Kutukan dari Langit: Drama Lima Babak merupakan drama tulisan Arena Wati, yang mengisahkan kehilangan sebuah patung milik peribadi Ratina yang amat disayanginya, menyebabkan dia sanggup mendakwa Patigo—lelaki yang amat dicintainya—ke muka pengadilan atas tuduhan mencuri patung. Pada masa yang sama, Patigo turut mendakwa Ratina dengan tuduhan tertentu. Dalam perbicaraan tersebut, Ratina selaku plaintif dan Patigo selaku defendan, dan sebaliknya telah mengemukakan hujah yang menggemparkan mahkamah dan warga Doinensia untuk memperkukuh dakwaan mereka. Dalam perbicaraan itu juga, pihak jaksa, iaitu pendakwa raya dan pihak peguam bela telah membongkar kisah nostalgia Ratina dan Patigo yang mengejutkan para hakim ketika kedua-duanya masih kecil, remaja, dewasa dan berstatus warga emas dalam pendakwaan dan pembelaan masing-masing.
Mengapakah Ratina mengheret Patigo ke muka pengadilan? Apakah hujah yang menggemparkan mahkamah dan masyarakat Doinensia dalam kes Ratina lawan Patigo dan kes Patigo lawan Ratina? Perbicaraan yang menarik ini juga turut membongkar kepincangan sistem pemerintahan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah yang berwewenang dalam negara Doinensia. Drama ini wajar dibaca oleh pegawai penguat kuasa, pegawai kehakiman, pegawai perundangan, peguam dan sesiapa sahaja yang mencintai keadilan dalam sistem perundangan dan kehakiman dalam negara masing-masing.
Reviews
There are no reviews yet