Bila Tuhan Berbicara

FAISAL TEHRANI (b. 1974 – ) adalah seorang pengarang asal Malaysia. Faisal telah memenangi aneka anugerah sastera dan sering dianggap seorang yang kontroversi lantaran gemar bereksperimen, baik menerusi bentuk ataupun kerana mengetengahkan wacana alternatif dalam karya-karyanya.

Ameen Books (Cetakan pertama, 2007)
v + 374 halaman

RM25.00

In stock

ISBN: 9789833991235 Product ID: 42999 Subject: Sub-subjects: ,

Bila Tuhan Berbicara membawa pembaca dalam satu perjalanan atau permainan barangkali, roller coaster yang turun naik dan memberi pembaca satu pengalaman sastera yang baru; yang bercerita tentang hari kebangkitan, tentang keinsafan sesudah kemaksiatan, tentang kehidupan kita yang sementara ini, tentang bagaimana menuju negeri abadi. Ia adalah sebuah karya gabungan dua genre iaitu novel dan drama. Sebuah novel dengan format drama. Jika ada pengamal teater yang berani, boleh sahaja ia dipentaskan sebagai drama. Andai ia dirasakan terlalu meleret kerana kurang aksi, maka ia dapat dinikmati sebagai novel.

Bayangkan letusan gunung berapi super berlaku dan kita menjadi seperti tamadun Pompeii. Setelah satu tempoh, secara geografis kita akan bersatu semula. Kemudian timbul pertanyaan, bagaimana umat manusia akan mendepani peristiwa kiamat? Soalan penulis lagi, apakah yang akan kita lakukan untuk mengisi semula peradaban yang telah runtuh? Dan soalan seterusnya, bagaimanakah agama dan falsafah kewujudan Tuhan dapat membantu survival atau kelangsungan manusia?

Untuk menanyai semua itu, dalam novel-drama ini penulis tampilkan watak-watak relijus-ekstrimis, liberalis hampir ateis dan manusia tidak peduli yang mewakili sebahagian besar kita. Mereka terperangkap sama-sama dalam sebuah bunker bawah tanah, terselamat. dan terlelap, lalu dalam jaga berbahas tentang kehidupan, bagaimanakah kehidupan harus berjalan? Terselit kelucuan, ada impian lelaki mahu menjadi wanita tetapi terbantut oleh ketakutan dunia akhir zaman. Ada kesinisan pada seorang militan yang mempercayai syurga terhidang dengan pembunuhan manusia lainnya. Dan penyesalan yang mungkin terlewat pada seorang doktor perubatan yang terkeliru.

Sebagai sebuah drama, Bila Tuhan Berbicara jika seluruhnya dipentaskan, akan menjadi drama moden paling panjang di Malaysia. Sebagai fragmen ia juga wajar dipentaskan, malah akan lebih merehatkan khalayak kerana setiap satu babak dapat berdiri dengan sendiri, Mungkin satu pementasan, satu ke tiga malam pun lebih munasabah. Dalamnya ada lelucon, ada satira, ada realisme, ada magis malah absurdisme. Tetapi semua itu diamankan dengan wacana Islam. Sebagai sebuah novel pula, ia mencukupi syarat merangkumi watak, latar, plot, dan sudut pandangan. Ia dapat dibaca seperti novel-novel saya yang lain kerana struktur dan wacananya tidak begitu berbeza. Cuma anggaplah penampilannya dalam bentuk dialog dan monolog semata itu, sebagai satu gaya segar.

Weight0.292 kg
Dimensions18.4 × 11.4 × 1.6 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author

  • Kegawatan

    Kegawatan

    This product has multiple variants. The options may be chosen on the product page RM30.00RM52.00
  • Syair Dukana Lubaba
    Out of stock

    Syair Dukana Lubaba

    RM35.00
  • Babi, Kongkang, Panda dan Hal-hal yang Dipungut Kembali

    Babi, Kongkang, Panda dan Hal-hal yang Dipungut Kembali

    RM45.00
  • The Koro Riots
    Out of stock

    The Koro Riots

    RM78.00