Rengkahan Jawi: Sejarah Perusahaan Kitab Abad ke-19 cuba menjawab persoalan tentang bagaimana perusahaan kitab Jawi dijalankan pada abad ke-19 serta bagaimana kedatangan teknologi seperti alat cetak memberi wajah baharu kepada rantaian perbukuan di Alam Melayu pada abad ke-19. Selain itu, turut dilihat ialah kesan perusahaan kitab Jawi terhadap masharakat di Alam Melayu pada abad ke-19 dan cabaran yang dilalui dalam menggerakkan unsur-unsur dalam rantaian perusahaan kitab Jawi pada abad yang sama.
Gerak kerja percetakan dan kaedah penghasilan buku di seluruh dunia telah melalui pelbagai perubahan khususnya selepas ‘revolusi Gutenberg’ berlaku pada pertengahan abad ke-15. Kejayaan Johannes Gutenberg dan alat cetaknya menyebabkan berlakunya satu gelombang pemikiran besar yang bercirikan ‘epistemological revolution’ kepada orang-orang Barat. Ini menjadi satu peristiwa penting dalam perkembangan masyarakat moden dengan penghasilan banyak karya bercetak berbanding ketika zaman sebelum percetakan wujud, iaitu zaman ketika karya-karya dihasilkan secara bertulis tangan.
Reviews
There are no reviews yet