Negara Bangsa Malaysia: Gerakan Nasionalisme, Perjuangan Politik dan Dasar Negara

ZULKIFLI SALLEH pernah berkhidmat sebagai editor di Bahagian Buku Pelajaran dan di Bahagian Majalah, Dewan Bahasa dan Pustaka.

DBP (Cetakan pertama, 2024)
xx + 398 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM82.00

In stock

ISBN: 9789834943790 Product ID: 42897 Subject: Sub-subjects: , , ,

Negara Bangsa Malaysia: Gerakan Nasionalisme, Perjuangan Politik dan Dasar Negara menumpukan kepada pembentukan negara bangsa yang cuba diterjemahkan dan direalisasikan melalui gerakan nasionalisme dan perjuangan politik, dengan tanpa sama sekali menafikan hakikat bahawa negara bangsa Malaysia dibentuk melalui suatu proses yang panjang dan asasnya wujud sejak zaman sebelum penjajahan lagi. Satu persoalan kritis yang dikemukakan dalam buku ini ialah negara bangsa. Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan negara bangsa? Apabila negara bangsa telah dibina atau dibentuk, persoalan seterusnya ialah kedaulatan dan penakatan atau kelangsungan negara bangsa. Selain globalisasi, dasar penswastaan yang dilaksanakan, termasuk di Malaysia, dengan sendirinya boleh melemahkan sesebuah negara bangsa. Hal ini demikian kerana kerajaan tidak lagi menyediakan kemudahan asas atau barang awam kepada rakyat yang sebelum ini merupakan tanggungjawab kerajaan, seperti pendidikan, perubatan, bekalan elektrik dan air, lebuh raya, penyiaran dan sebagainya. Tanggungjawab ini diserahkan kepada pihak swasta sehinggakan rakyat tidak perlu lagi bergantung pada kerajaan dengan sepenuhnya, dan dengan itu, melonggarkan hubungan antara rakyat dengan negara.

Berkait dengan bangsa ialah nasionalisme atau semangat kebangsaan yang boleh dikatakan pengertian nasionalisme di negara yang pernah dijajah dengan pengertian di negara Barat adalah berbeza. Pada tahun 1980-an dan 1990-an, para sarjana membina sekitar konsep bangsa dan nasionalisme dengan begitu meluas dan melibatkan antara disiplin. Terdapat beberapa buah karya ilmiah yang secara meluas mengkaji sifat dan sejarah bangsa dan nasionalisme yang memunculkan beberapa orang penulis atau sarjana terkenal, antaranya Benedict Anderson, Ernest Gellner, Anthony D. Smith, Eric Hobsbawm, John Breuilly, Kenneth Minogue, Miroslav Hroch, John Armstrong, Joshua A. Fishman, Clifford Geertz dan Yael Tamir. Anderson dan Gellner ialah dua orang ahli teori utama nasionalisme yang mengaitkan kemunculan nasionalisme dengan pemodenan, meskipun penekanan mereka berbeza dalam aspek penting tertentu. Setelah mengetengahkan dan menghuraikan konsep negara, bangsa, negara bangsa dan nasionalisme, barulah tumpuan buku ini beralih kepada Malaysia. Bermula dengan persoalan yang penting dan rumit: Adakah Negeri-Negeri Melayu boleh dianggap sebagai “negara”? Paling tidak, sebagai “negara tradisional” atau “negara agraria”. Hal ini demikian kerana istilah negara jarang-jarang digunakan berbanding dengan istilah negeri dan kerajaan.

Pendahuluan

1. Negara dan Bangsa
2. Bangsa dan Nasionalisme
3. Warisan Leluhur
4. Nasionalisme dan Negara Bangsa Impian
5. Pertembungan dan Pembentukan Negara Bangsa
6. Pengukuhan Negara Bangsa dan Ancaman Terhadapnya
7. Pembinaan Negara dan Bangsa
8. Suara Suatu Sejarah

Bibliografi
Indeks

Weight0.548 kg
Dimensions22.8 × 15.7 × 2.1 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author