MARA: Perjuangan yang Belum Selesai

Penulisan bersama ABDUL KARIM HARON, MOHD TAJUDDIN JALI, RAJA FUZIAH RAJA TUN UDA dan ROKIAH TALIB

Penerbit UKM (Cetakan Pertama, 2016)
257 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM70.00

Only 1 left in stock

Product ID: 32587 Subject: Sub-subjects: , ,

MARA: Perjuangan yang Belum Selesai merupakan pengkisahan sejarah awal Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah agensi yang ditubuhkan pada 1966, sebagai ganti kepada RIDA, untuk memperluaskan lagi ruang lingkup tugas dan usahanya dalam dua bidang utama: pembangunan modal insan dan usahawan dalam kalangan Bumiputra. Selain merakamkan sumbangan sebuah agensi yang telah begitu banyak berjasa bagi bangsa dan negara, buku ini juga mengisahkan bagaimana peranan, sumbangan dan pengorbanan puluhan wira dan wirawati tahun-tahun awal kemerdekaan. Mereka terdorong oleh semangat cintakan bangsa dan negara hingga sanggup mengharung apa jua ranjau dan rintangan demi mahu melihat anak bangsa duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan bangsa lain di bumi sendiri. Penghargaan terhadap kehadiran dan pembangunan asas MARA adalah suatu yang semestinya diberi kepada Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang kedua. Kepimpinan dan penglibatan langsung beliau di dalam pembangunan badan ini sebenar-benarnya telah memberi arah dan aras yang telah mempengaruhi kejayaan MARA seperti yang dikisahkan dalam buku ini.

Bertitik tolak daripada penubuhan MARA dengan Akta Majlis Amanah Rakyat 1966 yang diluluskan oleh Parlimen pada 1 Mac 1966, buku ini menyorot pembangunan dan perjuangan MARA hingga pada akhir alaf lalu. Liputan ini sengaja diakhiri dan berakhir sehingga 2000, kecuali beberapa rujukan tertentu yang melangkaui jangka waktu tersebut untuk melengkapkan penghuraian sesuatu tindakan atau rumusan. Pembatasan hingga pada akhir alaf lalu adalah disebabkan beberapa perkiraan. Pertamanya, kerana hasrat utama penulisan adalah untuk pencerahan tentang prestasi dan pencapaian MARA dengan menoleh ke belakang dan melihat kembali kepada dekad-dekad permulaan MARA. Lazimnya, kita lebih mudah mengerti dan memahami senario semasa, justeru lebih senang menghayati sesuatu perjuangan, jika kita arif tentang apa yang telah berlaku pada era terdahulu. Justeru, penumpuan penulisan buku ini kepada era terdahulu adalah lebih penting sebagai landasan perancangan selanjutnya.

Penulisan buku ini didedikasikan khas kepada seorang tokoh terulung dan patriot unggul bangsa dan negara, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein. Beliau bukan sekadar memimpin negara, tetapi telah mencetuskan puluhan idea dan rancangan, melahirkan pelbagai jentera dan usaha di samping mempengaruhi dan menggerakkan ratusan pentadbir serta birokrat, malahan rakyat untuk menterjemahkan hasrat dan niat beliau untuk memberi hari esok yang mantap dan lebih terjamin bagi bangsa dan negara.

Tun Abdul Razak bukan sahaja cerdas memikir strategi dan tindakan, tetapi juga pantas menerima cadangan bernas lalu mengolahkan yang terpilih menjadi dasar dan tindakan. Tidak keterlaluan kalau dirumuskan bahawa tanpa beliau, mungkin badan-badan seperti MARA, FELDA, FAMA dan puluhan lain pasti lambat terzahir, malahan mungkin tidak muncul langsung di persada negara. Oleh itu, kehadiran badan-badan dan rancangan cetusan beliau telah membawa perubahan tekad dan azam semua lapisan rakyat; perbezaan ketara kepada arah dan aras usaha bangsa serta lonjakan besar prestasi dan pencapaian bangsa dan negara.

