Dialek Geografi Melayu Patani: Varian Waeng

Penulisan bersama RAHIM AMAN, DEELA SINUR, dan SHAHIDI A. HAMID

Penerbit UKM (Cetakan Pertama, 2021)
17 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM30.00

Only 1 left in stock

Dialek Geografi Melayu Patani: Varian Waeng merupakan sebuah pemerian pertama yang membahaskan aspek pemetaan varian Waeng di Thailand bahagian selatan meliputi enam mukim di daerah Waeng, iaitu mukim Waeng, Lok Chut, Kayu Khlak, Kholok, Maedong dan Erawan. Pemetaan varian Waeng ini dilakukan dalam perspektif ilmu geografi dialek. Justeru, pemetaan ke atas vokal, konsonan dan leksikal diplotkan dalam bentuk peta-peta peragaan. Berdasarkan pemetaan ke atas vokal, konsonan dan leksikal memperlihatkan bahawa secara umumnya wujud realisasi vokal, konsonan dan leksikal pada semua kawasan yang diteliti, namun masih wujud kesejajaran pada kampung-kampung yang tertentu. Hasil akhir penulisan menyimpulkan bahawa varian Waeng dapat dibahagikan kepada tiga subdialek atau subvarian, iaitu varian asal Waeng, varian pendatang dan Varian percampuran.

Dengan menambahkan kajian pemetaan di daerah Waeng ini dapatlah dilihat penyebaran dialektal Patani secara umum. Penulisan ini akan memperkukuhkan lagi data kesamaan dan perbezaan yang telah dibuat oleh penulis terdahulu. Selain itu, penulisan ini juga menggambarkan bahawa daerah Waeng ini mempunyai satu varian yang tersendiri dan memerlukan pemetaan yang tersendiri untuk melihat kesejajaran bunyi dan leksikal pada setiap kampung. Satu kemungkinan juga ialah kawasan ini mempunyai ciri linguistik yang tersendiri yang berbeza dengan hasil kajian yang telah dilakukan sebelum ini. Justeru, pemetaan dialek geografi perlu dilakukan di daerah Waeng, wilayah Narathiwat untuk membuktikannya.

Senarai Jadual dan Rajah
Senarai Simbol dan Singkatan
Prakata

BAB 1 – Dialek Melayu Patani dan Dialektologi

BAB 2 – Perkembangan Dialek Melayu Patani

BAB 3 – Pemetaan Vokal Varian Waeng

BAB 4 – Pemetaan Konsonan Varian Waeng

BAB 5 – Pemetaan Leksikal Varian Waeng

BAB 6 – Variasi Varian Waeng

Rujukan
Indeks

Weight0.266 kg
Dimensions22.8 × 15.2 × 0.9 cm
Author(s)

, ,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.