Memoir Rashidah Ismail: Pendeta Za’ba dan Kisah Silam

RASHIDAH ISMAIL adalah wartawan yang telah berkhidmat bermula awal 1950-an di majalah Utusan Filem dan Sports, Berita Harian, Berita Minggu dan Utusan Melayu. Beliau juga merupakan anak saudara kepada Pendeta Za’ba.

Penerbit UKM (Cetakan Pertama, 2009)
333 halaman termasuk Indeks

RM50.00

Only 1 left in stock

If you purchase this book you will earn 10 reward points!
ISBN: 9789679429022 Product ID: 25822 Category: Sub-subjects: , ,

Memoir Rashidah Ismail: Pendeta Za’ba dan Kisah Silam mengungkap suara hati wanita yang terjun ke dunia kewartawanan dan rencah kehidupannya serta langgam dunia pemberitaan dan kewartawanan cuba dikongsi oleh Rashidah untuk generasi ‘selepas’ kelahirannya. Kehadiran memoir yang digarap dalam 10 bahagian ini menjadi lengkap kerana pengarangnya turut memancang-mancang cerita sehingga menjadi 73 tema yang berlainan. Keperitan zaman Jepun turut mengisi slot memoir ini. Pembaca akan dapat mengenali pengarang setelah selesai mengikuti kisahnya bersama Pak Long dan Mak Long, kenangan zaman Jepun, kehidupan pada zaman kanak-kanak dan zaman remaja.

Rentetan gelombang kehidupan ketika ‘zaman ubi kayu’ sekaligus turut menjadi bayangan ngeri oleh Rashidah. Dalam bahagian ini pengarang memberi pendedahan kepada pembaca mengenai kegetiran hidup dan hubungan kekeluargaannya ketika itu. Turut diceritakan tentang kehidupan Pendeta Za’ba dan keluarganya dari kaca mata pengarang yang jua mesra menyapa Za’ba sebagai Pak Long. Menerusi bahagian ini juga pembaca boleh meneladani tentang kegigihan Pak Long Za’ba yang dianggap garang, namun disulam pula dengan sikapnya yang pandai bergurau oleh Rashidah dalam mendidik anak-anaknya sehingga berjaya dalam pelajaran. Pengarang merakamkan kecintaannya yang mendalam terhadap keluarga Pendeta Za’ba.

Turut menghiasi jalur cerita kepengarangan Rashidah adalah tentang rencah keindahan catatannya bersama-sama saudara-maranya. Amat manis lagi Rashidah turut menyulam cerita dengan memaparkan kehidupan dunia orang surat khabar yang sebahagiannya telah mendarah daging di dalam jiwanya. Rashidah juga beranggapan bahawa bekerja sebagai wartawan di surat khabar adalah kerja yang paling mencabar dan susah. Namun pekerjaan itulah yang dilakukannya selama hampir 35 tahun.

Berkat kecekalan hati dan berbekalkan semangat juang yang tinggi dengan disulam oleh azam yang kuat beliau berjaya mengharungi pelbagai dugaan ketika menelusuri bidang yang diminatinya itu. Tugasannya yang tidak menentu waktu dan ruang juga banyak membawa dan menemukan beliau dengan tokoh penulis/kewartawanan tersohor seperti Yusof Ishak, Abd. Wahab Muhammad, Mustafa Suhaimi, Hashim Hassan, A. Samad Ismail, Osman Wok, Said Zahari dan lain-lain, Pengalaman di dunia kewartawanan banyak mengajar Rashidah untuk hidup berdikari yang tidak ada kena-mengena dengan dunia wartawan.

