Akhbar dan Kuasa: Perkembangan Sistem Akhbar di Malaysia Sejak 1806

MOHD. SAFAR HASIM adalah pensyarah dalam bidang Kewartawanan dan Komunikasi Antarabangsa di Jabatan Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau juga giat menterjemah buku, khususnya untuk Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

Penerbit UM (Cetakan Keempat 2012)
417 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM30.00

Only 1 left in stock

Akhbar dan Kuasa: Perkembangan Sistem Akhbar di Malaysia Sejak 1806 membincangkan tentang kebebasan dan kawalan dalam sistem akhbar di Malaysia. Penekanan diberikan kepada aspek undang-undang yang berkaitan dengan akhbar; penghuraian dibuat terhadap kenapa ia digubal dan kejadian-kejadian yang berkaitan dengan penggubalan undang-undang itu.

Perkembangan undang-undang akhbar ini dilihat selama kira-kira 200 tahun bermula dari zaman penjajahan British sehingga zaman kemerdekaan. Secara rasminya perkembangan peraturan dan undang-undang akhbar bermula daripada terbitnya akhbar pertama di negara ini, iaitu The Prince of Wales Island Gazette dalam tahun 1806 di Pulau Pinang.

Bagaimanapun, oleh kerana perkaitan Pulau Pinang amat rapat dengan perkembangan Tanah Jajahan British di India, perkembangan peraturan dan undang-undang India dari sekitar tahun 1790 juga diberi perhatian. Kajian ini dibuat sehingga tahun 1990 apabila pilihan raya umum yang paling mencabar diadakan, yang dikira sebagai mercu tanda yang sesuai untuk menamatkan kajian ini. Tempoh yang panjang ini dipecahkan kepada empat tahap.

Teras kajian ini ialah kuasa, iaitu kedudukan dan hubungan kuasa antara kerajaan, rakyat, dan akhbar yang menolong mencorakkan sistem akhbar itu. Pada peringkat awal, sistem akhbar berbentuk mudah dan pihak yang terlibat tidak begitu banyak. Bagaimanapun, dengan perjalanan masa, banyak pihak terlibat dan banyak kejadian berlaku yang melibatkan akhbar dan ini menjadikan sistem akhbar lebih kompleks.

Dalam tempoh kajian undang-undang digunakan oleh kerajaan untuk mengawal akhbar. Politik juga memainkan peranan penting dalam pembentukan sistem akhbar terutamanya selepas merdeka apabila parti pemerintah dapat menguasai beberapa akhbar utama di negara ini. Sistem akhbar dilihat wujud sebagai sebahagian daripada sistem negara yang lebih besar, yang memenuhi matlamat negara yang lebih besar. Dalam erti kata yang lain, selain mengetengahkan asas kewujudan peraturan dan undang-undang, buku ini juga menyusur-galur perkembangan undang-undang akhbar dalam konteks kuasa-kuasa yang terlibat, iaitu kuasa-kuasa eksekutif, perundangan, kehakiman, akhbar dan rakyat. Konfigurasi kuasa-kuasa ini mencorakkan sistem akhbar bagi negara ini.

Akhbar dan Kuasa: Perkembangan Sistem Akhbar di Malaysia Sejak 1806 sesuai dibaca oleh semua pihak yang berminat dalam bidang komunikasi amnya, dan media cetak khasnya, pengamal undang-undang, pensyarah, pelajar komunikasi dan orang awam.

Senarai Kes Yang Dirujuk
Senarai Statut Yang Dirujuk
Penghargaan
Sekapur Sirih

Bahagian 1 Pendahuluan

Bahagian 2 Permulaan Sistem Akhbar 1806-1867

Bahagian 3 Kuasa Melalui Undang-undang 1867-1941

Bahagian 4 Zaman Peralihan 1942-1957

Bahagian 5 Zaman Merdeka 1957-1990

Bahagian 6 Ikhtisan

Bibliografi
Indeks

Weight0.619 kg
Dimensions22.8 × 15.2 × 2.2 cm
Author(s)

Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author