Hikayat Merong Mahawangsa: Interpretasi Teks dan Nilai Sejarah

Disunting oleh ASMAH HAJI OMAR

DBP (Cetakan pertama, 2024)
xvii + 345 halaman termasuk Indeks

RM48.00

In stock

Hikayat Merong Mahawangsa: Interpretasi Teks dan Nilai Sejarah menguraikan kejadian-kejadian yang diceritakan menerusi hikayat ini, yang wujud dan berlaku kira-kira 5,000 tahun dahulu. Hikayat Merong Mahawangsa memberi pelbagai jenis maklumat: alam semula jadi, alam bina, suku-suku etnik, pembukaan negeri, dan juga hubungan antara kaum dalam keadaan konflik dan damai. Kaedah analisis yang diterapkan diambil dari empat cabang linguistik, iaitu: Linguistik Am, Linguistik Sejarah, Geolinguistik, dan Semiotik. Dari kaedah ini dapat dikenal pasti yang mana mitos dan yang mana realiti. Sumber tambahan dalam menginterpretasi alam semula jadi, alam bina dan berbagai-bagai peristiwa ialah maklumat-maklumat yang diperoleh dari sejarah, arkeologi, geomorfologi, dan geografi, serta juga teks seiring (co-text), iaitu Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah, karangan Muhammad Hassan bin Dato’ Kerani Muhammad Arshad.

Di samping itu, dapat ditentukan siapakah Raja atau Sultan yang menitah “Fakir” menulis hikayat ini, dan bilakah penulisan itu dilakukan. Selama ini kajian teks lama menggunakan kaedah filologi yang memberi manfaat kepada para penyelidik, berdasarkan epistemologi bidang tersebut. Buku ini menawarkan kaedah yang membuka lebih banyak kemungkinan dalam usaha mengetahui sejarah negeri atau negara, yang boleh dimanfaatkan oleh pakar-pakar dari berbagai-bagai bidang sains dan kemanusiaan.

Prakata

1. Wujudnya Hikayat Merong Mahawangsa
Asmah Haji Omar

2. Alam Fizikal dan Masyarakat dalam Hikayat Merong Mahawangsa
Asmah Haji Omar

3. Wacana, Teks dan Genre Hikayat Merong Mahawangsa
Asmah Haji Omar

4. Taraf dan Kuasa dalam Hikayat Merong Mahawangsa
Mohammad Fadzeli Jaafar

5. Kiasan dan Idiom dalam Hikayat Merong Mahawangsa
Noor Hasnoor Mohamad Nor

6. Taksonomi Alam, Kemasyarakatan dan Budaya dalam Hikayat Merong Mahawangsa: Kajian Linguistik Korpus
Rusmadi Baharudin

7. Bentuk Grafik dan Unsur Dialek Kedah
Asmah Haji Omar

8. Penggunaan Lambang dalam Hikayat Merong Mahawangsa
Asmah Haji Omar

9. Makna dan Interpretasi
Asmah Haji Omar

Indeks

Weight0.41 kg
Dimensions23 × 15 × 1.7 cm
Author(s)

, , ,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.