Mencari Belerang Merah: Kisah Hidup Ibnu ‘Arabī

CLAUDE ADDAS adalah penyelidik terkemuka tentang Ibnu ‘Arabî dan Islam-Sepanyol. Karyanya yang lain adalah The Voyage of No Return (2000). Beliau juga menyumbang sebuah artikel dalam The Legacy of Muslim Spain (1992).

Terjemahan oleh Eekmal Ahmad dan Farhan Affandi

IBDE (Cetakan Pertama, 2018)
396 halaman

RM40.00

In stock

Mencari Belerang Merah: Kisah Hidup Ibnu ‘Arabī merupakan terjemahan daripada Quest for the Red Sulphur: The Life of Ibn ‘Arabi karya Claude Addas oleh Eekmal Ahmad dan Farhan Affandi. Matlamat penulis menerusi buku ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menghasilkan karya biografi. Usaha pertama ialah menjejaki kembali pengembaraan rohaniah dan intelektual Ibnu Arabi, serta jika boleh, menempatkan pengembaraan ini dalam konteks keagamaan dan sejarah zaman itu. Dalam kerangka ini, tidak timbul persoalan untuk melakukan analisis terperinci mengenai doktrin dan ajaran Ibnu Arabi. Tujuan penulis jauh lebih sederhana: memberikan sumbangan kecil dalam menjelaskan asal-usul ajarannya dan menekankan betapa erat kaitannya dengan ‘keadaan’ (ahwal) dan ‘maqam’ (maqamat) yang dialaminya mahupun tradisi sangat panjang yang diwariskan dan disampaikan kemudiannya.

Selain itu, tema-tema penting mengenai pemikirannya telah menjadi kajian utama selama beberapa dasawarsa. Tidak perlu kita menjenguk kembali Kleinere Schriften des Ibn al-ʿArabī karya Henrik S. Nyberg dan Vida de Abenarabi karya Miguel Asin Palacios: kita hanya perlu merenungi karya yang disusun oleh Henry Corbin dan Izutsu (dan lebih mutakhir lagi oleh karya ilmuwan Jepun yang lain, Masataka Takeshita) atau ulasan Michael Valsan yang menarik disertai terjemahannya dalam memperoleh maklumat sejumlah penerbitan yang dipersembahkan untuk membahas kumpulan tulisan Ibnu ‘Arabi — walaupun ini tentu sahaja tidak bererti bahawa perbahasan dan perungkaian tersebut sudah sempurna. Ini kerana, atas beberapa alasan yang jelas, mustahil untuk penulis membataskan diri dengan hanya mengutip kajian-kajian ini. Sering kali penulis menjelaskan bahawa beliau merasa perlu merujuk terus kepada pemikiran penting yang terdapat pada karya Ibnu ‘Arabi sendiri, namun menerusi Mencari Belerang Merah: Kisah Hidup Ibnu ‘Arabī, penulis tidak berani menyatakan telah melakukannya dengan cukup memuaskan.

“Saya hanya menceritakan apa yang saya rasa,” kata pengarang Futuhat itu. Dalam maksud tertentu, seluruh karyanya tidak lain adalah merupakan catatan tentang pengalaman batinnya: mimpi-mimpi, dialog dengan orang yang sudah mati, mikraj, pertemuan misteri dalam “Dunia Khayal” (alam alkhayl), dan perjalanan menakjubkan di langit. Apakah semua itu merupakan fantasi seorang yang gila seperti yang diyakini Asin, atau pengalaman kerohanian sejati seperti yang dinyatakan Corbin, hakikatnya adalah bagi Ibnu Arabi, semua pengalaman itu bukan sekadar nyata, bahkan lebih nyata daripada tanah Andalusia yang dijejakinya semasa masih kanak-kanak. Setiap orang yang bersungguh-sungguh mengkaji Syeikh al-Akbar, sama ada sebagai penulis biografi atau penulis sejarah pemikiran, haruslah mempertimbangkan hal tersebut. “Hanya seorang suci yang mampu memahami orang suci,” ujar Julien Green tentang Francis dan Assisi. Namun, penulis tidak menyatakan bahawa telah memahamkan apatah lagi menjelaskan tokoh luar biasa yang keberadaannya akan beliau paparkan nanti. Teka-teki masih tersisa.

Tatkala menyatakan perkara ini, apa yang ada dalam kotak fikiran penulis sewaktu menulis Mencari Belerang Merah: Kisah Hidup Ibnu ‘Arabī bukanlah suatu teka-teki sejarah yang diberikan jawapan pada masa akan datang sekiranya beberapa dokumen yang hilang itu dijumpai lalu berupaya menerangkan beberapa catatan tentang tarikh dan tempat, namun belum mampu untuk memberi penjelasan. Dalam fikiran penulis, terdapat pertentangan-pertentangan yang tidak ragu-ragu lagi akan dapat diselesaikan secara sub specie aeternitatis (dari aspek universal), namun dari sudut pandang kehidupan material, ia tidak dapat dipecahkan, iaitu kepastian-kepastian yang tidak terjangkau oleh akal manusia dan keistimewaan orang-orang muhaqqiqun atau orang-orang yang telah mencapai kebenaran. Apa yang dapat penulis lakukan adalah menuruti Ibnu ‘Arabi dalam menempuh denai-denai aneh yang tidak dibatasi oleh empat arah mata angin. Selama menempuh pengembaraan ini, seseorang itu kadang-kala merasa tersesat; dan terkadang merasa terkurung dalam sebuah penjara labirin yang tidak ada jalan keluar. Akan tetapi, Syeikh al-Akbar pernah menyatakan bahawa “semua jalan berbentuk bulatan,” bahawa pengembaraan yang sedang ditempuh akhirnya menuju kepada diri sendiri.

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 0.544 kg
Dimensions 22.5 × 15 × 3 cm
Edition

Format

ISBN

9789671648827

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Mencari Belerang Merah: Kisah Hidup Ibnu ‘Arabī”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.