Kamus Idris al-Marbawi: Sumbangan dan Peranannya dalam Leksikografi Arab-Melayu

RAJA MASITTAH RAJA ARIFFIN adalah Profesor Madya di Universiti Putra Malaysia.

Ditulis bersama CHE RADIAH MEZAH

DBP (Cetakan Pertama, 2018)
115 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM15.00

Only 1 left in stock

Kamus Idris al-Marbawi: Sumbangan dan Peranannya dalam Leksikografi Arab-Melayu menghuraikan kandungan Kamus Idris al-Marbawi yang merupakan sebuah karya besar dalam bidang leksikografi. Kamus ini, sesungguhnya bersinonim dengan nama penyusunnya, iaitu Muhammad Idris al-Marbawi, seorang tokoh leksikografi Arab-Melayu dan juga ulama tersohor di Malaysia mahupun di luar negara. Sumbangannya dalam perkamusan Arab-Melayu tidak dapat disangkal lagi, dan kamus ini penting dan banyak memberi manfaat kepada para pelajar Melayu, khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran, baik di masjid mahupun di institusi pengajian tinggi di Mesir sejak tahun 1920-an, dan sehingga kini masih lagi dimanfaatkan oleh pelajar serta pendidik di Malaysia. Selama ini banyak tulisan yang terhasil memerikan tokoh ini sebagai ulama besar, dan sedikit sahaja yang berfokus kepada kamus besar yang dihasilkan oleh tokoh ini.

Kamus Arab-Melayu pertama yang diterbitkan pada tahun 1920-an ini terbahagi kepada dua juzuk. Juzuk pertama dicetak pada tahun 1926 sementara juzuk kedua dihasilkan pada tahun 1928. Juzuk pertama mengandungi 384 halaman yang bermula dengan huruf alif (ا) dan berakhir dengan zha (ظ). Kamus ini mengandungi 18,000 kosa kata Arab yang diberi takrif atau ertinya dalam bahasa Melayu, dan juga 700 kosa kata yang diisyaratkan dalam bentuk gambar. Dalam juzuk kedua terdapat 401 halaman, yang bermula dengan huruf ‘ain (ع) dan berakhir dengan huruf ya (ي), dan juga 18,000 kosa kata bahasa Arab serta 500 kosa kata yang disyaratkan dalam bentuk gambar.

Perbincangan buku ini dibahagikan kepada enam bab. Bab pertama berkisarkan latar kehidupan Muhammad Idris al-Marbawi yang menyentuh keperibadian beliau sebagai seorang ulama Melayu yang tersohor. Sementara itu, bab kedua memerikan sejarah ringkas strategi penyusunan Kamus Idris al-Marbawi dengan memberikan tumpuan terhadap penyusunan dan kategori maklumat yang termuat dalam kamus, termasuklah kandungan, kaedah dan penyusunan emtri, rujuk silang, maklumat bahasa, ejaan, dan lain-lain.

Dalam pada itu, bab ketiga pula membincangkan penganalisisan maklumat yang meliputi keterangan beberapa bentuk kata kerja, termasuklah kata kerja berimbuhan, kata kerja al-Muta’addi dan al-Lazim, penggunaan gender, aspek semantik, kata turunan dan kata terbitan, kata jamak dan kata pinjaman, penggunaan dialek Mesir atau bahasa pasar, penggunaan ayat serta gaya bahasa.

Kosa kata dialek Melayu yang ditemui dalam Kamus Idris al-Marbawi edisi baharu dibincangkan dalam bab keempat. Kosa kata ini merupakan entri tambahan bagi dialek yang lazim dituturkan di Kampung Lubok Merbau dan sekitarnya. Bab kelima pula membincangkan Kamus Idris al-Marbawi sebagai pemangkin kepada penerbitan kamus Arab-Melayu dan Melayu-Arab pada akhir tahun 1920-an dan awal tahun 1930-an di Semenanjung Tanah Melayu dan di Indonesia. Bab keenam yang merupakan bab akhir membincangkan kerelevenan Kamus Idris al-Marbawi dalam pendidikan moden kini.

Prakata
Pendahuluan

BAB 1 MUHAMMAD IDRIS AL-MARBAWI PENYUSUN KAMUS ARAB-MELAYU

Pengenalan Muhammad Idris al-Marbawi
Sumbangan kepada Nusantara dan Alam Melayu
Keperibadian Muhammad Idris al-Marbawi
Pendidikan
Anugerah dan Pengiktirafan
Kembali ke Rahmatullah
Jasamu Dikenang
Kesimpulan

BAB 2 STRATEGI PENYUSUNAN KAMUS IDRIS AL-MARBAWI

Pengenalan
Sejarah Ringkas Strategi Penyusunan Kamus Idris al-Marbawi
Kategori Maklumat dalam Kamus Idris al-Marbawi
Kandungan Kamus Idris al-Marbawi
Kaedah Penyusunan Kamus Idris al-Marbawi
Kesimpulan

BAB 3 ANALISIS KAMUS IDRIS AL-MARBAWI

Pengenalan
Keterangan Kata Kerja
Penjelasan Jenis Gender
Aspek Morfologi dan Semantik
Dialek
Penggunaan Ayat al-Quran dan Hadis
Penggunaan Gaya Bahasa Melayu Klasik
Sistem Ejaan
Pengetahuan Am
Sumber Rujukan
Kata Masukan
Aspek Teknikal dalam Kamus Idris al-Marbawi
Kesimpulan

BAB 4 DIALEK MELAYU DALAM KAMUS IDRIS AL-MARBAWI

Pengenalan
Definisi Dialek
Penggunaan Unsur Dialek
Kosa Kata Dialek Melayu Kampung Lubok Merbau
Kesimpulan

BAB 5 KAMUS IDRIS AL-MARBAWI PEMANGKIN PENERBITAN KAMUS LAIN

Pengenalan
Penyebaran Bahasa Arab di Semenanjung Tanah Melayu
Kodifikasi Kamus Bahasa Arab
Penerbitan Kamus Bahasa Arab-Bahasa Melayu di Malaysia
Penerbitan Kamus Arab-Melayu-Arab di Indonesia
Kamus Digital
Glosari dan Kamus Istilah Bahasa Melayu-Bahasa Arab
Kesimpulan

BAB 6 KERELEVENAN KAMUS IDRIS AL-MARBAWI DALAM PENDIDIKAN MODEN

Pengenalan
Penggunaan Kamus Idris al-Marbawi dalam Kalangan Pelajar Generasi Baharu
Kesimpulan

Bibliografi
Indeks

Weight0.183 kg
Dimensions21.7 × 14 × 0.8 cm
Author(s)

,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.