Out of stock

Perpustakaan dan Perkembangan Tamadun

SYED HUSSEIN ALATAS (1928-2007) merupakan pemikir, ahli sosiologi terkemuka dan pernah menjawat sebagai Naib Canselor Universiti Malaya.

Terjemahan daripada judul asal Libraries and The Development of Civilization.

Lestari Hikmah (Cetakan pertama, 2023)
34 halaman termasuk Bibliografi

RM20.00

Out of stock

ISBN: 9789672672036 Product ID: 39639 Subjects: , Sub-subjects: , ,

Perpustakaan dan Perkembangan Tamadun merupakan tulisan makalah terakhir Syed Hussein Alatas sebelum beliau meninggal dunia pada tahun 2007. Makalah ini merupakan terjemahan daripada judul asalnya “Libraries and The Development of Civilization”. Menerusi makalah ini, Alatas membawakan renungan dan perbincangan terhadap sifat, fungsi, dan ciri-ciri institusi perpustakaan, dan kepustakawanan. Sebagai antara tulisannya yang lebih lanjut dalam korpus karyanya, Alatas seperti telah kembali kepada persoalan dan tema yang mendasar tentang apa yang membolehkan dan diperlukan untuk pembinaan sebuah tamadun, dan masyarakat dan bangsa yang maju dan bermartabat. Upaya institusi kepustakaan untuk mendorong revolusi pemikiran, dan arus sosial dan politik yang mengubah visi dan hala tuju dunia, mencipta peristiwa yang menggegarkan imaginasi umat manusia, tidak dapat dinafikan. Alatas mencatatkan bagaimana berdirinya perpustakaan Muzium British membolehkan Karl Marx untuk memikirkan dan menulis tentang komunisme yang mencetuskan gerakan-gerakan revolusi bukan sahaja di Eropah, bahkan di Asia.

Tradisi keilmuan dan daya fikir mustahak kepada pembangunan sebuah masyarakat dan jiwa yang maju. Infrastruktur fizikal dan juga mental, yakni perpustakaan, mendasari proses kematangan dan pembudayaan ini. Kewujudan rangkaian perpustakaan yang baik di sekitar kawasan kampung, pekan dan bandar di negara kita adalah manifestasi penghargaan kita sebagai bangsa mandiri terhadap khazanah pemikiran dan kekayaan ilmu pengetahuan. Kemajuan sebuah negara tidak mungkin diukur daripada segi fizikal dan material sahaja. Sekiranya jumlah rizab kewangan dan mata wang menjadi pengukur kepada kekayaan dan kemajuan ekonomi negara, maka khazanah buku dan pemikiran, dan bilangan dan keadaan institusi pengarkiban, yakni perpustakaan, yang menghimpun dan merumahkan koleksi ini juga menjadi penanda aras kepada kemajuan pemikiran dan keilmuan masyarakat dan bangsa kita.

Pengantar Penerbit
Kata Pengantar I – Teo Lee Ken
Kata Pengantar II – Imad Alatas

Perpustakaan dan Perkembangan Tamadun
– Syed Hussein Alatas

Bibliografi Syed Hussein Alatas

Weight0.083 kg
Dimensions21.7 × 14 × 0.4 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author