Rimba Harapan

KERIS MAS (1922—1992) ialah penerima Anugerah Sastera Negara yang pertama iaitu pada tahun 1981. Beliau seorang wartawan, editor, pentadbir sastera, sasterawan, dan pengkritik. Beliau pernah terbabit dengan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) cawangan Pahang dan menjadi Exco penerangannya.

DBP (Cetakan kedua, 2018)
349 halaman

RM25.00

In stock

ISBN: 9789834601300 Product ID: 4114 Subjects: , Sub-subject:

Rimba Harapan berlatarbelakangkan Ketari, Bentong dan Janda Baik dalam dekad 1920-an dan dekad 1930-an. Betapa kehidupan sosial, ekonomi dan kepercayaan orang Melayu tergugat oleh dasar penjajahan hingga memaksa peluasan penanaman getah dan industri perlombongan bijih secara besar-besaran selepas Perang Dunia Pertama. Bahkan, bencana alam membantu dasar Inggeris ini mempengaruhi dan menghancurkan ketenteraman dan cara hidup orang Melayu hingga mereka terpaksa lari meneroka hidup baharu ke dalam hutan yang lebih jauh. Lantas, Janda Baik diteroka dan dibuka dengan kegigihan dan penderitaan mereka. Keadaan ini telah membuka mata dan fikiran tentang tafsiran sejarah yang penting, yang mengubah cara berfikir dan sikap orang Melayu.

Weight0.280 kg
Dimensions18.3 × 11.4 × 1.6 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

,

  1. Muhammad Hisyam Bin Hasan (verified owner)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author