Kejatuhan dan Kebangkitan Parti Demokratik Liberal: Puak Gabungan Politik Jepun

SAIYID RADZUWAN SYED SOFI adalah Pensyarah di Pusat Pengajian Pendidikan jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang. Berkepakaran dalam bidang parti politik Jepun, pembangunan politik Malaysia, ekonomi politik serta bahasa dan budaya Jepun.

Penerbit UKM (Cetakan Pertama, 2017)
277 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM35.00

Only 1 left in stock

Kejatuhan dan Kebangkitan Parti Demokratik Liberal: Puak Gabungan Politik Jepun cuba melihat bagaimana kuasa menjadi sasaran utama golongan dominan, dan politik kepartian yang memperlihatkan bagaimana kuasa menjadi rebutan serta mendasari pembentukan pakatan dan perpecahan gabungan dalam persaingan parti. Selain itu, kajian ini juga mengenal pasti bagaimana birokrat, puak politik, veteran parti dan kumpulan zoku mencampuri urusan pentadbiran negara sehingga menyebabkan kerajaan gabungan anti LDP gagal mengekalkan kuasa dalam jangka masa yang panjang. Persengketaan tersebut memberi ruang kepada LDP untuk mengembalikan semula reputasinya sebagai parti pemerintah.

Dekad 1990-an memperlihatkan bagaimana berlakunya fenomena transformasi daripada kerajaan satu parti kepada kerajaan pelbagai parti. Dalam tempoh tersebut, Jepun ditadbir oleh kerajaan gabungan anti LDP dari 1993-1994 dan kerajaan gabungan pimpinan LDP dari 1996-2006.

Matlamat menghalalkan cara yang dipelopori oleh Machiavelli digunakan sebagai senjata untuk melakukan percaturan kuasa. Selain itu, pendekatan penaung-dinaung (oyabun-kobun) yang telah sebati dengan masyarakat Jepun dijadikan sebagai satu mekanisme untuk membina hubungan penguasa dan penyokong. Lazimnya, fahaman Machiavelli lebih menumpukan kepada politik dalaman dan memberi fokus kepada perebutan kuasa, pengekalan kuasa dan manipulasi kuasa, bagaimana persaingan didorong oleh kepentingan diri menjadikan individu sanggup melakukan pelbagai usaha demi memaksimum keuntungan.

Tambahan pula konsep penaung-dinaung menjelaskan bagaimana hubungan antara ketua dengan pengikutnya dibina dengan akrab, lebih terikat, bersifat kesalingan (reciprocity) dan bertahan lama. Hubungan timbal balik ini sudah meresap dalam masyarakat Jepun hatta dalam politik mahupun ekonomi, pentadbiran dan sebagainya. Bagaimanapun, didapati bahawa masyarakat ini yang sudah mengalami banyak perubahan kini lebih mengambil kira faktor kepentingan dan pulangan keuntungan peribadi menjadikan hubungan penaungan mula tercabar. Oleh itu, Kejatuhan dan Kebangkitan Parti Demokratik Liberal: Puak Gabungan Politik Jepun menjelaskan bagaimana kedinamikan ikatan hubungan tetap terpelihara walaupun unsur kepentingan menjadi sasaran ahli politik.

Weight0.41 kg
Dimensions22.8 × 15.1 × 1.4 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.