Maktab Melayu Melaka 1990-1992 membincangkan tujuan penubuhan maktab perguruan Melayu, pengambilan penuntut, sukatan pelajaran, kegiatan luar kelas serta kemudahan untuk penuntut dan guru. Buku ini juga menyentuh peranan dan kej ayaan maktab ini melahirkan beberapa orang tokoh masyarakat yang berkecimpung dalam bidang pelajaran, kesusasteraan, bahasa dan politik Tanah Melayu.
Naskhah ini turut menghuraikan sumbangan Maktab Melayu Melaka kepada kejayaan Maktab Perguruan Sultan Idris. Maktab ini dianggap sebagai pengasas Maktab Perguruan Sultan Idris kerana ia membekalkan kakitangan, menyediakan struktur dan sukatan pelajaran.
Maktab Melayu Melaka merupakan salah sebuah maktab paguman yang ditubuhkan oleh kerajaan British (1786-1957) dalam usahanya untuk menyediakan guru-guru bagi sekolah Melayu di seluruh Tanah Melayu selama 22 tahun, maktab ini malah melatih guru-guru sekolah Melayu dengan cara yang teratur dan memenuhi kehendak keperluan pelajaran Melayu. Di maktab inilah, dasar-dasar pelajaran kampung dan pertanian dilaksanakan oleh British terhadap orang Melayu.
Selama ini, orang ramai lebih mengenali Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) dan Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka (Malay Women Training College, Malacca) berbanding Maktab Melayu Melaka. MPSI sering dikaitkan sebagai pusat yang melahirkan tokoh-tokoh bahasa dan sastera, budaya, politik dan pejuang nasionalis Melayu.
Kebenaran ini tidak dapat dinafikan, tetapi seperti yang akan dibuktikan, Maktab Melayu Melaka ini juga memberi sumbangan yang besar kepada kejayaan MPSI. Maktab ini merupakan “abang” kepada MPSI dan menjadi pembekal kakitangan, terutama pensyarah-pensyarahnya MPSI i ga meneruskan struktur, sukatan pelajaran dan tradisi Maktab Melayu Melaka. Maktab ini dianggap sebagai pengasas MPSI.
Oleh sebab itu, pengkajian terhadap maktab ini sangat penting, ia bukan sahaja dapat menunjukkan pengenalan dan perkembangan sistem latihan perguruan sekolah-sekolah Melayu yang lebih awal daripada MPSI, tetapi juga dapat memberi latar belakang yang baik bagi MPSI. Hasil penulisan tentang maktab ini juga sangat berguna untuk memberi pemahaman yang betul terhadap sejarah pendidikan Melayu semasa zaman kolonial. Orang ramai akan sedar terhadap kepentingannya sebagai “universiti” pelajar Melayu sebelum tahun 1922.
Syazwan Nazmi (Verified Reader) –