Majalah Melayu Selepas Perang: Editorial, Sirkulasi dan Iklan

HAMEDI BIN MOHD ADNANmerupakan pensyarah di Jabatan Pengajian Media Dan Komunikasi, Fakulti Sastera & Sains Sosial, Universiti Malaya.

Penerbit UM (Cetakan Pertama, 2013)
281 halaman termasuk Indeks dan Bibliografi

RM58.00

In stock

Majalah Melayu Selepas Perang: Editorial, Sirkulasi dan Iklan berhasrat untuk mengenal pasti sejauh mana pertimbangan perniagaan diambil perhatian oleh para penerbit apabila menerbitkan majalah masing-masing. Daripada pemerhatian awal, didapati bahawa meresapnya perkiraan komersial dalam dunia penerbitan Melayu berlangsung dalam jangka masa yang cukup lama, sekurang-kurangnya setengah abad.

Dunia permajalahan Melayu bermula dengan kecenderungan spiritual, iaitu kesedaran dalam kalangan segelintir cerdik pandai agama untuk menggunakan media bercetak sebagai suatu cara berdakwah. Kecenderungan ini kemudiannya beralih kepada sosial, iaitu apabila golongan pertengahan elit Melayu yang berpendidikan dan cenderung dalam penulisan mula menebarkan jala-jala semangat kebangsaan untuk dikongsi bersama golongan massa.

Selepas Perang, biarpun kecenderungan spiritual dan sosial itu tidak luntur, namun kecenderungan baharu yang lebih gagah mula mengambil tempat, iaitu komersial. Hakikat bahawa dunia penerbitan harus diterokai dengan bersungguh-sungguh untuk selain menjadi alat pengembang spiritual dan sosial, juga mampu mengaut untung dari segi wang ringgit mula menjadi perkiraan penerbit pada waktu ini.

Selain itu, buku Majalah Melayu Selepas Perang: Editorial Sirkulasi dan Iklan ini juga bertujuan untuk mengenal pasti aliran yang berlaku dalam penerbitan majalah Melayu sebelum Merdeka, iaitu dari Januari 1900 hingga Ogos 1957. Sepanjang masa lebih setengah abad itu, telah dikenal pasti beberapa kecenderungan dalam senario permajalahan Melayu: daripada terikat pada persoalan keagamaan tentang syurga neraka dan dosa pahala, berubah kepada persoalan yang kontras dengan agama, iaitu hiburan pop yang berkisar pada dunia perfileman dan nyanyian. Perubahan kecenderungan itu dengan sendirinya mengubah garisan dasar permajalahan Melayu, daripada spiritual dan sosial kepada komersial.

Sesungguhnya kontradiksi yang timbul dalam dunia permajalahan Melayu sebelum dan selepas Perang itu cukup menarik untuk dikaji, bukan sahaja mengenai kecenderungan para penerbit dalam menerbitkan majalah, malahan kecenderungan para pembaca yang memberikan sambutan terhadap majalah sedemikian. Hal ini dengan sendirinya mengajak kita untuk menelusuri latar belakang, faktor-faktor sekitaran, dan faktor-faktor dalaman pembaca dan penerbit sehingga memungkinkan perubahan yang cukup kontras itu.

Weight0.456 kg
Dimensions23 × 15.2 × 1.5 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

5.0
Based on 1 review
5 star
100
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
  1. Fatimah Azzahra (Verified Reader)

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author

  • Majalah al-Islah dan Idea-Idea Pembaharuan

    Majalah al-Islah dan Idea-Idea Pembaharuan

    RM25.00
  • Akhbar Saudara: Pencetus Kesedaran Masyarakat Melayu

    Akhbar Saudara: Pencetus Kesedaran Masyarakat Melayu

    RM30.00
  • Cerpen Melayu Selepas Perang Dunia Kedua: Satu Analisa Tentang Pemikiran dan Struktur

    Cerpen Melayu Selepas Perang Dunia Kedua: Satu Analisa Tentang Pemikiran dan Struktur

    RM19.00