Sesuai dengan judulnya, buku Ketatanegaraan Menurut Syari’at Islam menghuraikan masalah yang berkaitan dengan ketatanegaraan yang ditinjau dari sudut hukum Islam, meliputi sistem pemerintahan khalifah, ketua negara, kekuasaan eksekutif, perundangan, badan kehakiman, bentuk negara, susunan pemerintahan, selok-belok tanah dan pertanian, kewangan negara, percukaian, hukum oerang dan hubungan antarabangsa.
Buku tentang ketatanegaraan menurut Islam amat sedikit sekali, berbanding dengan buku ilmu pengetahuan yang lain. Sedangkan masyarakat sangat memerlukan, terutama dalam kebangkitan Islam kembali pada abad ke-15 Hijrah ini.
Penulis buku ini H. A. Fuad Said merupakan tokoh yang prolific dalam arena penulisan buku-buku berunsur Islam. Beliau telah menghasilkan lebih daripada 70 buah buku dan mendapat sambutan yang menggalakkan di Nusantara.
Fitri Jalil (Verified Reader) –