Ensiklopedia Bahasa Melayu

ASMAH HAJI OMAR (b. 1940 – ) adalah Profesor Emeritus dan pakar nahu Bahasa Melayu serta tokoh terkenal dalam bidang perancangan bahasa. Beliau juga Profesor Kerusi Tamadun Melayu Za’ba dan Pengarah Institut Tamadun Melayu di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak. Sebelum itu, Asmah ialah ahli akademik Universiti Malaya dari tahun 1963 sehingga persaraannya sebagai Timbalan Naib Canselor Universiti Malaya. Di samping itu, beliau juga pernah menyandang jawatan Dekan Fakulti Bahasa dan Linguistik serta merupakan anggota Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu.

DBP (Cetakan Pertama, 2008)
300 halaman

RM80.00

In stock

Product ID: 6923 SKU: 9789836293213 Category: Tags: , , , , , , ,

Ensiklopedia Bahasa Melayu ialah karya rujukan yang boleh dianggap sebagai perintis pembaharuan dalam penerbitan ensiklopedia oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Tidak seperti ensiklopedia umum, yang biasanya diterbitkan dalam banyak jilid, meliputi banyak bidang ilmu, dan disusun mengikut abjad, ensiklopedia dalam bentuk baru ini memperkenalkan ensiklopedia yang dikenali sebagai ensiklopedia khusus atau ensiklopedia bidang. Ensiklopedia ini diterbitkan dalam satu jilid yang memerikan bahasa Melayu sebagai suatu bidang ilmu yang dibina dan dikembangkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai badan perancang bahasa Melayu di Malaysia.

Ensiklopedia Bahasa Melayu mengandungi sebanyak mungkin maklumat penting yang dapat memberi suatu gambaran menyeluruh tentang bahasa Melayu. Kesemua maklumat itu terangkum dalam tiga puluh dua tajuk dan di bawah setiap satunya terdapat tajuk-tajuk lain yang berkaitan dengannya. Setiap satu tajuk boleh dibaca secara terpisah atau kesemua tajuk boleh dibaca secara keseluruhan. Maklumat dalam ensiklopedia ini ditulis semudah mungkin untuk difahami khalayak dari pelbagai latar pendidikan. Sama pentingnya dengan maklumat ialah ilustrasi dalam bentuk gambar, peta, rajah, kartun, sketsa, jadual, garis-waktu, dan contoh-contoh tentang penggunaan bahasa yang dipetik daripada pelbagai sumber. Maklumat yang digabungkan dengan ilustrasi bukan sahaja memperjelas dan memperlengkap maklumat, tetapi juga menghiasi ensiklopedia ini. Di hujung ensiklopedia ini disediakan bibliografi dan indeks sebagai rujukan.

Tujuan paling utama untuk menerbitkan Ensiklopedia Bahasa Melayu adalah untuk menghimpun dan mendokumentasikan sebanyak mungkin maklumat tentang bahasa Melayu dalam satu jilid yang boleh dibanggakan. Sebagai suatu permulaan, ensiklopedia ini telah meletakkan asas yang baik untuk membangunkan bidang bahasa Melayu pada masa akan datang. Yang pastinya, penerbitan ensiklopedia ini menyumbang kepada perbendaharaan ilmu tentang bahasa Melayu yang ditulis dalam bahasa Melayu. Ensiklopedia ini direka bentuk supaya menarik dari segi kandungan dan reka bentuk untuk dijadikan suatu sumber maklumat yang sering dirujuk oleh pencinta bahasa.

Ensiklopedia Bahasa Melayu disusun mengikut tajuk, dan setiap tajuknya meliputi setiap aspek bahasa Melayu dan aspek-aspek berkaitan, iaitu:

  1. Sejarah Bahasa Melayu
  2. Penyebaran bahasa Melayu
  3. Bahasa Melayu pada batu bersurat di Sumatera Selatan dan Terengganu
  4. Bahasa Melayu dalam manuskrip al-‘Aqa’id al-Nasafiyy
  5. Bahasa Melayu dalam warkah lama
  6. Peranan bahasa Melayu sebagai bahasa pemerintahan, bahasa pentadbiran, bahasa undang-undang, bahasa pengantar dalam pendidikan
  7. Perancangan taraf bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, dan perancangan korpus bahasa Melayu
  8. Variasi sosial, variasi nasional, variasi kawasan
  9. Sistem tulisan Jawi dan Rumi, sistem ejaan Jawi dan Rumi
  10. Fonetik dan fonologi
  11. Nahu, morfologi, sintaksis
  12. Intonasi dan tanda baca
  13. Peminjaman kata
  14. Bahasa kiasan, peribahasa, teka-teki
  15. Bahasa Melayu dalam karya sastera tradisional dan moden, bahasa humor, bahasa filem
  16. Ragam bahasa, percampuran bahasa
  17. Perkamusan Melayu
  18. Leksikon, struktur leksikal, etimologi.

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 1.25 kg
Dimensions 28.3 × 22.4 × 2.5 cm
Edition

Format

ISBN

9789836293213

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Ensiklopedia Bahasa Melayu”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.