Jayengbaya: Memahami Pemikiran Orang Jawa

NORIAH MOHAMED adalah pensyarah di Jabatan Persuratan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau banyak menumpukan. penyelidikan dan penulisannya dalam bidang falsafah dan pemikiran orang Jawa.

Penerbit UKM (Cetakan Kedua, 1995)
294 halaman

RM25.00

Only 1 left in stock

Product ID: 5548 SKU: 9789679422719 Category: Tags: , , , , , ,

Jayengbaya, sebuah karya awal Ranggawarsita, Pujangga Agung Jawa, menarik minat mereka yang berkecimpung dalam kesusasteraan Jawa, terutamanya mereka yang mengkaji karya pujangga ini. Karya beliau dianggap unik dan sehingga kini cara penulisan beliau sukar ditandingi. Karya-karya beliau dianggap pemisah antara kesusasteraan Jawa lama dengan yang baru. Pembaharuan yang dibawanya antara lain ialah:

  1. Perintis prosa Jawa baru dengan kitab seperti kitab Paramajoga dan kitab Kanda yang digubahnya kembali.
  2. Penggubah Sandiasma, yakni menyelitkan nama diri di dalam karyanya.

Kebijaksanaan beliau menyelitkan namanya dalam baris tembang memberi suatu gambaran tentang kerendahan hatinya yang tidak mahu menonjolkan diri sebagai pengarang karya tersebut. Mungkin juga beliau tidak mahu karyanya diciplak orang. Hal begini pernah terjadi kepada teks Witoradiya yang dicetak pada tahun 1912 oleh penerbitan Rusche, dan Winter dikatakan pengarangnya.

Penulisan Ranggawarsita telah dijadikan bahan telaah, bukan sahaja oleh mereka yang ingin mendalami corak penulisan kesusasteraan Jawa, bahkan oleh mereka yang ingin mendalami isi ajaran agama Jawa. Kerana ingin mendalami corak dan isi karya Ranggawarsita inilah, penulis memilih teks Jayengbaya sebagai bahan kajian. Pemilihan teks Jayengbaya dipengaruhi oleh keunikan isi yang dibeberkan dan oleh pelampiasan khayalan Jayengbaya yang kadangkala begitu melampau sehingga sampai ke tahap khayalan yang diri pengarangnya menjadi anjing dan Tuhan.

Selain faktor isi, penulis juga tertarik dengan judul Jayengbaya yang menampakkan adanya mesej yang dipaparkan oleh Ranggawarsita.

Kalau dilihat dari segi etimologinya, kata Jayengbaya berasal daripada akar kata jaya + ing + baya. Pertembungan antara vokal [a] dan [i] dalam dua akar kata di atas akan menghasilkan bunyi [E]. Sedangkan perkataan Jayengbaya ini membawa erti, berjaya daripada segala bahaya dan bukan bermaksud buaya. Pengertian buaya tidak dapat dikaitkan dengan kata jayeng yang bermaksud jaya. Kata jaya lebih tepat dikaitkan dengan bahaya; iaitu berjaya daripada bahaya. Perkataan jayeng sangat lumrah ditemui dalam teks Jawa seperti Panji Jayengtilam, karya Ranggawarsita.

Mungkin timbul persoalan mengapa perkataan jayeng digunakan dalam karya Ranggawarsita? Jawapan yang jelas ialah beliau ingin mendapatkan kejayaan keduniaan dan kebatinan.

Tunjang dalam keselarasan hidup masyarakat jawa adalah keharmonian dan ketenangan. Anak-anak Jawa dididik supaya peka kepada orang Iain, berkelakuan baik dan sentiasa bermawas diri iaitu bertanggungjawab ke atas setiap tindakan. Supaya masyarakat hidup harmoni, mereka perlu berpegang kepada tiga dasar—memperdalami ketakwaan kepada Allah, menjaga keselarasan diri dengan alam dan selalu sedar diri—eling lan waspada. Mereka bergotong-royong untuk kesejahteraan masyarakat dan menegakkan semboyan: satu untuk semua dan semua untuk semua, sama rata, sama rasa, sama bahagian. Untuk keadilan dan perikemanusiaan, mereka mengamalkan konsep tepa-slira. Semua ini mengembangkan peradaban, etika dan estetika masyarakat Jawa. Secara etnik orang jawa adalah majoriti di Indonesia.

Dari sudut beragama, mereka agak terpecah di antara yang menganut Islam sepenuhnya dengan yang mengamalkan Islam secara sinkretis tetapi bercampur dengan pengaruh Jawa. Sebahagian besar yang lain menganggap diri mereka Muslim yang nominal, mengaku Islam, namun tindakan dan fikiran lebih akrab kepada tradisi Jawa kuno dan jawa Hindu.

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 0.437 kg
Dimensions 22.8 × 15.4 × 1.8 cm
Edition

Format

ISBN

9789679422719

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Jayengbaya: Memahami Pemikiran Orang Jawa”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.