Out of stock

Keganasan Komunis dan Kesannya pada Zaman Darurat, 1948-1960 di Daerah Hulu Langat, Selangor

ROSLAN MUHAMAD adalah guru di Sekolah Kebangsaan Sungai Buaya Banting Kuala Langat Selangor. Kini, beliau sedang melanjutkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah di Universiti Pendidikan Sultan Idris.

ISHAK SAAT adalah Profesor di Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Penerbit UTHM (Cetakan Pertama, 2017)
182 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM29.00

Out of stock

Keganasan Komunis dan Kesannya pada Zaman Darurat, 1948-1960 di Daerah Hulu Langat, Selangor menyingkap kembali bentuk-bentuk keganasan secara tidak kolektif yang dilakukan oleh pihak Parti Komunis Malaya (PKM) serta kesannya terhadap masyarakat Hulu Langat secara khususnya dan Tanah Melayu secara amnya. Perkembangan PKM di daerah Hulu Langat Selangor ini wujud sejak zaman pendudukan Jepun lagi. Justeru itu, Hulu Langat merupakan kawasan tumpuan PKM khususnya di negeri Selangor apabila Undang-Undang Darurat diisytiharkan pada tahun 1948.

Penulisan berkaitan keganasan yang dilakukan secara tidak kolektif ini bertujuan untuk menggambarkan bahawa pihak PKM sanggup melakukan apa sahaja tindakan ganas apabila mereka tidak mendapat sokongan daripada masyarakat setempat. Selain itu, keganasan secara tidak kolektif ini juga dilakukan apabila pihak PKM diburu di dalam hutan menyebabkan sebilangan kecil terpaksa melarikan diri keperkampungan dan terpaksa melakukan keganasan dalam usaha meneruskan egenda perjuangan mereka. PKM menjadikan estet-estet kepunyaan pihak British untuk melakukan keganasan sebagai langkah untuk melakukan suasana tidak aman dan sebagai usaha melumpuhkan ekonomi.

Selain daripada itu juga, kekacauan dan keganasan juga dicetuskan oleh sebilangan ahli PKM terhadap orang kampung untuk menimbulkan kekacauan di samping untuk mencetuskan suasana tidak tenteram sekali gus menzahirkan rasa takut dalam kalangan penduduk tempatan. Kegiatan ini merupakan satu usaha untuk PKM menagih sokongan penduduk khususnya penduduk yang berbangsa Cina.

Istilah keganasan yang digunakan dan dipilih adalah berbentuk tidak kolekti untuk memberikan gambaran kepada umum tentang perlakuan PKM yang sanggup melakukan apa sahaja apabila mereka terdesak. Bentuk keganasan yang dibincangkan ini terbahagi kepada pembunuhan, penculikan, gangguan dan sabotaj terhadap masyarakat setempat termasuklah terhadap harta benda penduduk serta milik British. Manakala istilah tidak kolektif pula merujuk kepada keganasan-keganasan yang dilakukan ini akibat daripada terdesak dan bukan datangnya daripada arahan terus daripada pucuk pimpinan parti.

Pengarang juga mengupas isu keganasan tidak kolektif ini dengan membuat analisis tentang bentuk keganasan yang dilakukan terhadap penduduk setempat. Selain daripada itu, pengarang juga membincangkan faktor-faktor lain termasuklah faktor kepimpinan, aset persenjataan, kekuatan keanggotaan dan reaksi pihak kerajaan yang menyumbang kepada keganasan yang dilakukan di Hulu Langat. Penulisan ini banyak menggunakan sumber primer iaitu dokumen-dokumen rasmi kerajaan, orang perseorangan dan dokumen lain sebagai kaedah penafsiran pemerolehan dapatan.

Pengarang juga membuktikan bahawa keganasan dan kekejaman komunis yang bersifat tidak kolektif terhadap penduduk Hulu Langat khususnya pekerja-pekerja estet getah dan lombonglombong bijih timah telah menjadikan kehidupan masyarakat ketika itu dalam ketakutan dan ternyata komunis khususnya PKM berjaya mewujudkan keadaan yang huru-hara seterusnya menganggu-gugat sosioekonomi British ketikaitu.

Hakikatnya menerusi Keganasan Komunis dan Kesannya pada Zaman Darurat, 1948-1960 di Daerah Hulu Langat, Selangor dapatlah dibuktikan bahawa keganasan dan kekejaman komunis yang bersifat tidak kolektif terhadap masyarakat dan kemusnahan infrastruktur telah meninggalkan kesan yang mendalam terhadap masyarakat dan kerajaan British di Hulu Langat sepanjang tempoh Darurat. Akhirnya, diharapkan buku ini dapat menambahkan lagi khazanah bacaan sejarah Malaysia untuk tatapan generasi baharu.

Weight0.311 kg
Dimensions22.8 × 15.1 × 0.8 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.