Out of stock

Kelantan: Sejarah, Adat dan Warisan

A. AZIZ BIN DERAMAN (b. 1948 —) adalah bekas Ketua Pengarah DBP (1994-2004); Ketua Pengarah Kebudayaan (1981-1989), dan menjadi Ahli Lembaga Pengarah IRCICA (Istanbul Research Centre for Islamic History, Art and Culture), sebuah organisasi di bawah OIC berpusat di Istanbul (2004-2010).

BAHARIN ILIAS adalah Pegawai Adat Istiadat di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). Beliau telah menghasilkan buku Beberapa Aspek Adat Resam Melayu Kelantan (MAIK, 2016), di samping menyelenggarakan dan menyunting buku-buku Halaman Adat Istiadat Raja DiRaja Kelantan (MAIK, 2014) dan Bahasa Melayu Kelantan: Menggali Ilmu Menyusur Warisan (MAIK, 2016).

Senarai penulis:
HASHIM ISMAIL
ABDUL RAZAK MAHMUD
MOHAMED ANWAR OMAR DIN
MOHAMAD KAMIL HJ. AB MAJID
NIK HASSAN SHUHAIMI NIK ABDUL RAHMAN
NIK MOHAMED NIK MOHD. SALLEH
SITI ZAINON ISMAIL

MAIK (Cetakan pertama, 2018)
657 halaman, termasuk Indeks dan Bibliografi

RM55.00

Out of stock

Kelantan: Sejarah, Adat dan Warisan mengetengahkan sejarah, warisan Kelantan yang merangkumi sejarah kesultanan, tokoh ulama’, budaya, persuratan, tekstil dan adat Melayu Kelantan. Ia diterbitkan bertujuan memberi pendedahan ilmu pengetahuan yang lebih meluas lagi kerana tamadun sesuatu bangsa selalunya dapat dilihat pada warisan seni budayanya. Keunikan citra Kelantan sudah menjadi sebutan umum seantero dunia. Sejarahnya boleh ditelusuri sejak dari zaman prasejarah lagi dan perkembangan zaman ke zamannya boleh sahaja diketengahkan dalam semua bidang. Usaha-usaha penyelidikan, pendokumentasian dan penerbitan menuntut kerja-kerja yang berterusan.

Kelantan: Sejarah, Adat dan Warisan mengandungi sejumlah tulisan yang dapat dimanfaatkan bagi sesiapa jua untuk mengetahui sejarah, adat dan warisan Kelantan. Keluasan citra istimewa Kelantan itu merangkumi pelbagai aspek khususnya dalam tradisi pemerintahan raja-raja dan kesultanan Melayu, pengajian Islam dan peranan tokoh-tokoh ulama di bidang keagamaan, sejarah sosial dan budaya, kegiatan ekonomi, persuratan, kesenian termasuk seni tekstil, seni persembahan, seni bina dan adat istiadat Melayu Kelantan. Mengenali Kelantan maknanya seseorang itu akan mengenali Malaysia dan sebahagian daripada warisan besar peradaban Melayu timur laut.

Kelantan adalah sebuah negeri di dalam wilayah geo-budaya peradaban Melayu timur laut. Apabila seseorang itu membuka peta dunia, dia akan dapat melihat nama-nama benua dan nama-nama lautan. Ada dua barat yakni benua Amerika (ada Amerika Utara di mana terletaknya Amerika Syarikat, Kanada, Mexico dan ada Amerika Selatan di mana antara lain terletaknya Brazil, Chile, Argentina dan sebagainya). Satu barat lagi ialah benua Eropah. Di sebelah timur, ada juga dua timur yakni benua Asia dan kawasan kepulauan di Lautan Pasifik yang tersohor dengan wilayah Micronesia Melanesia dan mungkin pula termasuk Australia New Zealand yang berada sedikit ke selatan. Satu timur bersifat kebenuaan atau kedaratan, manakala timur yang satu lagi adalah bersifat kepulauan atau kelautan.

Faktor sejarah dalam peradaban timur laut amat penting sekali dan tidak patut disisihkan begitu sahaja. Sejarah pemerintahan Melayu boleh ditelusuri dari awal Masehi dengan adanya kerajaan Funan, Langkasuka, Sriwijaya, Empayar Melayu Melaka dan pengalaman sewaktu pemerintahan zaman kolonial dapat juga dikaitkan dengan gerbang timur ini. Rekod sejarah menunjukkan telah wujud sebuah kerajaan besar di Indo-China dengan nama Champa.

Kerajaan Melayu Champa (asalnya sebahagian Kemboja dan Vietnam) telah membuktikan kekuatan sistem berkerajaan silam yang mengagumkan dalam tamadun Melayu. Kerajaan ini memiliki kehebatan dan keagungan tersendiri, tetapi kerap ditinggalkan dalam pengajian kecuali dalam kalangan para sarjana Eropah, khususnya Perancis. Hubungan Kelantan dengan Champa pada zaman silam tercatat sebagai hubungan ekonomi, sosial dan pemerintahan, bahkan dikatakan wujud juga pertalian kekeluargaan.

Orang Champa berulang alik melayari Teluk Siam, berdagang dengan Patani, Kelantan dan Terengganu. Dari segi budaya memang kedapatan sedikit sebanyak pengaruh budaya dan seni serumpun, misalnya bentuk-bentuk seni bina, seni pakaian dan perhiasan, seni ukir dan persamaan motif-motif tertentu. Kesenian Champa ini bagi sejarawan dikatakan mencapai kemuncaknya sekitar abad ke-9 dan ke-10. Dari sudut kepercayaan, Indo-China (Kemboja, Laos, Vietnam) dan Thailand amat kuat dipengaruhi kebudayaan dan peradaban Hindu-Buddha, sampai sekarang menjadi wilayah agama Buddha berbanding dengan rantau Melayu, khususnya Malaysia, Indonesia dan Brunei. Kelantan-Patani boleh dikatakan wilayah yang menyempadani antara Islam dengan kepercayaan Buddha tadi.

Wilayah peradaban timur laut ini dirasai terasing kerana kurangnya kajian atau kurang tersebarnya kajian-kajian seperti yang dilakukan pusat-pusat penyelidikan di Eropah seperti tentang Champa oleh EFEO, Paris. Sejarah peradabannya amat lama dan bernilai, tetapi usaha-usaha kajian belum menyeluruh, terutama oleh para pengkaji anak bangsa atau pengkaji tempatan sendiri.

Weight0.998 kg
Dimensions22.8 × 15.3 × 3.6 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.