Out of stock

Budaya Lisan Melayu: Konsep dan Amalan

AMIN SWEENEY (1938–2010) adalah guru besar Pengajian Melayu di Asia Tenggara, dengan minat dan kepakaran yang mendalam terhadap kebudayaan dan kesenian Melayu.

Terjemahan daripada dua monograf berbahasa Inggeris; (i) Authors and Audiences in Traditional Malay Literature dan (ii) Malay Shadow Puppets: The Wayang Siam of Kelantan oleh DIAN SALLEH

IBDE (Cetakan Pertama, 2020)
266 halaman termasuk Bibliografi dan Glosari

RM40.00

Out of stock

Budaya Lisan Melayu: Konsep dan Amalan merupakan gabungan terjemahan kepada dua monograf Amin Sweeney yang berjudul Authors and Audiences in Traditional Malay Literature dan Malay Shadow Puppets: The Wayang Siam of Kelantan. Menerusi makalah pertama, Sweeney cuba untuk menyelidiki beberapa aspek persembahan, kepenggunaan dan pengaturcaraan menerusi beberapa konteks tertentu dalam kesusasteraan Melayu. Pembaca boleh menilai bagaimana Sweeney telah menyanggah secara lantang pandangan-pandangan serong oleh Winstedt, Wilkinson dan beberapa Melayuwan lainnya sewaktu era kolonial terhadap kesusasteraan Melayu “klasik”.

Menerusi makalah kedua, pembaca dibawa menelusuri sejarah wayang Siam di Kelantan, lengkap dengan sejarah bermulanya wayang di Malaysia dan perbincangan mengenai konteks sosial sewaktu wayang dimainkan di Kelantan. Malah, Sweeney turut menarik masuk perbincangan mengenai bagaimana tradisi ini diperturunkan, dan implikasi terhadap estetika dan falsafah keagamaan tempatan. Pembinaan jenis-jenis patung dalam wayang turut dipersembahkan dengan cukup butir oleh Sweeney, diikuti pemerian mengenai gaya dan tatacara persembahannya. Bermula dengan asas yang diambil dari kisah Ramayana, setiap pemerian pengaturcaraan akan berbeza mengikut tok dalang setiap persembahan wayang Siam tersebut.

BAHAGIAN SATU
Pengarang dan khalayak dalam kesusasteraan melayu tradisional

Kata Pengantar
Prakata

BAB I: Pengenalan

BAB II: Penyampaian dan penggunaan

BAB III: Gubahan lisan dan tulisan serta seni konseptual

BAB IV: Tiga jam dari tiga minit

BAB V: Gubahan berskema dalam kesusasteraan bertulis

Lampiran A
Lampiran B
Rujukan

BAHAGIAN DUA
Wayang Kulit Melayu

Senarai plat

Peta

Pengenalan

Konteks sosial

Patung: Jenis, penampilan dan pembikinan

Persembahan

Himpunan cerita: Satu tinjauan ringkas

Watak-watak utama dalam cerita asas

Bibliografi
Glosari

Weight0.262 kg
Dimensions17.7 × 11.6 × 2.4 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.