Persoalan Mustahak: Ruang, Seni, Budaya, Bahasa dan Agama Sebagai Pertunjukan

BENZ ALI adalah manusia pemberontak, dan pendiri Toko Buku Rakyat.

Gerakbudaya (Cetakan pertama, 2023)
184 halaman

RM35.00

Only 1 left in stock

ISBN: 9789670076133 Product ID: 37885 Subject: Sub-subjects: ,

Persoalan Mustahak: Ruang, Seni, Budaya, Bahasa dan Agama Sebagai Pertunjukan merupakan sebuah kumpulan tulisan Benz Ali, yang mendepani persoalan ‘ruang’ dalam masyarakat, yang menghinggap seantero wacana di Malaysia. Pada Benz Ali, kita dengan berdepan dengan persoalan ruang yang menggigit. Kerana padanya, permasalahan ruang ialah permasalahan yang runcing. Dari soal anak-anak di kota tiada ruang untuk bermain, yang memaksa mereka bermain di laluan orang ramai dan di tepi kedai makan, tepi lalu lintas, sehingga ke ruang sesaknya lalu lintas di Kuala Lumpur dan Selangor, membawa ke persoalan ruang untuk kita tidur yang pada ramai orang hanya mampu dilihat, tidak mampu dimiliki.

Persoalan ruang juga mengganasi kaum imigran apabila mereka diseksa untuk tinggal berhimpit-himpit dalam rumah beramai-ramai demi mencari nafkah di Malaysia. Sementara orang kaya memiliki begitu banyak ‘ruang’ (baca: termasuk wang dan peluang), yang harganya berjuta-juta, orang miskin hanya mampu memerhati—dengan penuh dendam dan amarah—lebih sadis sekaligus naif, jika memerhati dengan penuh syukur. Justeru, tajuk atau tema ruang menjadi satu yang utama dalam kumpulan tulisan ini. Jika kita berjalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur, kita akan mendapati banyak ruang yang tidak digunakan dan dimanfaatkan dengan benar. Banyak bangunan kosong disia-siakan. Golongan tidak berumah memerhatikan dengan penuh kebencian kerana ruang itu ada, tetapi mereka tidak diberikan peluang untuk hidup di situ, sebaliknya hanya dibenarkan hidup terlantar di jalanan.

Persoalan seni, budaya, bahasa dan agama sebenarnya saling kait-mengait antara satu sama lain, membentuk satu jahitan yang penuh tampalan-tampalan hodoh di Malaysia. Kita berdepan dengan masalah yang sukar, iaitu siapa atau apa, kita mahu tuding salah siapakah ini. Ini adalah persoalan-persoalan yang mustahak dari begitu banyak lagi persoalan-persoalan mustahak yang lain, yang tidak terungkapkan dalam kumpulan tulisan ini. Kumpulan tulisan ini lebih banyak menjurus kepad2 persoalan-persoalan mustahak yang jarang diberi perhatian yang wajar. Yang lebih banyak ada pada kita dap begitu diberi perhatian ialah persoalan-persoalan agama yang sepele, politik personaliti yang mendungukan dan . persoalan-persoalan sensasi yang membius kita dari berfikir—apa yang lebih mustahak untuk difikirkan.

Prakata

1. Kenapa Buku Antithesis Diharamkan?
2. Messiah: Zaman Kegersangan Spiritual
3. Rebel, Tuhan dan Muzik: Belasungkawa Buat Bang Meor Pestajiwa
4. Membalak Bersama Ulamak
5. Keadilan Hanya Untuk Islam?
6. Mengapa Sosialisme Harus Diberikan Peluang?
7. Kenapa Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kedua Asean Ditentang?
8. Basikal Lajak dan Kemiskinan Ruang di Ibu Kota
9. Pengangkutan Awam yang Efektif, Penyelesaian Kesesakan Jalan Raya
10. Adakah Buku Masih Ada Harapan?
11. PBAKL 2022: Cerita Bangsa Kecil yang Bercita-cita Besar
12. Siapa Rahman Shaari?
13. Gerakan Islam Tanpa Pawagam
14. Bagaimana Pula Dengan Menghina Agama Orang Lain?
15. Masyarakat Lelaki Kita yang Terlalu Obsess Pada Perempuan Nak Pakai Apa
16. Menjadikan Mall Sebagai Tempat Membeli Belah, Bukan Tempat Beribadah
17. Menghargai Tokoh-tokoh Kiri Setiap Negeri
18. Minda Tertawan: Mentaliti Penyembah Penjajah
19. Bila Regim Islam Benarkan Konsert
20. Apa Masalah Bila Regim Islam Memerintah?
21. Mahathir: Agent of Chaos
22. Bila Artis Masuk Politik
23. Adakah PAS Sudah Melupakan Hudud?
24. Menjadi Pembangkang yang Bijak
25. Politik Kita yang Belum Matang
26. Menanti Keajaiban Anwar Ibrahim
27. Melihat PH Bekerja
28. Mencari Wacana di dalam PAS

Weight0.188 kg
Dimensions19 × 13 × 1.4 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.