Kamus Melayu-Cam

Disusun oleh MOHAMAD ZAIN MUSA, HAJI YUSOF MOHAMAD, AHMAD HAFIZ OSMAN, dan ARIFIN MUSA

Penerbit UKM (Cetakan Pertama, 2012)
435 halaman

RM95.00

Only 1 left in stock

Product ID: 26142 Subject: Sub-subjects: , , , , ,

Kamus Melayu-Cam mengandungi lebih daripada 22,000 kata masukan dan merupakan kamus pertama seumpamanya bagi korpus Bahasa Melayu dan Bahasa Cam. Bahasa Cam merupakan satu bahasa yang ditutur oleh bangsa Cam. Ia salah satu daripada etnik yang membentukkan rakyat Kerajaan Campa. Campa adalah sebuah Kerajaan tertua dalam Alam Melayu. Hubungan antara bangsa Cam dan orang Melayu di Nusantara telah wujud sejak kian lama. Hubungan ini diperkukuhkan sejak abad ke-15 lagi dengan adanya hubungan dalam pelbagai bentuk termasuk perdagangan, persahabatan yang akarab sehingga lahir pertalian darah dalam hubungan kekeluargaan, pengaliran ilmu dalam pelbagai bidang khususnya ilmu agama Islam. Perhubungan ini boleh berlaku kerana telah wujud satu aliran ilmu iaitu Bahasa Melayu.

Pembelajaran Bahasa Melayu ini amat hebat di Campa sehingga lahirnya empat buah leksikon Bahasa Melayu-Bahasa Cam pertama yang disusun di Campa pada abad ke-17. Keempat-empat buah leksikon ini telah dikaji oleh Po Dharma dam diterbitkan dalam bahasa Perancis pada tahun 1999 oleh Ecole Française d’ Extrême-Orient (EFEO), yang berjudul Quatre Lexiques malais-cam anciens rédigés au Campa dan tebalnya 397 halaman. Leksikon ini telah diterjemahkan kepada Bahasa Malaysia oleh penulis sendiri dan diterbitkan dalam tahun 2000. Terjemahan ini telah diberi judul Empat Leksikon Bahasa Melayu-Bahasa Cam yang disusun di Campa pada abad ke-17 dan diterbitkan di Kuala Lumpur oleh Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan dan EFEO. Tebalnya adalah 403 halaman.

Selain dari kamus dwi-bahasa ini terdapat juga karya agung yang dihasilkan oleh dua tokoh Perancis pada zaman protektoratnya di Indochina. Kamus ini disusun oleh E. Aymonier dan A. Cabaton dan diterbitkan pada tahun 1906 juga oleh EFEO. Karya ini diberi nama Dictionnaire Cam-Français. Dan tebalnya XLVIII +587 halaman.

Usaha perkamusan seperti ini diteruskan sehingga lahirnya sebuah lagi kamus yang berjudul Dictionnaire Cam-Vietnamien-Français oleh seorang padri Perancis yang bernama Gérard Moussay. Moussay telah menyusun kamus ini dalam tiga bahasa iaitu bahasa Cam, Vietnam dan Perancis. Kamus ini telah diterbitkan di Phanrang pada tahun 1971 setebal lebih 500 halaman. Kamus yang disusun oleh Moussay berasaskan bahasa Cam yang ditutur di Vietnam pada zaman itu. Manakala E. Aymonier dan A. Cabaton pula mengumpulkan perbendaharaan Cam yang ditutur di seluruh Kemboja dan Vietnam.

Kali ini pula empat orang penyusun telah berjaya menyiapkan sebuah kamus, seperti pada abad ke-17, iaitu Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Cam. Kamus ini disusun dalam huruf Jawi. Sasaran pengguna kamus ini adalah orang Cam di Indochina yang masih pandai mengguna huruf Jawi sama ada Jawi Cam atau Jawi Melayu. Minat orang Cam di Indochina tentang bahasa Melayu ini bangkit semula dengan kuatnya kerana peristiwa politik yang menimpa Indochina pada tahun 1975 sehingga ramai di kalangan mereka terpaksa berpindah ke Tanah Melayu untuk mencari perlindungan. Jadi hubungan di antara dua kaum serumpun ini, iaitu Melayu dan Cam sekali lagi diperkukuhkan dengan erat sehingga hari ini diperlihatkan dengan adanya perkahwinan campur antara orang Cam dan orang Melayu di Semenanjung Malaysia.

PANDUAN PENGGUNAAN

Perkataan yang telah dimuatkan dalam Kamus Melayu-Cam disusun mengikut susunan abjad huruf Rumi dari A, B, C hingga Z. Kata masukan utama diambil dari kata dasar. Dalam kata masukan utama yang tertentu terdapat disusun kata-kata terbitan dari kata dasar itu. Sebagai contoh dari kata dasar “gambar”, “faham”, “dalam” dan “anak” dimuatkan kata-kata terbitan seperti “gambaran”, “kefahaman”, “mendalami” dan “beranak”. Jika ingin cari makna satu perkataan Melayu sama ada perkataan dasar atau perkataan yang ada penambahan imbuhan padanya maka carilah huruf yang pertama dari perkataan dasar selepasa itu akan jumpa perkataan yang ada penambahan imbuhan. Sebagai contoh jika hendak mencari perkataan “mendalami” maka carilah dalam kata masukan “dalam” dan seterusnya. Dan kiaskanlah dengan perkataan-perkataan yang lain. Dalam kamus ini penyusun tidak memuatkan kelas-kelas kata sama ada kata masukan utama atau kata terbitan. Padanan-padanan bahasa Cam cuba diberi dengan penuhnya. Akan tetapi sekiranya tiada padanan Cam bagi sesuatu kata masukan, penyusun cuba memberi glos untuk menunjukkan perbezaan makna dan membantu pengguna untuk memilih makna yang dicarinya.

Dalam kamus ini terdapat beberapa tanda khas seperti berikut:
Tanda (ب ف) membawa maksud perkataan.
Tanda (ت) membawa maksud jenis binatang.
Tanda (د) membawa maksud perkataan perumpamaan.

Prakata
Pendahuluan
Panduan Penggunaan

Kamus — Inâ lang

Weight0.962 kg
Dimensions25.5 × 18 × 2.8 cm
Author(s)

, , ,

Format

Language

,

Script

Jawi, Roman

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.