Arkeologi di Malaysia: Dahulu dan Kini membicarakan tentang perkembangan penyelidikan arkeologi di Malaysia khususnya dari tahun 1980-an hingga 2018. Bidang arkeologi yang akan disentuh dalam buku ini bermula dari era prasejarah, proloseiarah, sejarah dan maritim. Selain ilu, isu berkenaan teori perkembangan awal arkeologi di Malaysia, hala tuju bidang ini serta saranan demi memperkasakan bidang arkeologi di Malaysia turut disentuh.
Pengamal bidang arkeologi di Malaysia mengetahui bahawa bidang arkeologi di UKM telah dipelopori oleh Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman sejak tahun 1970-an lagi. Beliau mula berjinak-jinak dalam bidang ini sejak tahun 1972. Beberapa kursus asas mula diperkenalkan pada tahun 1974 dan sejak dari itu bidang arkeologi di UKM mula dikenali ramai yang mana pada ketika itu ia bertapak di bawah Jabatan Sejarah, Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan (FSKK). Kesungguhan dan komitmen beliau dalam mengangkat martabat ilmu arkeologi di UKM sendiri dan di Malaysia amnya tidak dapat dinafikan. Hasil daripada kesungguhan beliau ini, maka lahirlah beberapa kursus di peringkat awal seperti Pengantar Arkeologi, Teori dan Praktikal Arkeologi, Sejarah Malaysia Sebelum 1400 dan Sejarah Kebudayaan dan Alam Manusia Asia Tenggara.
Perubahan pendekatan dan kaedah kajian dalam bidang arkeologi dari tahun 1980-an hingga kini turut dimuatkan demi melihat kronologi pendekatan seria perubahan yang digunakan dalam mengkaji bidang ini di Malaysia. Ia perlu ditekankan dalam kaedah kajian sejajar dengan perkembangan sains dan teknologi secara global. Penemuan data baharu terutamanya rangka manusia prasejarah di Terengganu, tapak kerajaan awal zaman protosejarah di Sg. Batu, Mah serta penerokaan dan pemerkosaan bidang arkeologi maritim di Malaysia iuga dibincang dalam buku ini.
Tiga penemuan terbaru terutamanya rangka manusia terawal di Terengganu, tapak arkeologi tamadun awal di Sg. Balu sena penerokaan arkeologi maritim di Pulau Bidong, Terengganu menjadi pemangkin serta sumbangan yang besar terhadap korpus ilmu arkeologi di Malaysia khususnya. Arkeologi di Malaysia: Dahulu dan Kini juga mendedahkan peranan, keupayaan dan kredibiliti penyelidik tempatan yang setanding dengan penyelidik arkeologi luar negara terhadap penyelidikan dan interpretasi lentang sumber data arkeologi tempatan.
Pendedahan mengenai penemuan terbaharu arkeologi negara di beberapa tapak arkeologi diharap dapat membantu pembaca awam, para penyelidik dan pelajar dari pelbagai peringkat meningkatkan pengetahuan mereka terutamanya tentang perkembangan penulisan dan penyelidikan arkeologi terkini di Malaysia.
Reviews
There are no reviews yet