Ludaad merupakan sebuah novel karya Mahat China, atau dikenali dengan gelaran “Akiya”, yang berlatarkan zaman darurat di Tanah Melayu sekitar tahun 1948-1960. Waktu tersebut, Orang Asli menjadi rebutan antara dua kuasa, Inggeris dan Komunis. Semasa fasa pertama darurat, lebih 30,000 Orang Asli menyokong perjuangan komunis. Sejauh manakah sokongan Orang Asli terhadap cita-cita komunis tersebut?
Jadi, Ludaad itu apa?
Ludaad bergerak pantas. Sepantas kilat. Ludaad, BeekDak, Maay ButBuut, Maay Sengraak, entiti yang sama. Ludaad hantu yang tinggal di dalam hutan. Ludaad syaitan. Ludaad iblis. Ludaad jin. Ludaad jahat. Semuanya atas nama Ludaad. Semuanya ludaad. Ludaad di sana. Ludaad di sini. Ludaad di hulu. Ludaad di hilir. Ludaad di kuala. Ludaad di kaki bukit. Ludaad di baruh. Ludaad di tanah permatang. Ludaad di puncak gunung. Ludaad di kampung. Ludaad dalam rumah. Ludaad dalam kelambu.
Reviews
There are no reviews yet