Himpunan Karya Pilihan mengandungi 41 tulisan terpilih Wan Mohd Nor Wan Daud merangkumi makalah ilmiah, temu ramah, kata pengantar, dan resensi yang pernah diterbitkan di Malaysia dan Indonesia. Kebanyakannya telah terbit dari tahun 1980-an hingga 2021. Ia adalah hasil karya sepanjang 40 tahun dalam Bahasa Melayu oleh salah seorang sarjana-pendidik, pentadbir pendidikan, aktivis intelektual dan penyair tanah air yang disegani. Pengarang juga telah berguru dengan dua tokoh pemikir besar dunia Islam, iaitu Fazlur Rahman dan Syed Muhammad Naquib al-Attas.
Terbitan ini meliputi pelbagai aspek penting kehidupan kita seperti agama, falsafah, sejarah, peradaban, pendidikan, kerjaya, kemerdekaan, dan pembangunan negara, termasuklah pembangunan belia. Karya yang dihimpunkan ini ditulis dengan cara perbandingan serta mudah difahami dan kadangkala provokatif untuk membangkitkan akal fikiran pembaca. Ia menyasarkan bukan sekadar oleh golongan sarjana, bahkan pemimpin di pelbagai peringkat, sama ada kepada para pembuat dasar bahkan juga untuk masyarakat awam dan pelajar universiti dan sekolah tahap tinggi yang terdidik dan prihatin.
Muqaddimah dan Pengi’tirafan
KRependekan
AGAMA DAN FALSAFAH
Islām dan Tentangan Kebudayaan Barat
Pandangan Seorang Muslim
Putaran Ganas Sufastaiyyah
Kontroversi Negara Sekular dan Negara Islām
Menyambungkan yang Mutawātir dan Memperkuat Ijmak
Tafsir dan Ta’wil Sebagai Metode Ilmiah
Beberapa Aspek Pandangan Alam Orang Melayu dalam Manuskrip Melayu Tertua al-‘Aqā’id al-Nasafī
Islamisasi, Dewesternisasi dan Dekolonisasi
Makna Hakiki Pembangunnan
Kenirwaktuan Nabi Muhammad di dalam Peradaban Islam
Krisis Otoritas, Ateisme, dan Ekstremisme
ILMU DAN PENDIDIKAN
Pembinaan Budaya Imu
Pandangan Hidup Islam dan Implikasi kepada Pendidikan di Malaysia
Konsep Ilmu dan Implikasi kepada Perkembangan Kurikulum
Wawasan dan Misi Pendidikan di Masa Hadapan
Hubungan Falsafah dan Pendidikan di Malaysia
Pengkorporatan Institusi Pengajian Tinggi
Insan Baik Teras Kewarganegaraan
Cendekiawan Kritis
Pencapaian dan Cabaran Pendidikan Islām
Pendidikan Tinggi dan Pembangunan
Tradisi Ilmu dan Anti-Ilmu dalam Islām
SEJARAH, PEMBANGUNAN NEGARA DAN PERADABAN
Budaya Kerja
Budaya Kerja Bersepadu
Renungan Terhadap Wawasan Perdana
Konsep Pentadbiran dan Organisasi Beradab
Belia Malaysia di Pentas Global
Menyuburkan Makna Kemerdekaan Menurut Islam di Malaysia
Integriti dan Mas’uliah dalam Kepimpinan
Patriotisme Adil di Zaman Global
Peradaban Fadilah Islām
PRAKATA, RESENSI BUKU DAN TEMURAMAH
Memanfaatkan Falsafah Ilmu dalam al-Qur’ān
Hakikat Kewujudan: Resensi Prolegomena to the Metaphysics of Islām
Pendekatan Kajian Tamadun Islam: Beberapa Pandangan
Malaysia Sebagai Pusat Pengajian Tinggi Islām: Peranan ISTAC
Akhlak Mulia Lewat Islamisasi
Pengantar Pengaruh Kristen-Orientalis
Pengantar Wajah Peradaban Barat
Prakata Atas Nama Kebenaran
Falsafah Sejarah Profesor S.M. Naquib al-Attas
Islām dan Sekularisme: Satu Karya Agung Kullī
Indeks
Pengarang
Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.
Reviews
There are no reviews yet