Za’ba: Ahli Fikir dan Ahli Bahasa

ASMAH HAJI OMAR (Jitra, 5 Mac 1940—) adalah Profesor Emeritus, pakar nahu Bahasa Melayu dan tokoh terkenal dalam bidang perancangan bahasa. Beliau juga pemegang Kursi Tamadun Melayu Za’ba dan Pengarah Institut Tamadun Melayu di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak. Sebelum itu, Asmah ialah ahli akademik Universiti Malaya dari tahun 1963 sehingga persaraannya sebagai Timbalan Naib Canselor Universiti Malaya. Di samping itu, beliau juga pernah menyandang jawatan Dekan Fakulti Bahasa dan Linguistik serta merupakan anggota Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu. Antara karya besar beliau ialah Essays on Malaysian Linguistics (DBP, 1975), Kepelbagaian Fonologi Dialek-dialek Melayu (DBP, 1977), An Introduction to Malay Grammar (DBP, 1985), Bahasa dan alam pemikiran Melayu (DBP, 1986), Bahasa Melayu abad ke-16: Satu Analisis Berdasarkan Teks Melayu `Aqa’id al-Nasafi (DBP, 1991), Bahasa Melayu di Samudera: Benih yang Baik Menjadi Pulau (DBP, 2006), Susur Galur Bahasa Melayu (DBP 2007), dan Ensiklopedia Bahasa Melayu (DBP 2008).

DBP (Cetakan Kedua 2015)
261 halaman

RM35.00

In stock

If you purchase this book you will earn 7 points worth of RM0.70!
Product ID: 4392 SKU: 9789834611507 Category: Tags: , , , , , , , , ,

Za’ba: Ahli Fikir dan Ahli Bahasa menelusuri pertumbuhan dan perkembangan karya Za’ba sejak beliau kanak-kanak lagi hinggalah beliau menghasilkan karya-karya unggul dalam bentuk buku dan makalah. Za’ba pernah berkata, “Pekerjaan yang paling saya gemar ialah mengarang, menulis.” Kerjayanya sebagai guru dan pegawai pelajaran menjadikan Za’ba ahli bahasa Melayu ulung yang meletakkan peraturan-peraturan asas dalam nahu dan fonologi (melalui ejaan Rumi dan Jawi) Melayu.

Bagi memenuh objektif penulisan Za’ba: Ahli Fikir dan Ahli Bahasa, penulis telah memilih beberapa karya yang dihasilkan Za’ba untuk melihat bagaimana ketokohan dan pemikiran Za’ba terbentuk sejak usia kecil.

Tulisan Za’ba yang berjudul Taqdir (Sukatan Azali) Dalam Ugama Islam antara yang diteliti oleh penulis. Menurut penulis, dalam membaca semuh teks tersebut, beliau mendapati bahawa Za’ba menjelaskan dan memperincikan makna ungkapan-ungkapan Arab yang membawa konsep-konsep yang berhubungan dengan taqdir, serta qadha’ dan qadar dengan menggunakan kaedah semantik, khususnya yang berteraskan teori medan makna (semantic field theory).

Za’ba tidak mengatakan bahawa kaedah analisisnya itu berdasarkan mana-mana teori, tetapi analisisnya itu jelas meliputi kaedah teori berkenaan. Kaedah ini juga digunakan dalam menjelaskan dan menganalisis konsep-konsep penting dalam Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri, dan juga sekumpulan artikel yang diterbitkan dalam majalah Al-Ikhwan dan Qalam, yang telah penulis teliti dan bincangkan dalam Bab 12: Menuju Akhlak Mulia.

Apabila meneliti teks-teks yang memperkatakan akidah dan akhlak dalam agama Islam, ditambah pula dengan maklumat dalam penulisan Profesor Diraja Ungku Aziz mengenai konsep kemiskinan yang dibawa oleh Za’ba dan artikel-artikel Za’ba yang diperkatakan oleh Profesor Diraja, maka sedarlah penulis bahawa teras minat Za’ba adalah bangsa Melayu, yakni orang Melayu “jati”, yang beragama Islam dan yang menggunakan bahasa Melayu. Dia menggunakan bahasa sebagai alat yang memungkinkan dia menghasilkan fikiran yang bernas dan menyampaikan fikiran itu kepada masyarakat. Inilah kaedah ahli falsafah menyampaikan falsafahnya.

Karya-karya yang disebut itu merupakan sumber utama dalam penghasilan buku Za’ba: Ahli Fikir dan Ahli Bahasa. Ada banyak lagi hasil penulisan mengenai karya dan pemikiran Za’ba, dalam bentuk buku dan makalah. Karya-karya Profesor Adnan Haji Nawang banyak memperkatakan peranan Za’ba dalam perjuangan kemerdekaan serta etosnya dalam mempertingkatkan taraf sosioekonomi orang Melayu.

Secara sedar penulis tidak memasukkan bidang ini dalam Za’ba: Ahli Fikir dan Ahli Bahasa, kerana penulis tidak berkemampuan dalam bidang berkenaan. Jika adapun disebut, maka ini hanya sentuhan sepintas lalu sahaja dalam bab-bab yang berhubung dengan pendidikan akhlak.

Surat-surat serta catatan Za‘ba yang terdapat dalam fail-fail yang tidak berkatalog di Perpustakaan Peringatan Za’ba, Universiti Malaya, memberi kesegaran dalam penulisan Za’ba: Ahli Fikir dan Ahli Bahasa. Apabila Za’ba sudah tidak bersama kita lagi, maka apa yang ditulis itu biasanya menggunakan sumber sekunder. Sumber primer hanyalah biografi Pendeta Za’ba Dalam Kenangan dan Memoir Za’ba, kerana maklumat dalam kedua-duanya itu adalah daripada mulut Za’ba sendiri. Surat-surat serta catatan-catatannya merupakan sumber yang langsung dari dia yang tersimpan untuk beberapa lama dalam fail-fail khazanahnya. Penulis mengatakan sumber itu “segar” kerana beliau belum lihat orang lain menggunakannya dalam penulisan mereka. Dokumen-dokumen tersebut diturunkan dalam lampiran buku ini.

Za’ba telah menulis karya-karyanya dan juga surat-surat serta catatan-catatannya dalam tulisan jawi. Dalam Za’ba: Ahli Fikir dan Ahli Bahasa, petikan yang secara langsung diambil dari tulisan jawi ditransliterasi menurut ejaan yang ada sekarang. Jika memang ditulis dalam tulisan Rumi dari mulanya, maka ejaan lama yang dikenal sebagai Ejaan Za’ba itu dikekalkan. Petikan yang ditransliterasi terlebih dahulu oleh DBP diturunkan menurut teks DBP.

Weight 0.420 kg
Dimensions 15.2 × 1.5 × 22.7 cm
Edition

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Za’ba: Ahli Fikir dan Ahli Bahasa”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More from this Author…