Bahasa Mah Meri

Disunting oleh ASMAH HAJI OMAR

Penerbit UM (Edisi Pertama, 2006)
353 halaman termasuk termasuk Lampiran

RM38.00

Only 1 left in stock

Bahasa Mah Meri adalah hasil penyelidikan lapangan yang dijalankan di Kampung Orang Asli Bukit Bangkong di Sepang, Selangor oleh sekumpulan penyelidik daripada Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya. Bahasa Mah Meri ialah salah satu bahasa Orang Asli Mon-Khmer yang digolongkan dalam kelompok bahasa Aslian Selatan. Sebelum kajian ini, bahasa Mah Meri tidak mempunyai sebarang bentuk lambang yang boleh ditafsirkan sebagai sistem tulisan. Bahasa ini hanya hidup sebagai bahasa lisan yang digunakan dalam kehidupan sosial penuturnya. Buku ini bertujuan memberi gambaran am tentang dapatan dari segi ciri-ciri am bahasa dan budaya yang diselidiki ini. Kajian ini bersifat linguistik dan juga bersifat etnografi. Pendirian ini diambil berdasarkan perkaitan yang erat antara bahasa, budaya dan masyarakat. Di samping itu, daripada data yang diperolehi dihasilkan senarai perbendaharaan kata, bukan sahaja sebagai permulaan pengabadian bahasa ini dalam bentuk tulisan, tetapi juga sebagai panduan penyelidik seterusnya.

Bahasa Mah Meri digunakan sebagai bahasa utama oleh komuniti Mah Meri Kampung Bukit Bangkong (A), Sepang. Mereka yang berasal daripada suku kaum Orang Asli yang lain, misalnya suku kaum Temuan, yang bersemenda dengan orang Mah Meri Sepang, lambat-laun akan menguasai bahasa Mah Meri dan menggunakannya sebagai bahasa utama dalam kehidupan kekeluargaan mereka. Data etnografi menunjukkan bahawa dalam organisasi sosial orang-orang Mah Meri ini terdapat satu tatatingkat sosial atau pangkat yang meletakkan tok batin di atas sekali. Walau bagaimanapun, penggunaan bahasanya tidak menunjukkan adanya tatatingkat sosiolinguistik. Bahasa Mah Meri tidak mempunyai sebarang bentuk lambang yang boleh ditafsirkan sebagai sistem tulisan atau sebagai prototaip bentuk tulisan. Bahasa ini hanya hidup sebagai bahasa lisan yang digunakan dalam kehidupan sosial penuturnya. Tidak ada sebarang rakaman bahasa ini dalam bentuk tulisan, walaupun dalam zaman moden ini, dan kebanyakan ahli dalam komuniti berkenaan sudah pandai membaca dan menulis bahasa Melayu dengan menggunakan huruf rumi.

Bahasa Mah Meri di Sepang ini merupakan sistem yang terbuka. Ini dapat dibuktikan dengan masuknya begitu banyak unsur bahasa asing, terutama sekali bahasa Melayu, sama ada dari segi fonologi, morfologi, sintaksis, mahupun perbendaharaan kata. Dan yang paling ketara terbuka kepada unsur bahasa Melayu ialah perbendaharaan kata. Hal ini dapat dijelaskan dengan mengambil kira perubahan yang berlaku dalam kehidupan orang-orang Mah Meri sekarang. Bukan sahaja mereka dikelilingi oleh kampung-kampung Melayu, tetapi generasi muda mereka sudah mendapat pendidikan di sekolah kebangsaan yang bahasa pengantarnya bahasa Melayu.

