Islam dan Masharakat merupakan karya awal Syed Hussein Alatas, yang menyentuh mengenai beberapa masalah keislaman yang berkaitan dengan masyarakat. Bahagian pertama sifatnya lebih umum daripada bahagian kedua dan lainnya. Bahagian kedua dan ketiga, berkenaan Hari Raya Puasa dan Haji, bertujuan hendak melihat di sebalik tirai erti dan pengaruh-pengaruh yang meliputi upacara-upacara dan peraturan-peraturan Islam dari sudut kemasyarakatan. Kedua-duanya ini dianggap sebagai contoh. Bahagian mengenai wanita adalah suatu percubaan untuk mengemukakan bukan sahaja kedudukan wanita dalam Islam tetapi juga tentang sifatnya pada tiap-tiap daripada bahagian sistem Islam. Perihal ini perlu diperjelaskan bahawa segala sesuatunya itu mempunyai hubungan yang rapat dengan lainnya sehinggakan untuk mengecapi pengertian tempat dan tujuan sesuatu bahagian daripada sistem Islam itu haruslah dilihat hubungannya dengan bahagian-bahagian yang lain. Begitulah juga hubungannya dengan faktor-faktor yang lain. Bahagian yang terakhir mengenai cara mempelajari agama Islam untuk pembaca yang ingin meneruskan perhatiannya terhadap Islam.
Islam dan Masharakat
SYED HUSSEIN ALATAS (1928-2007) merupakan pemikir, ahli sosiologi terkemuka dan pernah menjawat sebagai Naib Canselor Universiti Malaya.
Lestari Hikmah (Cetakan pertama, 2023)
xxi + 63 halaman; termasuk Bibliografi
RM20.00
Out of stock
Prakata
Kata Pendahuluan
1. Islam dan Masyarakat (Tinjauan Umum)
2. Islam dari Sudut Masyarakat
3. Erti Hari Raya Puasa dari Sudut Masyarakat
4. Erti Hari Raya Haji dari Sudut Masyarakat
5. Wanita dalam Masyarakat Islam
6. Cara Mempelajari Agama Islam
Bibliografi
Weight | 0.101 kg |
---|---|
Dimensions | 21.7 × 14 × 0.4 cm |
Author(s) | |
Format | |
Language | |
Publisher | |
Year Published |
Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.
More from this Author
- Out of stock
Reviews
There are no reviews yet