Senjata Api Alam Melayu

WAN MOHD DASUKI WAN HASBULLAH menerima ijazah Sarjana Pengajian Melayu daripada Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, dengan kajian tentang teknologi dan kebudayaan Melayu bersumberkan teks manuskrip dan sumber etnosejarah.

DBP (Cetakan kedua, 2024)
xxviii + 322 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM40.00

In stock

ISBN: 9789834928261 Product ID: 43819 Subjects: , Sub-subjects: , , , ,

Senjata Api Alam Melayu mengusulkan suatu pembicaraan baharu tentang penggunaan teknologi senjata api sejak kurun ke-16 Masihi di alam Melayu. Wacana utama yang ingin diketengahkan adalah untuk pemahaman tentang kompleksiti teknologi orang Melayu pada zaman silam, yang memperlihatkan cara atau kaedah penggunaan senjata api mereka berdasarkan kontur dan ruang kebudayaan sendiri. Hal ini memperlihatkan suatu percanggahan nilai terhadap teknologi senjata api, tidak sebagaimana yang biasa diterima dan difahami dalam sejarah perdana hari ini. Teknologi senjata api perlu difahami daripada representasi dan adaptasi pihak yang pernah menerima dan menggunakan teknologi itu sendiri. Buku ini merupakan manifestasi untuk memahami dengan lebih mendalam tentang teknologi penggunaan senjata api, dalam kes ini disebut sebagai senapang istinggar dan terkul, sebagaimana yang telah dikonsepsikan dalam teks kumpulan manuskrip ilmu bedil Melayu.

Dengan pemahaman tersebut, akan terhasil penjelasan dan justifikasi terhadap ilmu pengetahuan dan teknologi orang Melayu, di samping kaitannya dengan kebudayaan mereka secara khusus. Kumpulan manuskrip ilmu bedil Melayu memperlihatkan kandungan makna dalam ilmu pengetahuan orang Melayu yang mencerminkan pemikiran, pandangan dan sikap dalam proses interaksi serta reaksi mereka terhadap teknologi senjata api. Melalui penjelasan dan justifikasi yang diberikan, dapat dipertimbangkan suatu pandangan yang serius dari sudut manuskrip tentang teknologi orang Melayu, khususnya operasi teknikal yang dihubungkan nilai keberkesanannya dengan unsur yang bukan berbentuk fizikal. Oleh yang demikian, buku ini menggalurkan sejenis rupa bentuk pengetahuan tempatan yang menjadi amalan generasi lampau orang Melayu pada kurun ke-19 Masihi dan sebelumnya yang kini telah hilang kerana dianggap tidak lagi relevan untuk dipraktikkan.

Prakata
Pengenalan

1. Kekusutan Pandangan
2. Kemunculan dan Penggunaan Teknologi Senjata Api
3. Orang Melayu dan Penggunaan Senjata Api
4. Kepakaran Senjata Api Orang Melayu
5. Memahami Penggunaan Senjata Api Melayu
6. Teknologi, Pengetahuan dan Budaya
7. Kesimpulan

Glosari
Bibliografi
Indeks

Weight0.44 kg
Dimensions21.5 × 14 × 1.9 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.