Belayar di Angin Barat, Gelombang Barat: Kembara ke Amerika dan Eropah

MUHAMMAD HAJI SALLEH adalah penerima Anugerah Sastera Negara 1991.

DBP (Cetakan pertama, 2024)
xxi + 379 halaman termasuk Indeks

RM85.00

In stock

ISBN: 9789834943837 Product ID: 42899 Subjects: , Sub-subjects: ,

Belayar di Angin Barat, Gelombang Barat: Kembara ke Amerika dan Eropah merupakan jilid kedua pengembaraan Muhammad Haji Salleh yang membentangkan kisah pengalaman dan pemerhatiannya sepanjang berada di negara-negara Eropah serta Amerika Utara dan Selatan. Negara-negara Eropahnya termasuklah hampir semua di bahagian Barat dan sebuah dua di Eropah Timur. Banyak yang diperhatikannya dan banyak juga yang menyentuh, atau malah, menyerang ilmu dan perasaan beliau. Beliau juga melawat beberapa institusi ilmu dan budaya serta menyemak pencapaian mereka. Sementara itu, beliau cukup terpegun dengan seni bina yang luar biasa, termasuk pada istana, bangunan rasmi dan rumah pengarang serta ahli falsafah tamadun bangsa-bangsa Eropah dan Amerika, dari Yunani hinggalah Rom, dari Perancis hinggalah ke Britain.

Dengan berbekalkan latar sejarah Eropah dan proses penjajahan, beliau juga dapat menghubungkannya dengan hakikat bahawa oleh sebab mereka menjajah dan anak negerinya dijadikan hamba, maka kekayaan tanah jajahan ini dapat diangkut dan dibawa pulang ke Eropah untuk diniagakan. Tanpa penjajahan dan penghambaan ini, mereka tidak mungkin muncul semewah ini. Dalam kembara ini, Muhammad selalu menemukan sudut istimewa kota atau negaranya. Ada bangunan, ada seni, ada bahasa dan sastera yang, berbagai-bagat Tidak lupa juga watak dan penampilan bangsanya sendiri. Beliau telah dibijaksanakan oleh kembara ini. Seolah-olah dilengkapkan pengalaman dan ilmunya.

Prakata
Drama 12 Babak Sebelum Penerbangan
Mengapakah Mengembara?

1. Amerika Utara
2. Amerika Selatan
3. Eropah Barat
United Kingdom
Belanda
Jerman
4. Eropah Selatan
5. Russia dan Eropah Tengah
6. Afrika dan Oceania

Indeks

Weight0.599 kg
Dimensions22.8 × 15.1 × 2.3 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author