Out of stock

Alegori: Ekspresi Seni Kontemporari Berasaskan Manuskrip Melayu

Katalog dwi-bahasa ini merupakan penerbitan bersempena pameran Alegori: Contemporary Art Expressions from Malay Manuscripts yang diadakan di Galeri PETRONAS pada tahun 2017-2018.

ITBM & Galeri PETRONAS (Cetakan Pertama, 2018)
231 halaman

RM150.00

Out of stock

Pameran Alegori: Ekspresi Seni Kontemporari Berasaskan Manuskrip Melayu bertujuan menampilkan peranan manuskrip Melayu dan sumber bertulis sebagai khazanah kearifan Melayu yang kaya, mencakupi pelbagai bidang umpamanya pertukangan, pelayaran, undang-undang dan ketatanegaraan, serta meneroka unsur kesenian sumber-sumber ini. Salah satu contoh yang baik khazanah ini ialah cap mohor Melayu yang pada zaman silam berfungsi seperti kartu nama pada hari ini yang mempamerkan, melalui teks dan lukisan grafik, citra yang ingin diunjurkan seseorang ke dunia luar, malah sering juga menyampaikan lebih daripada apa yang ditulis.

Pameran ini meneroka pemikiran metaforika Melayu seperti yang tertera dalam penulisan manuskrip Melayu dan hasil karya daripada kepandaian orang Melayu dalam bidang pertukangan dan pembuatan. Karya-karya yang dihasilkan daripada dua tradisi ini meliputi pelbagai bidang ilmu yang menjadi asas kepada pandangan alam, sekali gus membentuk dasar identiti bangsa Melayu.

Sejumlah 10 karya seni instalasi yang menampilkan kesatuan dalam interpretasi terhadap tradisi oleh beberapa seniman nusantara akan dipamerkan. Melalui karya-karya mereka, Nasirun, Alwin Reamillo, Titarubi, Htein Lin, Nguyen Phuong Linh, Samsudin Wahab, Mohd Azlan Mohd Latib, Andrialis Abdul Rahman, Nur Aniza Mohd Lazim, Intan Natasha Abdul Azim, Fadzil Idris dan Syafiq Ali’am mengungkapkan bahawa seni instalasi tidak hanya wujud dalam dunia seni Barat, tetapi telah berakar umbi dalam korpus kepandaian bangsa Melayu semenjak sekian lama. Justeru, karya-karya dalam pameran ini adalah ekspresi-ekspresi kritis yang menjentik khalayak mengambil bahagian dalam meninjau semula nilai estetika budaya sendiri.

Prakata / Foreword

Esei-esei / Essays

Seni dan Kesenien dalam Cap Mohor
Melayu Art and Artistry in Malay Seals

Metafora dan Kebijaksanean dalam Beberape Manuskrip Melayu
Metaphors and Wisdom in Certain Malay Manuscripts

Alegori Semasa dalam Pemerian Seni yeng Tersertah Melalul Manuskrip Melayu
Contemporary Allegories in Distinctive Artistic Expressions from Malay Manuscripts

Taj as-Salatin: Panduan Pentadbiren dan Keadilan Pemerintahan Kerajaan
Taj as-Salatin: A Guide to Administration and Justice in Government Rule

Metafora Laut dalam Episod Awal Sulalat as-Salatin (Sejarah Melayu)
Metaphors of the Sea in the Early Episodes of Sulalat as-Salatin (Malay Annals)

Manuskrip Melayu Cerminan Kearifan Tempatan
Malay Manuscripts as a Reflection of Local Knowledge

Yang Indah ialah Makna Tersirat Pada Yang Tersurat
Beauty is the Meaning Written Between the Lines

Fiksyen Sains Melayu dalam Naskhah Tradisional
The Elements of Science Fiction in Traditional Malay Texts

Manuskrip Melayu Islam — Cermin Kebenaran
The Malay Muslim Manuscripts — Mirrors Reflecting Truth

Manuskrip Ilmu Bedil Melayu: Kearifan Yang Terpendam
Malay Manuscripts of Firearms: The Hidden Wisdom

Mind The Gap: Logik Penerusan Tradisi
Mind The Gap: The Logic of Continuing Tradition

Karya / Artworks

Weight1.38 kg
Dimensions26.8 × 22.6 × 2.5 cm
Author(s)

, , , , , , , , , ,

Format

Class

Language

,

Publisher

,

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.