Antara China dengan Tanah Tempatan: Satu Kajian Pemikiran Dwipusat di kalangan Penulis Cina di Tanah Melayu 1919-1957

YOW CHEUN HOE adalah penolong profesor di Division of Chinese, Nanyang Technological University, Singapura. Beliau seorang pakar bidang kaum Cina dan isu kajian utamanya merangkumi qiaoxiang (kampung halaman bagi orang Cina), penulis Cina serta penghijrah baru dari China.

Penerbit USM (Cetakan pertama, 2011)
281 halaman, termasuk Indeks dan Bibliografi

Siri Kecetakan Akademik

RM85.00

Only 1 left in stock

Dengan menggunakan ‘konsep dwipusat,’ Antara China dengan Tanah Tempatan: Satu Kajian Pemikiran Dwipusat di kalangan Penulis Cina di Tanah Melayu 1919-1957 merekonstruksi kedudukan China dan tanah tempatan sebagai pusat pemikiran penulis Cina dari tahun 1919 hingga 1957. China mendominasi hingga tahun 1925 apabila tanah tempatan. dengan gelaran Nanyang, muncul dalam karya dan kritikan sastera. Kemelesetan ekonomi dunia pada tahun 1929 menjadikan tanah tempatan sebagai pusat keprihatinan, tetapi China memuncak sebagai fokus semasa perang China-Jepun sekitar tahun 193 71945. Walaupun istilah Malaiya (Malaya) dan Mahua buat kali pertama digunakan, penulis masih menganggap ‘sastera Malaiya‘ seharusnya berkhidmat untuk China. Selepas Perang Dunia Kedua, Kontroversi Sastera Mahua 1947-1948 mengasingkan orientasi China daripada orientasi tempatan. Malaiya menjelma sebagai kampung halaman baru dan pusat ketaatan pada tahun 1950-an. Pergerakan Sastera Patriotik 1956 tepat sekali membayangkan peralihan pemikiran kepada Persekutuan Tanah Melayu yang diisytiharkan merdeka pada 31 Ogos 1957.

Antara China dengan Tanah Tempatan: Satu Kajian Pemikiran Dwipusat di kalangan penulis Cina di Tanah Melayu 1919-1957 memfokus kepada penulis Cina di Tanah Melayu sebagai satu kelompok sosial yang penting yang telah mengalami perubahan pemikiran sebagai respons terhadap perubahan yang berlaku di China dan tanah tempatan. Oleh yang demikian, kajian ini adalah berbeza daripada sejarah sastera dan kajian lain ke atas masyarakat Cina di Tanah Melayu. Perbincangan dalam buku ini hanya menumpukan kepada penulis-penulis yang menggunakan bahasa vernakular Cina (baihua) untuk menghasilkan pelbagai bentuk tulisan sastera seperti sajak, prosa (sanwen), cerpen, novel, kritikan dan teori sastera, dan komen sosial (dengan gaya yang lebih bersifat sanwen). Penulis yang hanya menggunakan bahasa klasik Cina (wenyan) dalam perkaryaan dikecualikan daripada kajian ini kerana dua sebab, iaitu: (1) bilangan penulis jenis ini semakin berkurangan sejak berkembangnya sastera bahasa vernakular Cina di Tanah Melayu mulai tahun 1919; dan (2) penulis kumpulan ini pada umumnya tidak mengambil bahagian dalam arus perdana pergerakan sastera dan kontroversi-kontrovesi sastera yang penting. Oleh yang demikian, penulis-penulis yang melahirkan semua karya mereka dalam bahasa klasik Cina seperti Guan Zhenmin (1879-1962), Xu Xiaoshan, Chen Shaosu, dan Sun Shaoqing (1919-), tidak dikaji.

Di samping itu, penulis yang menggunakan bahasa lain, seperti Han Suyin (l9l7-), seorang yang berkarya dalam bahasa Inggeris, tidak akan diteliti walaupun beliau pernah menyertai kegiatan sastera Cina semasa bekerja di Nanyang University, Singapura pada tahun 1950-an, dan novel-novelnya yang diterjemah ke dalam bahasa Cina mendapat perhatian yang sangat besar di kalangan penulis Cina.

Ruang lingkup masa buku ini bermula daripada tahun 1919, tahun yang dipersetujui umum sebagai tahun bermulanya sastera bahasa vernakular Cina (sastera baru atau xin wenxue) di Tanah Melayu. Ia tamat pada tahun 1957 apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan daripada penjajahan British. Tempoh 1919-1957 ini adalah penting untuk meninjau perubahan orientasi dan pemikiran penulis Cina kerana dalam tempoh tersebut berlaku pergolakan politik besar, bukan sahaja di China tetapi juga di Tanah Melayu, yang menuntut pertimbangan dan respons daripada penulis Cina. Dengan ruang lingkup masa sebegini, penulis-penulis yang muncul sebelum tahun 1910-an seperti Kang Youwei (1858-1927), Khoo Seck Wan (1874-1941), Huang Zunxian (1848-1905), dan Ye ]iyun (1859-1921) tidak termasuk dalam kajian ini. Penulis-penulis yang mula berkarya selepas tahun 1957 juga tidak dikaji.

Dari segi geografi, skop kajian merangkumi penulis Cina yang pernah bermastautin di Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura bagi tempoh 1919-1957. Bagi memudahkan perbincangan, Tanah Melayu digunakan untuk merujuk kepada Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura. Dalam tempoh tersebut, penulis-penulis Cina selalunya berpindah-randah antara Semenanjung Tanah Melayu dengan Singapura dan ada juga penulis daripada kedua-dua buah tempat tersebut yang bercampur gaul antara satu sama lain. Keadaan ini kekal sehingga beberapa tahun selepas Singapura terpisah daripada Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1963. Dengan mengehadkan skop kepada Tanah Melayu, penulis-penulis yang menetap di Sarawak, seperti Wu An (1937-), atau di Sabah, seperti Huang Renfang (1926), adalah dikecualikan daripada kajian ini.

Prakata
Penghargaan
Nota Terminologi

1. Pengenalan
2. Profil Penulis-Penulis Cina di Tanah Melayu dan Latar Belakang Zamannya, 1910-19S0-an
3. Proses Kemunculan Nanyang sebagai Pusat Pemikiran Penulis Cina, 1919-1929
4. Penulis Cina dan Realiti Sosioekonomi Tempatan dari Lewat Tahun 1920-an hingga Awal Tahun 1930-an
5. Demi Zuguo: Kedudukan China Memuncak dalam Pemikiran Penulis Cina, 1932-1942
6. Pembentukan Konsep Negara Malaiya, 1945-1957
7. Penutup

Senarai Karakter
Lampiran
Bibliografi
Indeks

Weight0.492 kg
Dimensions24 × 16.5 × 1.8 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.