Out of stock

Kumpulan Pantun Melayu

Diselenggara oleh ZAINAL ABIDIN BAKAR

DBP (Cetakan Kedua, 2018)
415 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM30.00

Out of stock

Product ID: 26896 Subject: Sub-subjects: , ,

Kumpulan Pantun Melayu mengandungi lebih 2,000 rangkap pantun, yang dibahagikan ke dalam 11 tema iaitu adat dan resam manusia, nasihat dan pendidikan, agama dan kepercayaan, peribahasa dan perbilangan, budi, kias dan ibarat, jenaka dan permainan, kembara dan perantauan, teka-teki, percintaan, dan kepahlawanan. Kumpulan Pantun Melayu juga dilengkapi dengan sumber pantun, biblografi, glosari dan Indeks beris pertama. Ditangani dengan kerjasama Dr. Harun Mat Piah sebagai pakar rujuk dan pakar runding, Kumpulan Pantun Melayu muncul di tengah-tengah mesyarakat sebagai sebuah kumpulan pantun yang paling lengkap dan terpenting.

Pantun sebagai satu bentuk puisi Melayu Tradisional amatlah popular, sehingga bentuk ini di ambil oleh Victor Hugo don lain-lain penyair Perancis, lalu menamakannya sebagai Pantoum. Pengoruh pantun dolam persuratan Perancis amatlah sebati dan mendalam, sehingga bentuk pantoum itu dianggap sebagai salah satu bentuk puisi Perancis yang paling sofistikated.

Pantun, sebagai satu bentuk puisi Melayu tradisional terbentuk di dalam rangkap-rangkap. Rangkap pantun bagaimanapun, tidak begitu terbatas kepada hanya yang empat baris serangkap seperti syair, walaupun itulah bentuknya yang terbanyak sekali. Ini bermakna yang pantun terbentuk juga dari jumlah baris yang selain dari empat baris serangkap. Bagaimanapun, rangkap rangkap pantun mesti terbentuk secara berpasangan di dalam jumlah baris yang genap. Dari pantun dua baris serangkap sampailah kepada pantun 16 baris serangkap. Ini dengan jelasnya membayangkan betapa pantun ada sedikit aturan pembentukan baris berbanding dengan beberapa bentuk yang lain seperti mentera, gurindam dan perbilangan adat, yang tidak mementingkan jumlah baris, dan tidak juga mempunyai aturan rima di dalam rangkap-rangkapnya.

Penghargaan

BAHAGIAN PERTAMA: PENGENALAN

Takrif Pantun
Kedudukan Pantun dalam Puisi Melayu Tradisional
Pembentukan dan Pembangunan Pantun
Jenis-jenis Pantun
Kedudukan Pantun di dalam Masyarakat
Kumpulan Pantun Melayu

BAHAGIAN KEDUA: KUMPULAN PANTUN MELAYU

Pantun Adat dan Resam Manusia
Pantun Agama dan Kepercayaan
Pantun Budi
Pantun Jenaka dan Permainan
Pantun Teka-teki
Pantun Kepahlawanan
Pantun Nasihat dan Pendidikan
Pantun Peribahasa dan Perbilangan
Pantun Kias dan Ibarat
Pantun Kembara dan Perantauan
Pantun Percintaan

Sumber Pantun
Glosari
Bibliografi
Indeks Baris Pertama

Weight0.483 kg
Dimensions21.5 × 14 × 2.1 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.