Out of stock

Gerakan dan Tokoh Kiri: Kamarulzaman Teh dalam Kancah Perjuangan Kemerdekaan

MOHAMED SALLEH LAMRY adalah mantan Profesor Madya dan Sarjana Tamu di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

SIRD (Cetakan Pertama, 2006)
185 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM25.00

Out of stock

Product ID: 31601 Subject: Sub-subjects: , , ,

Gerakan dan Tokoh Kiri: Kamarulzaman Teh dalam Kancah Perjuangan Kemerdekaan memaparkan kisah hidup dan perjuangan bekas Ketua API Pahang sekitar tahun 1946-1947. Walaupun Kamarulzaman Teh mungkin kurang dikenali, dan tidak dianggap sebagai seorang tokoh besar, tetapi dia adalah seorang pejuang kemerdekaan yang penting di Pahang antara tahun 1946-1948. Malah, dia sebenarnya pernah memainkan dua peranan secara serentak, iaitu sebagai Ketua API Pahang secara terbuka, dan bergerak “di bawah tanah” sebagai pemimpin Jabatan Kerja Melayu PKM bahagian Pantai Timur, merangkap Setiausaha Jabatan Kerja Melayu bagi negeri Pahang. Kedudukan Kamarulzaman Teh dalam Jabatan Kerja Melayu PKM sebenarnya setaraf dengan Rashid Maidin yang mengetuai bahagian Utara dan Abdullah C.D. yang mengetuai bahagian Selatan.

Di samping itu, Kamarulzaman Teh juga mungkin merupakan seorang pejuang kemerdekaan yang paling lama menjalani hukuman penjara dan hukuman ISA sebagai akibat dari perjuangannya. Dia dihukum penjara selama 14 tahun kerana didapati bersalah memiliki senjata api, kemudian dikenakan sekatan tempat tinggal di bawah ISA pula selama 8 tahun lagi. Sebenarnya penangkapan Kamarulzaman Teh pada awal daruratlah yang menyebabkan dia tidak menyertai perjuangan bersenjata bersama-sama dengan Abdullah C.D., Musa Ahmad, Wahi Anuar dan Rashid Maidin. Sekiranya dia tidak tertangkap, dialah sebenarnya yang akan menjadi pemimpin Rejimen Ke-10—pasukan bersenjata Melayu yang ditubuhkan oleh PKM—kerana dia telah pun dipilih sebagai Panglima pasukan itu.

Oleh itu, tentu ada kewajarannya biografi Kamarulzaman Teh ditulis dan dibukukan, sekurang-kurangnya untuk menunjukkan bahawa perjuangan dan jasanya adalah diberi pengiktirafan yang sewajarnya, dan tidak dilupakan. Walau bagaimanapun, oleh kerana gerakan politik di daerah Temerloh dan di negeri Pahang belum banyak ditulis dan penting diketahui untuk melihat konteks perjuangan Kamarulzaman Teh, maka satu pemerihalan ringkas tentang gerakan politik yang pernah muncul di Pahang sebelum Perang Dunia Kedua akan dikemukakan terlebih dahulu. Ini akan diikuti dengan huraian yang lebih terperinci tentang gerakan politik kiri yang muncul di Temerloh sebelum darurat (1946-1948) dan gerakan politik kiri yang muncul di Temerloh selepas darurat (1948-1960).

Dengan itu, gerakan politik yang pernah muncul di Pahang dan gerakan politik kiri yang pernah muncul di Temerloh akan dihuraikan dalam bahagian pertama (Bahagian A) buku ini, sementara bahagian kedua (Bahagian B) pula akan menghuraikan kisah hidup dan perjuangan Kamarulzaman Teh.

Senarai Gambar
Singkatan
Prakata
Pendahuluan

Bahagian A – Gerakan Politik Kiri
1. Gerakan Penentangan Terhadap Campur Tangan Inggeris
2. Gerakan Nasionalisme Melayu Sebelum Perang Dunia Kedua
3. Kemunculan Gerakan Komunis
4. Gerakan Politik Kiri Sebelum Darurat (1946-1948)
5. Gerakan Politik Kiri Selepas Darurat (1948-1960)

Bahagian B – Kamarulzaman Teh
1. Kelahiran dan Pengalaman Masa Kecil
2. Persekolahan dan Pekerjaan Awal
3. Penglibatan dalam MPAJA
4. Penglibatan dalam PKM
5. Ketua Barisan Pemuda
6. Sebagai Ketua API
7. Perkahwinan dan Perpisahan
8. Penangkapan dan Hukuman
9. Kehidupan di Penjara
10. Menjalani Hukuman ISA
11. Bergerak dalam PSRM
12. Kehidupan Selepas Bebas
13. Sakit dan Kematian
14. Kesimpulan

Rujukan
Indeks

Weight0.284 kg
Dimensions22.7 × 15.2 × 1 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.