Asas Falsafah dan Pemikiran Melayu

AWANG SARIYAN adalah bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka.

DBP (Cetakan Pertama, 2016)
141 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM18.00

In stock

Product ID: 22713 Subjects: , Sub-subjects: , , ,

Asas Falsafah dan Pemikiran Melayu menelusuri pembicaraan umum dan ringkas tentang asas-asas falsafah dan pemikiran Melayu yang berteraskan Islam. Kandungannya merupakan peluasan dan pengolahan semula bahan kuliah penulis untuk kursus wajib di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, iaitu Falsafah dan Logika Melayu. Sebahagian besar bahan, terutama yang berkaitan dengan falsafah, didasarkan bab-bab awal tesis doktor falsafah penulis tahun 1997. Bab tentang logika sebahagiannya berdasarkan mimeograf Hashim Musa (2004) yang berjudul “Logika”, iaitu salah satu bahan asas kursus Falsafah dan Logika Melayu yang pada waktu itu dikendalikan oleh beliau, di samping buku Pemikiran Kritis oleh Lok Chong Hoe (1984).

Pada asasnya, Asas Falsafah dan Pemikiran Melayu mengupas aspek konsep asas falsafah dan logika serta memperlihatkan penerapan falsafah dan logika dalam beberapa ranah kehidupan dalam tamadun Melayu. Penerapan itu dengan jelas dapat dibaca dalam bab yang membicarakan aspek falsafah pendidikan dan implikasinya dalam sistem pendidikan di negara ini. Selain itu, diusahakan juga, dengan cara yang ringkas dan terbatas, gambaran falsafah dan logika Melayu dalam beberapa contoh karya persuratan Melayu, yang berbentuk prosa dan juga yang berbentuk puisi.

Buku ini terbahagi kepada dua bahagian, Beberapa bab mengupas aspek konsep-konsep asas falsafah dan logika. Beberapa bab atau bahagian dalam bab tertentu memperlihatkan penerapan falsafah dan logika dalam beberaparanah kehidupan dalam tamadun Melayu. Penerapan itu dengan jelas dapat dibaca dalam bab yang membicarakan aspek falsafah pendidikan dan implikasinya dalam sistem pendidikan di negara ini. Selain itu, diusahakan juga, dengan cara yang ringkas dan terbatas, gambaran falsafah dan logika Melayu dalam beberapa contoh karya persuratan Melayu, yang berbentuk prosa dan juga yang berbentuk puisi.

Amat banyak karya persuratan Melayu yang menampilkan falsafah dan logika Melayu, khususnya yang berteraskan Islam Sebahagiannya telah dikaji dan diterbitkan tetapi banyak lagi kupasan mendalam yang perlu dilakukan tentang karya-karya persuratan Melayu untuk memahami dan menghayati falsafah dan logika Melayu. Buku ini ibarat “Tiada rotan, akar pun berguna”. Selain aspek kandungannya yang serba sederhana di sana sini terdapat kekurangan lain.

Weight0.204 kg
Dimensions21.5 × 14 × 0.8 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.