Melayu di Mata Raffles: Sebuah Kritik kepada Orientalisme

KHAIRUDIN ALJUNIED adalah Profesor Madya di National University of Singapore dan Felo Kanan di Prince Alwaleed Bin Talal Center for Muslim-Christian Understanding, Georgetown University.

CENDEKIA (Cetakan pertama, 2023)
xiii + 135 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM45.00

In stock

ISBN: 9786299801443 Product ID: 41075 Subjects: , Sub-subjects: , , ,

Melayu di Mata Raffles: Sebuah Kritik kepada Orientalisme menyelongkar pemikiran, perubahan persepsi, prasangka dan kecenderungan Raffles tentang orang Melayu dan kepercayaan mereka. Selama hampir 200 tahun, pakar pengkaji Alam Melayu terpancing tasa ingin tahu tentang kehidupan dan keperibadian Thomas Stamford Raffles (1781–1826). Jika mengikut piawaian zaman kini, Raffles meninggal dunia pada usia yang agak muda. Namun tahun-tahun yang Raffles luangkan di Jawa, Sumatera dan Singapura telah meninggalkan kesan berpanjangan dalam sejarah kawasan-kawasan tersebut. Meskipun Raffles lebih dikenali sebagai pentadbir di Jawa sewaktu Perang Napoleon dan juga tampil sebagai ‘pengasas’ Singapura, karya-karya ilmiah dan himpunan eseinya menjadi rujukan utama meskipun andaian dan kesimpulan yang disorotkan menjadi pertikaian. Sejak Demetrius Boulger menyudahkan kajiannya yang panjang berkenaan Raffles pada 1897, timbul keadaan yang memperlihatkan jalur penerbitan ilmiah dan popular sedang berdepan dengan suatu sosok ‘enigmatik’ sehinggakan dia sendiri mempunyai bibliografinya sendiri!

Maka adalah sukar untuk mempercayai rumah-rumah penerbitan di London pada awal 1880-an meragui biografi Raffles meskipun dirinya menyandang status ikonografik yang diperoleh ketika di Singapura. Benar, ketika tugu Raffles didirikan pada tahun 1887, Gabenor Negeri-Negeri Selat, Frederick Weld menggambarkan diri Raffles sebagai “salah seorang anak Inggeris yang unggul”. Tidaklah mengejutkan bahawasanya sosok yang digembargemburkan telah menimbulkan kontroversi, terutama terhadap keinginan besar dan sikapnya pada masyarakat tempatan. Puji-pujian melambung terhadap Raffles mengalir melalui tulisan Munshi Abdullah, jurutulis Raffles dan juga seseorang yang Raffles sangat percaya. Manakala pada sisi lain pula, Syed Hussein Alatas yang menulis pada 1971 berkata, Raffles lebih bagus ditanggap sebagai “pembangun empayar yang berwawasan” berbanding julukan “pembaharu dalam disiplin kemanusiaan” seperti yang diwar-warkan oleh penjajah Inggeris. Walau bagaimanapun sebarang pertimbangan terhadap penilaian yang dilemparkan mestilah dimuatkan dengan sorotan sejarah yang dikaji mengikut konteks, kerana sebarang pandangan yang dikemukakan oleh para penulis yang mencerminkan isu dan kebimbangan pada zaman itu tidak dapat dielakkan begitu saja. Dalam pengertian ini, maka karya ini sememangnya sebuah buku yang membawa semangat abad ke-21.

Khairudin Aljunied telah memuatkan dalam prakatanya, bahawa pada awal abad ke-21, amalan agama yang dikaitkan dengan seseorang atau sesebuah masyarakat tampaknya telah kembali pada ekspresi “gaya lama” yang menanggung kepentingan dan kesan yang baharu. Pada masa yang sama, memang terbukti pendapat dan jurucakap mereka yang berpengaruh seringkali diangkat sebagai produk yang terhasil dari persekitaran yang tertentu, yang kalau dilihat dari segi sejarah, boleh dikaitkan dan dikaji. Atas tanggapan ini, Khairudin telah meneroka pandangan-pandangan Raffles terhadap agama dalam kalangan orang Melayu yang bermula daripada rasa hormat kepada kesungguhan untuk menyebarkan dakyah Kristian yang dianggap boleh menggalakkan kemajuan, kemewahan dan ‘ketamadunan’. Imej penuh hemah dan bijaksana itulah yang menggambarkan Stamford Raffles sebagai produk liberal dari Zaman Pencerahan, seorang lelaki yang memiliki penilaian yang bebas daripada prejudis perkauman dan agama. Namun, karya ini telah membuka ruang baharu perbahasan bagi membuktikan Raffles bukanlah pemerhati yang neutral dan asbab di sebalik himpunan gagasan Raffles yang seringkali berubah-ubah hanya boleh difahami sekiranya kita menyedari dan mengakui kesan-kesan yang dicetuskannya, termasuklah hubungannya dengan masyarakat Melayu.

Prakata
Susur Masa Kehidupan Raffles

1. Prolog
Kaedah Sejarah

2. Raffles dan Persekitarannya
Riwayat Hidup Raffles
Perihal Orang British dan Agama

3. Islam
Catatan Awal Raffles tentang Islam
Orang Melayu dan Penukaran Agama
Kesan-Kesan Penukaran Agama
Kesimpulan

4. Hinduisme dan Buddhisme
Memahami Faham Hinduisme dan Buddhisme
Faham Hinduisme dan Buddhisme sebagai Binari kepada Islam
Bali sebagai Warisan “Muzium yang Hidup’
Kerendahan Faham Hinduisme-Buddhisme
Kesimpulan

5. Paganisme
Pertembungan dengan Orang Pagan
Orang Pagan dan Ciri-Ciri Paganisme
Antara Pagan dan ‘Mohammedan’
Kesimpulan

6. Agama Kristian
Agama Kristian Menurut Raffles
Perihal Penukaran Agama
Kesimpulan

Raffles: Orientalisme dan Melayu

Bibliografi
Indeks

Weight0.254 kg
Dimensions21.5 × 14 × 1 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author