Karbala merupakan sebuah drama pentas karya Faisal Tehrani, yang ditulis sebagai ta’ziyah, iaitu bentuk drama rakyat yang lazim dipentaskan untuk mengenang peristiwa terbunuhnya Hussein, cucu Rasulullah SAW bersama-sama 72 keluarga dan sahabatnya di padang pasir Karbala. Peristiwa yang menggoncang umat Islam kala itu berlaku pada 10 Muharam tahun 61 Hijrah. Ta’ziyah selalunya dimainkan di tempat-tempat terbuka seperti taman, bazar, padang atau jalanan dengan cara-cara yang amat sederhana dan tradisional. Dalam drama ta’ziyah, para pemain akan memerankan kemahiran mereka bersungguh-sungguh untuk menghidupkan peristiwa Karbala di hadapan para penontonnya. Selalunya juga ta’ziyah mulai dipentaskan sejak awa bulan Muharam. Cuma pementasan yang beragam. ragam akan menjadi semakin banyak pada tanggal 9 dan 10 Muharam atau yang lebih dikenali dengan nama Tasu’a dan Asyura. Ta’ziyah selalunya dipentaskan pada pagi hari dan akan berakhir menjelang terbenamnya matahari.
Di Iran, ta’ziyah bermula di bawah pemerintahan Muizzuddaulah Ahmad bin Buyeh yang berkuasa abad ke-4 hijrah, secara tepatnya pada tahun 342 hijrah atau sekitar tahun 953 Masehi di mana beliau telah memerintahkan kegiatan seni ini di pasar-pasar tempatan seraya menggalakkan rakyat untuk memakai pakaian hitam dan melakukan perkabungan Namun harus diingatkan upacara mengenang dan perkabungan ke atas kesyahidan Imam Husein d Karbala telah pun dilaksanakan terlebih dahulu dari itu dengan berbagai-bagai cara dan telah ikut berkembang seiring dengan perkembangan sejarah. Cuma dengan adanya perintah dari penguasa pada waktu itu ta’ziyah telah disemarakkan dan mendapat bentuknya yang ada sekarang.
Karbala turut dimuatkan dua buah wawancara Faisal Tehrani bersama Millinia Muslim dan Dewan Sastera, serta kertas kerjanya mengenai kajian sejarah boria di Pulau Pinang dan ta’ziyah di Iran.
Reviews
There are no reviews yet