Patah Sayap Terbang Jua karya A. Samad Ismail adalah sebuah novel yang mempunyai unsur slice-of-life dan idealisme yang juga memberi gambaran hidup tentang zaman yang penuh ketegangan, berlatarkan zaman pendudukan Jepun di Malaya. Penulis bercerita watak bernama Wahab, pada usia 19 tahun, bekerja dengan akhbar Warta Malai semasa Pendudukan Jepun di Singapura. Biarpun berdepan dengan kekangan dan rintangan perang, hidupnya meriah dengan semangat setiakawan teman-teman dalam bilik penyunting. Perbalahan dan ego kekadang muncul, tapi itu hal biasa. Dan hidup lelaki mana akan sepenuhnya kelam bila adanya lampu neon dan perempuan kabaret? Wahab mula gelisah apabila dia mempersoalkan peranannya dalam akhbar propaganda penjajah. Dia kagum dengan cerita-cerita perjuangan kemerdekaan di Indonesia dan negara lain. Satu perjalanan pendek ke Semenanjung Tanah Melayu juga mengubah hala hidupnya.
Patah Sayap Terbang Jua
A. SAMAD ISMAIL (1924-2008) adalah tokoh wartawan negara, yang terlibat aktif dalam sejarah perjuangan kemerdekaan Malaysia.
FIXI Retro (Cetakan semula, 2024)
348 halaman
RM28.00
In stock
Weight | 0.296 kg |
---|---|
Dimensions | 18.5 × 12 × 2.5 cm |
Author(s) | |
Edition | |
Format | |
Language | |
Publisher | |
Year Published |
Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.
Reviews
There are no reviews yet