Diet Prasejarah Masyarakat Pesisiran Pantai Semporna, Sabah pada Zaman Neolitik

VELAT BUJENG adalah pensyarah dan penyelidik di Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG), Universiti Sains Malaysia.

Penerbit USM (Cetakan Pertama, 2019)
101 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM20.00

In stock

Diet Prasejarah Masyarakat Pesisiran Pantai Semporna, Sabah pada Zaman Neolitik membincangkan diet atau sumber makanan masyarakat prasejarah daripada perspektif arkeozoologi. Data-data yang dibincangkan adalah hasil kajian terkini terhadap bukti arkeologi terutamanya sisa-sisa fauna vertebrata dari tapak prasejarah Bukit Tengkorak, Bukit Kamiri dan Melanta Tutup, Semporna, Sabah. Sisa-sisa fauna vertebrata yang merupakan haiwan prasejarah yang masih wujud pada epok Holosen dan telah dieksploitasi oleh masyarakat prasejarah di Semporna untuk dijadikan sebagai sumber makanan.

Selain itu, buku ini turut memaparkan tingkah laku, cara hidup, pemikiran, kemahiran dan juga kreativiti masyarakat pendukung budaya Neolitik di Semporna dalam meneruskan kelangsungan kehidupan pada masa tersebut. Diharapkan buku ini dapat menjadi bahan perkongsian ilmiah kepada semua peringkat masyarakat.

Diet Prasejarah Masyarakat Pesisiran Pantai Semporna, Sabah pada Zaman Neolitik merangkumi 10 bahagian perbincangan utama. Bahagian pertama adalah mukadimah yang memberikan gambaran tentang latar belakang kajian arkeologi di daerah Semporna, Sabah terutamanya di tapak Bukit Tengkorak, Bukit Kamiri dan Melanta Tutup. Penulis turut membincangan isu dan masalah kajian arkeozoologi di Semporna. Perbincangan bahagian ini mengupas isu, masalah dan persoalan yang wujud ekoran daripada kajian arkeologi terdahulu. Berlandaskan isu, masalah dan persoalan tersebut maka lahirlah objektif bagi merungkai, membina dan memantapkan lagi dara arkeologi yang tersedia ada serta terkini.

Oleh itu, bahagian ketiga merupakan kupasan yang disusun atur bagi membolehkan objektif kajian tercapai. Dengan kata lain, metod atau kaedah dalam kajian arkeozoologi yang diaplikasi. Bahagian seterusnya pula lebih kepada hasil kajian iaitu membincangkan fauna vertebrata prasejarah yang dikenal pasti dari tapak arkeologi di Semporna. Fauna-fauna vertebrata yang dikenal pasti tersebut merupakan sumber makanan masyarakat prasejarah di Semporna. Berdasarkan fauna vertebrata yang dieksploitasi, maka data mengenai aktiviti subsisten dan adaptasi turut dapat direkonstruksi.

Malah, strategi, amalan memburu dan menangkap ikan turut dibincangkan. Sifat kajian yang multidisiplin dan saintifik membolehkan proses modifikasi atau manipulasi terhadap sisa-sisa makanan seperti tulang fauna dapat ditentukan. Oleh itu, bahagian ini banyak membincangkan hasil ciptaan yang diperbuat daripada sisa-sisa makanan masyarakat tersebut dan kepentingannya dalam kehidupan mereka.

Pusat Penyelidikan Arkeologi Global
Siri Arkeologi Perdana
Prakata

1. Pengenalan
2. Latar Belakang Kajian Kajian Arkeozoologi di Semporna, Sabah
3. Isu dan Masalah Kajian Arkeozoologi di Semporna
4. Kajian Arkeozoologi di Tapak Prasejarah Semporna
5. Fauna Vertebrata Prasejarah di Tapak Bukit Tengkorak, Semporna
6. Fauna Vertebrata Prasejarah di Tapak Bukit Kamiri, Semporna
7. Fauna Vertebrata Prasejarah di Tapak Melanta Tutup, Semporna
8. Fauna Vertebrata Sumber Makanan Masyarakat Prasejarah Semporna
9. Aktiviti Subsisten dan Adaptasi Masyarakat Prasejarah Semporna
10. Strategi, Amalan Memburu dan Menangkap Ikan Masyarakat Prasejarah Semporna
11. Modifikasi Sisa Fauna Vertebrata Prasejarah Semporna
12. Kesimpulan

Glosari
Bibliografi
Indeks

Weight0.187 kg
Dimensions22.8 × 15.2 × 0.6 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.