Merentasi Sempadan yang Melewati Zaman: Kumpulan Esei Sempena Persaraan Profesor Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman

Suntingan: Amer Saifude Ghazali Zulkanain Abdul Rahman Rosmadi Fauzi

Penerbit UM (Cetakan Pertama, 2018)
577 halaman termasuk Indeks

RM98.00

In stock

If you purchase this book you will earn 20 reward points!

Merentasi Sempadan yang Melewati Zaman: Kumpulan Esei Sempena Persaraan Profesor Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman mengetengahkan himpunan tulisan para sarjana tempatan yang sememangnya telah terkenal dalam bidang pengkhususan masing-masing yang dihasilkan sebagai satu tanda menghargai jasa, sumbangan dan penglibatan Profesor Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman dalam bidang akademik sepanjang perkhidmatan beliau di Universiti Malaya selama lebih 30 tahun.

Bab-bab yang dimuatkan dalam buku ini merupakan hasil kajian di peringkat pascasiswazah; pembentangan kertas kerja dalam persidangan peringkat kebangsaan dan antarabangsa; dan ucap utama. Justeru, sumber yang digunakan sangat berwibawa dan boleh dipertanggungjawabkan dalam setiap bab yang ditulis.

Merentasi Sempadan yang Melewati Zaman terbahagi kepada dua bahagian, iaitu sosiopolitik dan sosiobudaya; dan merangkumi pelbagai tajuk dan dimensi. Topik-topik dalam sosiopolitik menyentuh pelbagai isu. Antaranya termasuklah perkembangan semasa politik dan kepartian di Malaysia; peranan dan pemikiran tokoh-tokoh politik tertentu; persoalan politik berteraskan perkauman; dan juga menyuburkan amalan demokrasi di Malaysia.

Dalam perspektif sosiobudaya pula, perbincangan mencakupi isu-isu seperti sejarah pendidikan Islam dalam masyarakat, peranan dan pencapaian ABIM dalam suasana politik semasa, penglibatan dan sumbangan ulama kepada pembentukan modal insan; dan juga isu-isu hak asasi di peringkat serantau dan antarabangsa.

Buku ini perlu dijadikan rujukan oleh pengkaji sejarah; masyarakat; dan politik kontemporari, mahasiswa/i dan calon pascasiswazah.

Weight 0.874 kg
Dimensions 15 × 2.3 × 22.8 cm
Edition

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Merentasi Sempadan yang Melewati Zaman: Kumpulan Esei Sempena Persaraan Profesor Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman”

Your email address will not be published. Required fields are marked *