Di samping itu, mereka tidaklah lagi tinggal di dalam hutan. Kampung mereka sama sahaja dengan kampung-kampung lain di Malaysia, yang mempunyai bekalan air dan kuasa elektrik, dan berdekatan dengan jalan raya. Kemudahan yang dikaitkan dengan kehidupan moden dan kehidupan bandar memang terdapat di kawasan ini, dan lambang-lambang kemodenan ini datang bersama dengan lambang bahasanya, iaitu bahasa Melayu. Seperti yang tercatat dalam lampiran, khususnya yang berkenaan dengan rumah, perabot, makan minum dan sebagainya itu, sebahagian besarnya merupakan kata pinjaman daripada bahasa Melayu. Peratusan kata Mah Meri asli lebih tinggi daripada peratusan kata pinjaman dalam domain tumbuh-tumbuhan, haiwan dan muka bumi. Ini memang sudah dijangka kerana komuniti berkenaan tentu sahaja lebih kenal akan alam asalnya daripada sesuatu yang dibawa masuk dari luar.

Dari segi perbendaharaan kata juga, bahasa Mah Meri Sepang mempunyai kata bilangan dari satu hingga tiga sahaja. Kata bilangan selebihnya diambil daripada bahasa Melayu. Ini tidak bermakna bahawa sebelum adanya pengaruh bahasa Melayu, orang Mah Meri tidak mengenal adanya jumlah yang lebih daripada tiga. Adanya perkataan untuk konsep “banyak” dan “sedikit” menunjukkan bahawa jumlah yang lebih banyak daripada tiga itu memang ada dalam kognisi mereka. Mereka cuma tidak ada lambang abstrak, yakni perkataan, untuk membawa maksud empat dan seterusnya. Kita hanya dapat menduga bagaimana mereka yang dahulu menghadapi kelompok orang atau benda yang berjumlah lebih daripada tiga. Barangkali kelompok berempat dilihat sebagai dua dengan dua, atau satu dengan tiga; dan kelompok berlima sebagai dua dengan tiga. Demikianlah seterusnya.

Dari segi sistem dan strukturnya, bahasa Mah Meri Sepang boleh dikatakan mempunyai sistem dan struktur yang “sederhana,” mulai daripada fonologi kepada sintaksis. Demikian juga halnya dengan sistem leksisnya. Dilihat dari segi sistem, tidak terdapat sistem yang kompleks, yang membawa kepada pembahagian lapisan subsistem yang rumit, Demikian juga halnya dengan strukturnya.

Dari segi fonologi, sistem konsonan dan vokal tidak banyak bezanya daripada sistem konsonan dan vokal yang ada dalam bahasa Melayu, yakni tidak terhad kepada bahasa Melayu standard tetapi juga dengan mengambil kira sistem konsonan berbagai-bagai dialek Melayu, terutama sekali yang terdapat di pantai barat, di sebelah utara, iaitu Kedah-Perlis, Pulau Pinang, Parit dan Negeri Sembilan, dan juga bahasa Orang Laut (sebenarnya dialek Melayu) di Pulau Adang.

Dari segi morfologi pula, bahasa Mah Meri Sepang merupakan bahasa ekamorfemik atau, dalam istilah yang lebih tradisional, bahasa isolatif. Ini bermakna bahawa perkataan-perkataan dalam bahasa berkenaan terdiri daripada satu morfem sahaja, tanpa menggunakan sebarang penambah atau juga mengalami perubahan bentuk berdasarkan proses infleksi. Kekecualian terdapat pada penggandaan, iaitu proses yang melibatkan pengulangan morfem yang sama. Gejala ini memang wujud dalam bahasa yang dikaji ini.

