Out of stock

Dialek Melayu Brunei dalam Salasilah Bahasa Melayu Purba

JALUDIN CHUCHU adalah pensyarah kanan di Jabatan Bahasa Melayu dan Linguistik, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Brunei Darussalam.

Penerbit UKM (Cetakan Pertama, 2003)
262 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM25.00

Out of stock

Dialek Melayu Brunei dalam Salasilah Bahasa Melayu Purba mengkaji hubungan dialek Melayu yang dituturkan di Pulau Borneo dan mengklasifikasikannya dalam rumpun bahasa Melayu Purba. Dialek Melayu Brunei yang dikaji ialah dialek Sambas di Kalimantan Barat, dialek Berau di Kalimantan Timur dan varian dialek Melayu di Teluk Brunei. Kajian dilakukan berdasarkan pendekatan linguistik sejarah untuk menilai kedudukan Dialek Melayu Brunei dalam salasilah bahasa Melayu Purba. Data disaring dan dibandingkan berdasarkan pendekatan linguistik struktural, iaitu membanding daripada sudut fonologi. Data yang disaring adalah inventori vokal dan konsonan, perbandingan vokal, diftong dan konsonan bahasa Melayu Purba dengan varian dialek Melayu di Teluk Brunei, dialek Sambas di Kalimantan Barat dan dialek Berau di Kalimantan Timur.

Selain itu turut dibincangkan ialah hubungan khusus yang dimiliki bersama dialek Melayu Brunei berdasarkan inovasi leksikal dan juga persamaan leksikal. Hasil kajian menunjukkan bahawa bahasa Melayu Purba telah menurunkan bahasa Melayu Borneo yang kemudiannya berpecah pula menjadi dua rangkaian, iaitu bahasa Borneo Barat dan bahasa Borneo Pesisir. Daripada bahasa Borneo Pesisir terpancar dialek Sambas di Kalimantan Barat dan bahasa Borneo Timur. Bahasa Borneo Tenggara dan bahasa Borneo Utara adalah pecahan daripada bahasa Borneo Timur. Di bawah bahasa Borneo Utara dipancarkan varian dialek Melayu di Teluk Brunei dan bahasa Borneo Tenggara memancarkan dialek Berau di Kalimantan Timur. Dari Brunei dialek Melayu tersebut diandaikan telah berpindah ke Bacan dan Berau.

Senarai Jadual
Senarai Rajah dan Peta
Senarai Lambang Fonetik
Senarai Singkatan
Prakata

1. Pengenalan
2. Latar Belakang Komuniti Dialek Melayu di Pulau Borneo
3. Dialek Melayu Teluk Brunei
4. Dialek Sambas
5. Dialek Berau
6. Kesimpulan

Lampiran
Rujukan
Indeks

Weight0.379 kg
Dimensions22.8 × 15.2 × 1.4 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.