Walaupun penulisan buku telah ditumpukan dan tertumpu hanya hingga pada akhir alaf lalu, meliputi hampir tiga dekad kehadirannya, ia sudah cukup untuk meletakkan cernaan rumusan untuk membuktikan bahawa masih banyak yang perlu diusahakan. Matlamat yang dikejar masih jauh dan ada pula yang digenggam yang terlepas, dan yang telah diperoleh mula terhakis. Hatta hasil daripada tinjauan ini dan meneropong kepada usaha dan pencapaian lampau berlatarbelakangkan kepada senario ekonomi dan politik semasa, maka jelas perjuangan yang dibibitkan pada zaman RIDA dan digembur, dipupuk dan dituntut pada Kongres Ekonomi Bumiputera Pertama, masih belum selesai.

Justeru, buku ini membuat kesimpulan bahawa bukan sahaja perjuangan ini belum tuntas dan sempurna, malahan ia perlu diterus, ditingkat dan diperhebatkan. MARA masih relevan bahkan wajib melanjutkan peranan dan tanggungjawabnya. Namun, usaha dan perjuangan ini mestilah bukan sahaja diperbaharui asas dan arahnya, tetapi beberapa anjakan paradigma perlu dilakukan. Di sinilah MARA perlu belajar daripada sejarah, melihat kisah dan teladan daripada usaha lampau, di samping mengambil kira senario di bumi nyata dewasa ini dan yang diunjur atau diandai akan berlaku, perlu dilaksanakan, untuk merangka strategi demi kelangsungan perjuangan dan pencapaian matlamat tersurat dan tersirat.

Dalam mencerakin dan menganalisis perkembangan silam serta asas dan arah rancangan yang telah dilaksanakan, kita merumuskan bahawa walaupun hasil yang diperoleh oleh MARA adalah cemerlang dan menepati matlamat besar penubuhannya, tetapi pelaburan masa, tenaga dan dana amatlah besar sekali. Maka, tidaklah keterlaluan kalau kita katakan pada hakikatnya, pulangan sebenar daripada pelaburan besar itu jauh lebih rendah dari segi mutu dan bilangan, berbanding pelaburan yang telah digemblengkan. Maka, dalam rumusan bab akhir penulisan ini, kita akan memberi beberapa kesimpulan dan saranan untuk panduan para pelaksana semasa pada hari muka agar usaha MARA selanjutnya bukan saja akan lebih terserlah tetapi pulangan daripada pelaburan masa, tenaga dan dana akan lebih lumayan.

Penulisan ini juga akan memfokuskan bagaimana agensi keramat ini perlu melonjakkan usaha dalam bidang baharu dan menggunakan strategi mutakhir serta mantap demi menjamin ia terus menjadi jentera utama dan ikhtiar perdana bagi mengimbangi tindakan yang tidak memihak kepadanya dan arus nyata dan terselindung yang dirancang bagi melemahkannya. Dengan erti kata lain, buku ini menyarankan beberapa tindakan tersurat dan tersirat dilaksanakan bagi memberi ia kekebalan dalam menghadapi tekanan ekonomi dan politik yang semakin kuat melanda bangsa.

Sekapur Sireh oleh Perdana Menteri Malaysia
Senarai Singkatan
Prakata
Sekalung Bunga Penghargaan

1. Pendahuluan
2. Patah Tumbuh Hilang Berganti: Dari RIDA ke MARA
3. Pembangunan Modal Insan: Teras Perjuangan MARA

BAB KHAS: Demi Mengenang Jasa: Mansor Osman Menyanjung Tinggi Jasa dan Bakti Wira MARA

4. Perjuangan MARA Mengubah Lanskap Ekonomi
5. MARA: Antara Harapan dengan Kenyataan
6. Perjuangan yang Belum Selesai: Quo Vadis MARA?

Bibliografi
Indeks

Weight0.65 kg
Dimensions25.4 × 17.8 × 1.4 cm
Author(s)

, , ,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.