Main Puteri: Monodrama

Penulisan bersama AZLINA MUSA dan MOHD NASIR HASHIM

Penerbit UMT (Cetakan pertama, 2023)
xiv + 127 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM28.00

Only 1 left in stock

ISBN: 9789672793748 Product ID: 39971 Subjects: , Sub-subjects: , , ,

Main Puteri: Monodrama merupakan sebuah dokumentasi sejarah yang memerihalkan seni tradisional main puteri yang sohor dalam kalangan masyarakat Melayu di Terengganu, Kelantan dan Selatan Thailand. Main Puteri merupakan sebuah persembahan yang menampilkan seorang pelakon yang beraksi di atas pentas. Seorang pelakon berperanan sebagai hero atau heroin yang menguasai keseluruhan pentas persembahan dan beraksi di hadapan penonton. Persiapan kekuatan fizikal, batiniah, ketahanan mental dan emosi adalah perlu bagi seorang pelakon Main Puteri yang bergerak secara tunggal di atas pentas dan bersiap sedia terhadap keberangkalian sesuatu gerak balas sama ada dari alam nyata atau alam ghaib dalam persembahan. Kemampuan seorang pelakon dilihat daripada sifat bertanggungjawab terhadap pelbagai watak dan melakonkan watak mengikut kesesuaian corak cerita dengan iringan bunyian muzik tradisional dalam persembahan Main Puteri. Pelakon akan membawa dirinya dari dunia realiti ke alam ghaib bagi menguasai watak yang akan dimainkan.

Seorang pelakon yang berada dalam situasi menurun lupa situasi sebenar dan menyelami diri untuk mengamati cara bagaimana watak berfikir, berperilakuan dan berperasaan. Penghayatan seorang pelakon dalam pembawaan karakter cerita dilakukan sambil melakonkan persembahan lakonan secara spontan dengan pelbagai aksi, pergerakan, tarian dan nyanyian. Bakat dan kebolehan semula jadi seorang pelakon yang berkeupayaan mengingat skrip cerita pendek atau skrip cerita panjang di atas sebuah pentas lakonan adalah sangat berkesan bagi menghidupkan suasana harmoni. Keistimewaan Main Puteri dapat dilihat berdasarkan setiap pergerakan dan aksi watak yang dilakonkan oleh pelakon yang berkeupayaan mempengaruhi aksi peniruan watak terhadap penonton untuk turut serta dalam Main Puteri. Ini menggambarkan keberkesanan lakonan mantap seorang pelakon apabila dapat menghasut orang lain untuk terlibat dalam persembahan Main Puteri. Pada akhirnya, Main Puteri memenuhi keinginan dan kepuasan serta memulihkan semangat sambil menghiburkan masyarakat penonton yang hadir untuk menyaksikan persembahan Main Puteri.

Prakata
Pendahuluan

1. Main Puteri Khazanah Warisan
Pengenalan
Main Puteri
Latar Belakang Main Puteri
Klasifikasi Main Puteri
Sejarah Perkembangan Main Puteri
Rumusan

2. Main Puteri Pengurusan Seni Persembahan Tradisional
Pengenalan
Pengurusan Seni Persembahan Main Puteri
Pengurusan Pembukaan Persembahan Main Puteri
Pengurusan Semasa Persembahan Main Puteri
Mantera Nasi Guru
Mantera Angkat Kenduri
Mantera Semangat Bertih
Mantera Menyiruk (Menilik) Penyakit
Pengurusan Penutup Persembahan Main Puteri
Mantera Tolak Balai
Rumusan

3. Main Puteri dalam Monodrama Tradisional Melayu
Pengenalan
Monodrama Main Puteri
Pentas
Pentas Prosenium
Pentas Bangsal
Pentas Lantai
Pentas Perkarangan Rumah
Pentas Perkarangan Istana
Kostum Tradisional dalam Persembahan Main Puteri
Kostum Tok Peteri
Kostum Pendekar
Kostum Wayang Kulit
Kostum Menora
Kostum Makyung
Kostum Bagih
Kostum Orang Kampung
Kostum Tok Mindok
Solekan Tradisional dalam Persembahan Puteri
Pencahayaan Tradisional dalam Main Puteri
Muzik Tradisional dalam Persembahan Main Puteri
Rebab dalam Persembahan Main Puteri
Watak Tradisional dalam Persembahan Main Puteri
Tok Peteri
Tok Mindok
Watak Antagonis
Watak Protagonis
Watak Jenaka
Watak Wira atau Wirawati
Watak Raja atau Puteri
Watak Binatang
Watak Orang Kampung
Watak Perbidanan dan Perbomohan Melayu
Watak Kanak-kanak Kecil
Improvisasi Main Puteri
Monolog dalam Main Puteri
Tok Peteri Penggerak Utama dalam Main Puteri
Vokal yang Baik
Penguasaan Teknik Olahan Tubuh
Menguasai Kecerdasan Emosi yang Baik
Penghayatan Kejiwaan
Struktur Persembahan Main Puteri
Rumusan

4. Main Puteri dalam Perubatan Tradisional Melayu
Pengenalan
Pendekatan Psikologi dalam Persembahan Main Puteri
Main Puteri Seni Persembahan Terapi Kejiwaan
Main Puteri Seni Persembahan Mengubati Sambil Berhibur Secara Tradisi
Rumusan

5. Kesimpulan

Rujukan
Glosari
Biodata Pengarang
Indeks

Weight0.291 kg
Dimensions25.4 × 17.6 × 0.9 cm
Author(s)

,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.