeri-negeri Melayu utara dengan wilayah-wilayah Melayu utara lainnya yang dahulunya merupakan negeri-negeri Melayu, tetapi kini lebih dianggap sebagai sebahagian daripada negara Thai. Perjanjian Anglo-Siam atau lebih dikenali sebagai Perjanjian Bangkok 1909 merupakan pelengkap beberapa siri perjanjian yang dibentuk antara British-Siam demi kepentingan imperialisme dan politik yang akhirnya turut memberi kesan besar dalam menentukan kedudukan sempadan Malaysia hingga ke hari ini. Dari satu segi, tahun 1909 merupakan satu titik hitam sejarah yang memisahkan hubungan persaudaraan dan politik yang telah lama terjalin antara negeri-negeri Melayu dengan Patani misalnya (dan beberapa wilayah Melayu lair yang dikuasai Thai), yang mempunyai pengalaman sejarah dan turun naiknya sendiri sebelum dicengkam oleh Siam pada zaman Ayuthia pada kurun ke-19.

Perjanjian yang dibuat secara rasmi di Bangkok itu, yang dilakukan tanpa makluman atau disedari oleh pemerintah negeri-negeri Melayu sendiri yang terlibat sebagai subjek di dalam persetujuan itu, telah menghasilkan lapan artikel bersama dua protokol yang menjadi lampiran (annex) perjanjian itu. Keputusan perjanjian tersebut mensyaratkan supaya diadakan satu penyelesaian sempadan yang tetap, bertanda dan kekal untuk selama-lamanya bukan untuk kepentingan rakyat tempatan, tetapi untuk kepentingan imperialis. Hal ini bermaksud British dan Siam bersepakat untuk tidak lagi campur tangan dalam hal di luar daripada persempadanan wilayah yang diiktiraf bersama sebagai milikan kuasa penjajah. Artikel 1, iaitu yang paling pokok dalam perjanjian itu jelas menyebut bahawa kerajaan Siam bersetuju untuk menyerahkan hak-hak kedaulatan, naungan, pentadbiran, perundangan dan apa-apa juga kawalan ke atas negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis dan pulau-pulau berdekatan kepada pihak British.

Namun, secara tidak langsung menetapkan bahawa selain negeri yang jelas disebutkan, wilayah Melayu lain seperti Patani, Narathiwat, Setul (Satun), Singgora (Songkhla) dan Yala akan terus kekal diletakkan di bawah kekuasaan Siam. Dengan kesepakatan bersama kuasa-kuasa penjajah itu, maka negeri-negeri Melayu telah ditetapkan nasibnya tanpa hak yang jelas, walaupun menganggap mereka sebagai negeri-negeri yang berdaulat dan tidak dijajah. Perjanjian Bangkok 1909 yang memisahkan sepenuhnya antara dua wilayah Melayu kepada dua pengaruh penjajahan, iaitu British dan Siam, memecahkan bukan sahaja sempadan politik dan kebangsaan, tetapi juga pemikiran masyarakat terhadap pengalaman sejarah itu sendiri. Perjanjian itu menatijahkan perasaan atau ‘kelukaan’ berpanjangan yang tidak mungkin boleh dijalinkan.

Pengantar
Prakata
Singkatan

1. Perjanjian Bangkok 1909 dalam Konteks Sejarah dan Persejarahan
Azmi Arifin

2. Bahan-bahan Perjanjian Bangkok 1909 dalam Simpanan Arkib Negara Malaysia
Zaidin Mohd Noor

3. Manuskrip Melayu: Tumpuan Terhadap Hubungan Negeri-negeri Melayu dan Siam
Mardiana Nordin

4. Penjajahan Siam di Kedah dan Penentangan Orang Melayu, 1821-1842
Mohd Isa Othman & Azmi Arifin

5. Bunga Emas dalam Konteks Hubungan Negeri-negeri Melayu dan Siam: Penelitian Berasaskan
Manuskrip Melayu
Wan Shamsudin Mohd Yusof

6. Senario Hubungan Negeri-negeri Melayu dan Siam Sebelum Tahun 1909
Abdullah Zakaria Ghazali

7. Konsep Negeri, Persempadanan dan Isu-isu dalam Hubungan Negeri-negeri Melayu dan Siam Hingga Termeterainya Perjanjian Bangkok 1909
Mior Ahmad Noor Mior Hamzah

8. Hubungan British, Siam dan Negeri-negeri Melayu Utara Sebelum Perjanjian Bangkok 1909
Ho Hui Ling

9. British, Siam, Negeri-negeri Melayu dan Perjanjian Bangkok 1909: Beberapa Penjelasan Syarat
dan Isi Kandungannya
Mohamad Roslaily Rosdi & Adly Izmal Karim

10. Kepentingan Perjanjian Anglo-Siam 1909: Analisis dari Perspektif Bangkok
Kobkua Suwananthat-Pian

11. Kesan Perjanjian Bangkok 1909 Terhadap Negeri-Negeri Melayu Utara
Azmi Arifin & Nik Haslinda Nik Hussain

12. Perjanjian Bangkok 1909: IsuKetertinggalan Patani dan Implikasinya
Nik Anuar Nik Mahmud & Farid Mat Zain

Penyumbang
Indeks

Weight0.524 kg
Dimensions24 × 16.5 × 1.6 cm
Author(s)

, , , , , , , , , , , , ,

Class

Format

Language

Publisher

,

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.