Kata Pengantar
Prakata
Penghargaan

BAB 1 Latar Belakang dan Metodologi Kajian
Asmah Haji Omar

BAB 2 Etnografi Kampung Bukit Bangkong, Sepang
Choi Kim Yok, Kamila Ghazali & Siti Ikbal Sheikh Salleh

BAB 3 Fonetik dan Fonologi
Norliza Amin

BAB 4 Gabungan Fonem dan Suku Kata
Roshidah Hassan

BAB 5 Morfologi dan Morfofonemik
Norafidah Tajuddin

BAB 6 Kata dan Frasa Bilangan
Khatijah Shamsudin

BAB 7 Kata dan Frasa Nama
Sakina Suffian

BAB 8 Kata dan Frasa Kerja
Fauziah Taib

BAB 9 Kata dan Frasa Sifat
Sathiadevi Kanagasabai, Khatijah Shamsudin & Fauziah Taib

BAB 10 Kata dan Frasa Adverba
Fauziah Taib

BAB 11 Ganti Nama Diri dan Deiksis
Kamila Ghazali

BAB 12 Sintaksis Bahasa Mah Meri
Choi Kim Yok

BAB 13 Intonasi dalam Ayat Bahasa Mah Meri
Ahmad Fikri Hj. Husin

BAB 14 Hubungan Sosial dan Perbualan dalam Bahasa Mah Meri
Noor Aishah Salleh

BAB 15 Kata Persanakan, Panggilan Kekeluargaan dan Bentuk Hormatan Masyarakat Mah Meri
Jariah Mohd. Jan

BAB 16 Perbendaharaan Kata Anggota Tubuh Badan
Siti Ikbal Sheikh Salleh

BAB 17 Perbendaharaan Kata Rumah dan Bahagian-bahagiannya
Siti Ikbal Sheikh Salleh

BAB 18 Perbendaharaan Kata Makanan dan Minuman
Siti Ikbal Sheikh Salleh

BAB 19 Perbendaharaan Kata Tumbuhan-tumbuhan dan Muka Bumi
Ainun Rozana Mohd Zaid

BAB 20 Perbendaharaan Kata Alat Perikanan, Pertanian dan Pertukangan
Ainun Rozana Mohd Zaid

BAB 21 Perbendaharaan Kata Haiwan
Abdul Malek Shaari

BAB 22 Konsep Gerak dan Proses
Faridah Noor Mohd. Noor

BAB 23 Konflik, Aman Damai dan Evaluasi
Khatijah Shamsudin

BAB 24 Persepsi Masa dan Kepercayaan
Samsur Rijal Yahaya

Lampiran 1 Kata dan Frasa Bilangan
Khatijah Shamsudin

Lampiran 2 Kata dan Frasa Nama
Sakina Suffian

Lampiran 3 Kata dan Frasa Kerja
Fauziah Taib

Lampiran 4 Kata dan Frasa Sifat
Sathiadevi Kanagasabai, Khatijah Shamsudin & Fauziah Taib

Lampiran 5 Kata dan Frasa Warna
Khatijah Shamsudin

Lampiran 6 Kata dan Frasa Adverba
Fauziah Taib

Lampiran 7 Tumbuh-Tumbuhan
Ainun Rozana Mohd Zaid

Lampiran 8 Haiwan
Abdul Malek Shaari

Lampiran 9 Muka Bumi
Ainun Rozana Mohd Zaid

Lampiran 10 Kata Persanakan, Panggilan Kekeluargaan dan Bentuk Hormat Masyarakat Mah Meri
Jariah Mohd Jan

Lampiran 11 Anggota-Anggota Luar Tubuh Badan
Siti Ikbal Sheikh Salleh

Lampiran 12 Rumah dan Bahagian-Bahagiannya
Siti Ikbal Sheikh Salleh

Lampiran 13 Makanan, Minuman dan Rempah Ratus
Siti Ikbal Sheikh Salleh

Lampiran 14 Alat Perikanan, Pertanian dan Pertukangan
Ainun Rozana Mohd. Zaid

Lampiran 15 Konflik, Aman Damai dan Evaluasi
Khatijah Shamsudin

Lampiran 16 Konsep Gerak dan Proses
Faridah Noor Mohd Noor

Lampiran 17 Perbualan
Noor Aishah Salleh

Weight0.534 kg
Dimensions22.8 × 15.2 × 2 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.