Out of stock

Laksamana Zheng He: Teladan Merentasi Zaman

Penulisan bersama CHONG KOK HOONG, MUHAMMAD SUHAIL AHMAD dan ABDUL HAKIM SHAHBUDDDIN

GPTD (Cetakan Pertama, 2019)
280 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM30.00

Out of stock

Product ID: 26954 Subjects: , Sub-subjects: , , , ,

Laksamana Zheng He: Teladan Merentasi Zaman merupakan sebuah kisah menjejak warisan sejarah Cheng Ho, yang membawa penulis sehingga ke bumi Kunming di wilayah Yunnan, China. Zheng He atau dalam buku sejarah di Malaysia ditulis Cheng Ho, telah menjadi fenomena penting dalam beberapa konteks. Antaranya termasuklah hubungan diplomasi awal antara China dengan alam Melayu, Asia Selatan dan Asia Barat dan kemunculan sosok unggul pemuka Islam yang diberi amanah oleh sebuah kuasa bukan Islam sebagai duta. Keunggulan Zheng He yang asalnya tawanan perang, kemudian menjadi petugas di istana maharaja dalam Dinasti Ming pada abad ke-15 Masihi dan akhirnya diberi amanah yang cukup besar dan penting oleh Maharaja China merupakan ceritera luar biasa bagi seorang rakyat Islam yang minoriti di bumi Laluan Sutera (Silk Road).

Meskipun mungkin ada orang Islam lain yang diberi peranan oleh pemerintah China, dalam sejarah tidak ada setakat ini yang diangkat demikian tinggi dalam hubungan antarabangsa pemerintah China dengan negara asing. Pastilah hal itu bukan kebetulan, melainkan berkat kemampuan besar yang ada pada diri Zheng He, baik kemampuan fizikal mahupun kemampuan dalaman atau sahsiahnya. Dalam konteks hubungan diplomasi, Zheng He telah meletakkan asas yang wajar apabila ketibaannya dengan armada besar yang disertai oleh puluhan ribu anak kapal tidak sama sekali mencetuskan ketegangan, apatah lagi membawa misi penjajahan. Nilai persahabatan yang melandasi misi pimpinannya seharusnya menjadi teladan bagi pemerintah China yang kini menduduki tempat penting sebagai kuasa besar dunia.

Inisiatif Jalur dan Laluan (Belt and Road Initiative) atau Inisiatif Laluan Sutera yang dilancarkan oleh China pada tahun 2013 seharusnya dilaksanakan dengan berasaskan pendekatan persahabatan dan persemakmuran bersama, bukan dalam bentuk hegemoni kuasa besar kepada negara lain. Zheng He telah membina asas itu. Tentu tidak terlepas perhatian umat Islam akan keunggulan Zheng He sebagai tokoh yang membuktikan bahawa Islam ialah agama yang terbuka, bertolak ansur, bersedia bekerjasama, hatta dengan pihak berkuasa bukan Islam dan menganjurkan pencapaian gemilang dalam urusan dunia, di sisi patuh kepada suruhan dan larangan agama. Zheng He telah memunculkan citra atau imej Islam yang unggul dan wajar dijadikan suri teladan oleh umat Islam seluruhnya.

Kata Pengantar
Kata Aluan Penasihat GPTD
Warkah Waris Zheng He
Mukadimah Penulis
Pengenalan

BUMI

GARIS MASA KERAJAAN CHINA
GARIS MASA DINASTI MING-QING
GARIS MASA ZAMAN MODEN

DINASTI MING
Latar Zaman Zhu Yuanzhang: Pengemis Yatim Menjadi Anak Tuhan
Kudeta Takhta: Kempen Jingnan
Pencetus Idea Pelayaran Zheng He

ISLAM DI CHINA
Sejarah Awal Kedatangan Islam ke China
Kaum Hui: Peranakan China
Dasar Asimilasi Kaum

PENGIKTIRAFAN MAHARAJA
Sajak Maharaja Yongle Memuji Nabi Muhammad
Titah Maharaja Yongle kepada Masjid Jinjue
Sajak Penutup Kitab Asal-usul Huihui

PERJALANAN

TOKOH-TOKOH PENTING JALUR ZHENG HE
Sufayr
Sayyid Ajall Shamsuddin Omar

DARIPADA MA HE KEPADA ZHENG HE
Dilahirkan untuk pelayaran
Panglima Ma He

PELAYARAN ZHENG HE
Rekod pelayaran Zheng He
Rekod hubungan diplomatik Dinasti Ming
Peta Pelayaran Zheng He
Peta Wubei Zhi

HUBUNGAN AWAL CHINA DENGAN NUSANTARA
Utusan Melaka
Kunjungan China Kali Pertama
Catatan Terperinci Rombongan Raja Melaka ke China
Sultan Melaka dalam Memori Dinasti Ming
Pulangnya Sultan Melaka dengan Srikandi China
Bukit Cina
Dinasti Ming Memandang Tinggi Kerajaan Melaka
Gudang Dibina Demi Pelayaran

KONTROVERSI PELAYARAN ZHENG HE
Pembaziran Kewangan Negara
Balai Bahasa Negara-negara Asing Diabaikan
Bangsawan Tidak Senang Dengan Sida-sida
Percanggahan Wasiat Diraja Ming

WARISAN

ZHENG HE DIKENALI SEMULA
Liang Qichao
Tun Abdul Razak
Anwar Ibrahim
Keramat Dewa San Bao
— Dewa Kekayaan: Cai Shen
— Tokong Tapak Kaki Sam Poh
— Datuk Keramat atau Datuk Gong
— Dewa Kuda: Shuicao Mamingwang

LEGENDA-LEGENDA ZHENG HE
Legenda Zheng He Dengan Durian
Legenda Ikan Talang

SALASILAH DAN LEGASI ZHENG HE
Salasilah Zheng He Dari Jalur Nabi
Salasilah Zheng He Hingga Kini
Kronologi Riwayat Hidup Zheng He

USAHA MENJEJAK WARISAN ZHENG HE
Misi Pertama
Misi Kedua
Misi Ketiga
Misi Keempat
Misi Kelima

TELADAN DARIPADA PERJALANAN HIDUP ZHENG HE
Tidak Seperti Kacang Lupakan Kulit
Saling Memberi Hadiah
Berpegang Dengan Ajaran Agama Sekuatnya
Amanah dan Jujur Melaksanakan Tugas
Toleransi Dengan Pelbagai Kaum dan Agama

LAMPIRAN
BIBLIOGRAFI
INDEKS

Weight0.395 kg
Dimensions21 × 14.5 × 1.6 cm
Author(s)

, ,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.