Senarai Gambar
Kata Pengantar
Prakata Penerbit

Bahagian I — Bersama Pak Long dan Mak Long

1. Pendeta Za’ba
2. Pak Long Garang dalam Mendidik Anak-anak
3. Pak Long Resah Tidak Dapat Membaca
4. Prinsip Berjimat Pak Long
5. Ingatan Pak Long Tajam
6. Pak Long Pandai Bergurau
7. Mak Long Murah Hati
8. Mak Long Tidak Pernah Menghampakan
9. Mak Long Suka Bersolek
10. Menjelang Raya Bersama Mak Long
11. Keluarga Pak Long Jadi Mangsa

Bahagian II — Kenangan Zaman Jepun

12. Keperitan Hidup
13. Bayangan Kengerian Perang
14. Cebisan Lagu-lagu Jepun
15. Rangka-rangka Manusia yang Lapar
16. Pengalaman Berjaja Makanan
17. Kenduri Kahwin
18. Masuk Sekolah Zaman Jepun

Bahagian III — Kehidupan Zaman Kanak-kanak

19. Tidak Mengenal Erti Susah
20. Mickey yang Setia
21. Dengar Mamak Karipap Lari Lintang-pukang
22. Disiplin Sekolah yang Ketat
23. Puasa Waktu Kecil dan Remaja
24. Hanya Tinggal Kenangan

Bahagian IV — Kehidupan Zaman Remaja

25. Lagak Remaja Dulu-dulu
26. Wayang Gambar dan Pelakon Pujaan
27. Kuih Raya Zaman Dulu
28. Sesen Sehari ke Peti Pekak
29. Ruginya Wanita Tidak Tahu Menjahit
30. Menunggu Posmen
31. Mengemis Duit Raya
32. Teruknya Kerja Dapur
33. Gadis Dulu Kurang Berlagak
34. Hadiah dan Nilainya
35. Membaca Sepertilah Makan Minum
36. Ibu Mana Tidak Bimbang
37. Lagu Asmara Bawa Peristiwa

Bahagian V — Kenangan Saudara-mara yang Sudah Pergi

38. Kak Wah yang Suka Bebas dan Berdikari
39. Di Kampung Halaman Ibu
40. Bimbang Terima Telegram dari Kampung
41. Cantik Hati Bawa ke Mati
42. Adikku Mat
43. Tiada Lagi Celoteh Abang

Bahagian VI — Menjadi Orang Surat Khabar

44. Wartawan Cuma Pandai Kelentong?
45. Temui Bintang Filem dan Orang Seni
46. Diperli Kerana Tuntut Elaun Kenderaan
47. Peristiwa Hitam di Pejabat Baru
48. Masa Susah Baru Tahu Siapa Kawan
49. Berlagak Lebih daripada Ketua

Bahagian VII — Kenangan di Hati

50. Cik N yang Ramah Mesra
51. Pak Cik, Datuk dan T
52. Sebuah Rumah di Simpang Jalan
53. Hutang Budi Dibawa Mati
54. Allahyarham Ja’far dan Wartawan Akrab

Bahagian VIII — Rencah Kehidupan

55. Masing-masing Hendak Tunjuk Kuat
56. Penarik Beca yang Sukar Dilupakan
57. Mogok Cinta dan Kahwin Lari
58. Jika Sakit Jangan Sayang Duit
59. Raikan Pengantin atau Jamu Mata
60. Orang Dulu Lebih Amanah
61. Kenyataan lebih Hebat daripada Cerita Televisyen
62. Orang Dulu Tidak Kenal Doktor
63. Pekerja Dulu Tidak Pentingkan Gaji
64. Tidak Warisi Harta
65. Belanja Pasar Dulu dan Sekarang

Bahagian IX — Corak Kehidupan dan Usia Diri

66. Di atas Bulan, di bawah Mentari
67. Tiba Giliran Menjaga Cucu
68. Semua kerana Cucu
69. Cucu Berkaki Empat
70. Kenapa Masyarakat Tidak Mengerti?

Bahagian X — Jauh Berjalan Luas Pandangan

71. Dugaan di Tanah Suci
72. Yang Tidak diduga Berlaku
73. Perjalanan Tidak Dirancang

Indeks

Weight 0.531 kg
Dimensions 22.8 × 15.1 × 2 cm
Author(s)

Edition

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Memoir Rashidah Ismail: Pendeta Za’ba dan Kisah Silam”

Your email address will not be published. Required fields are marked *