Johor dalam Konteks Ekonomi Global

Senarai Penyumbang:
KHADIJAH MD. KHALID (Profesor Madya Dr.)
SHAKILA YACOB (Profesor)
FATIMAH KARI (Profesor Madya Dr.)
SHARIFAH MARIAM MOHAMMED ALHABSHI (Profesor Madya Dr.)
SURIA BABA (Profesor Madya Dr.)
ROSLINDA ITHNIN (Profesor Madya Dr.)
SUMIANI YUSOFF (Profesor Madya Dr.)

Penerbit UM (Cetakan Pertama, 2017)
146 halaman termasuk Indeks dan Bibliografi

RM48.00

In stock

Johor dalam Konteks Ekonomi Global adalah sebahagian daripada hasil penemuan kajian bertajuk, “Impak Perubahan Demografi ke atas Kedudukan Sosioekonomi Masyarakat Maioriti Negeri Johor: Isu Serta Cabaran Masa Kini dan Hadapan.” la merupakan kajian komprehensif yang amat penting dalam meninjau impak dan kedudukan sosioekonomi masyarakat, khususnya masyarakat majoriti (Melayu) di Johor.

Kajian yang dilaksanakan pada April 2014-Disember 2015 merangkumi pelbagai disiplin ilmu, antaranya, sejarah, sosiologi, ekonomi, politik dan keselamatan serta pembangunan, termasuk perancangan bandar. Justeru, buku ini cuba mengupas pelbagai persoalan yang berbangkit daripada proses perubahan demografi ke atas kehidupan masyarakat majoriti negeri Johor yang kini semakin terdedah kepada isu, permasalahan dan cabaran dari pelbagai arah dan dimensi.

Kerancakan pembangunan ekonomi Johor, khususnya selepas pelancaran Projek Pembangunan Iskandar Malaysia hampir lebih sedekad lalu telah menyebabkan pelbagai kesan yang dijangka dan tidak dijangka yang memerlukan penyelesaian yang konkrit. Ini adalah kerana isu, permasalahan dan cabaran yang berbangkit daripada kepesatan proses pembangunan di Iskandar Malaysia dan juga limpahan di luar wilayah Iskandar Malaysia telah memberikan impak besar ke atas pembangunan sosiobudaya dan ekonomi masyarakat majoriti dan negara secara keseluruhannya.

Kedudukan strategik negeri Johor yang bersebelahan dengan negara ketiga terkaya di dunia, Singapura, menjadikan masyarakat Johor semakin terdedah kepada pelbagai tekanan dan cabaran yang perlu difahami dan ditangani segera oleh kerajaan dan rakyat.

Buku Johor Dalam Konteks Ekonomi Global ini cuba menjawab beberapa persoalan utama, antaranya, sejauh manakah pembangunan ekonomi di sesebuah kawasan/wilayah benar-benar memberikan pulangan ekonomi kepada masyarakat tempatan contohnya peluang pekerjaan dan sumber pendapatan. Malah, buku ini turut meninjau peluang pekerjaan yang wajar diwujudkan

uang pekerjaan yang wajar diwujudkan dan diperlukan oleh industri tertentu (sama ada industri utama atau sokongan) dalam sesebuah kawasan pembangunan ekonomi yang pesat di seluruh negeri Johor, dan di luar kawasan Wilayah Iskandar Malaysia.

Buku ini dibahagikan kepada tujuh bab. Walaupun setiap bab membincangkan isu dan cabaran yang berbeza, namun setiap bab dalam buku ini saling berkait antara satu sama lain dalam mengupas pelbagai persoalan yang bangkit daripada impak perubahan demografi ke atas kelangsungan masyarakat Melayu di negeri Johor masa kini.

Weight0.259 kg
Dimensions23 × 15.2 × 0.8 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author

  • Sejarah Johor

    Sejarah Johor

    RM45.00
  • Pentadbiran Kewangan Kolonial Johor

    Pentadbiran Kewangan Kolonial Johor

    RM35.00