Nusantara daripada Pelbagai Perspektif Kearifan Tempatan

Disunting oleh NAZARUDIN ZAINUN dan A. S. HARDY SHAFII

Penerbit USM (Cetakan Semula, 2018)
147 halaman termasuk Indeks

RM31.00

In stock

If you purchase this book you will earn 7 reward points!

Nusantara daripada Pelbagai Perspektif Kearifan Tempatan merangkumkan ilmu kearifan tempatan yang ditekuni dalam wilayah Nusantara daripada pelbagai perspektif dalam usaha untuk melestarikan ilmu kearifan tempatan dalam pelbagai disiplin ilmu termasuk aspek arkeologi, sejarah, antropologi, sosiologi, warisan dan sebagainya. Aspek kepelbagaian khazanah dilihat bertemu sebagai khazanah kearifan tempatan dalam pelbagai budaya serantau di Nusantara. Perbincangan turut menyentuh tentang migrasi orang asli Kuala (Duano), perbahasan tentang cangkerang moluska sebagai perhiasan badan dan diet masyarakat Zaman Logam. Turut dibincangkan tentang etnik Kadazandusun dan budayanya. Penggunaan sumber asli dan kearifan tempatan di Kampung Telok Melano dan Kampung Telok Serabang turut membabitkan aspek seperti sosiobudaya, seni bina dan sejarah.

Sementara di Nusantara, perbincangan menjurus kepada seni bina Masjid Agung Banten yang jelas memaparkan ilmu kearifan tempatan. Selain itu, kearifan memanfaatkan sumber hutan juga dibincangkan yang melibatkan masyarakat Jahai. Penemuan arkeologi di Lembah Bujang juga dibincangkan sebagai antara lokasi peradaban terawal manusia di Nusantara. Akhir sekali, naskhah ini turut memaparkan tentang sejarah pedalangan wayang Melayu sebagai salah satu khazanah kearifan tempatan di Nusantara.

Melihat kepada kewujudan kepelbagaian etnik dan bangsa di kawasan Nusantara yang sempit ini, maka sudah pasti banyak warisan sama ada dalam bentuk cerita mahupun kebendaan yang akan dapat dijumpai. Kepelbagaian etnik yang sedia ada di Nusantara ini ditambahkan lagi dengan kedatangan bangsa-bangsa Asia lain ke Nusantara ini sejak beberapa kurun lampau yang telah menambahkan lagi kepelbagaian kearifan tempatan di sini.

Dengan demikian jelaslah bahawa kawasan Nusantara ini merupakan kawasan pertemuan khazanah kearifan tempatan daripada pelbagai pelosok dunia. Pertemuan ini jelas telah memperkayakan lagi budaya serantau dengan kepelbagaian etniknya. Kelompok warisan budaya ini dibincangkan dalam banyak aspek dan dengan pelbagai cara melalui makalah-makalah yang dipersembahkan dalam buku ini.

Berdasarkan kesemua makalah tersebut, jelas membuktikan bahawa Nusantara merupakan kawasan yang mempertemukan khazanah kearifan tempatan dalam budaya serantau. Hal ini sekali gus membawa maksud ruang cakupan kearifan tempatan di rantau ini sangat luas ruang lingkupnya. Satu hal yang menjadi pengikat penting dalam hal ini adalah sejauh mana warisan dan bukti kearifan tempatan ini dapat ditonjolkan dan dipelihara ‘martabatnya’ sehingga berupaya menjadi faktor penarik kepada bidang ini di Malaysia.

Hal ini kerana sebagai kawasan yang mempertemukan kepelbagaian khazanah dan warisan kearifan tempatan di Nusantara, sudah tentu wujudnya keperluan terhadap kelestariannya pada masa mendatang. Semua warisan ini jelas menjadi pelambangan kepada identiti sosial melalui pelambangan nilai-nilai tempatan yang terdapat di Nusantara.

Prakata

Pengenalan

Dinamisme Sejarah Penghijrahan Orang Asli Kuala (Duano) di Johor

Cangkerang Moluska: Perhiasan Badan Masyarakat Prasejarah Gua Kain Hitam B, Niah, Sarawak dan Melanta Tutup, Semporna, Sabah

Kearifan Tempatan dalam Sudawil (Pantun) Kadazandusun dan Pelestariannya Melalui Pengajaran di Sekolah

Penggunaan Sumber Asli dan Kearifan Tempatan di Kampung Telok Melano dan Kampung Telok Serabang di Lundu: Satu Pemerhatian

Bentuk dan Makna Kaki Tiang Masjid Agung Banten: Antara yang Tersirat dan yang Tersurat

Kearifan Memanfaatkan Sumber Hutan dalam Aktiviti Meramu Masyarakat Jahai di Hutan Belum-Temengor

Bata Bertanda Garisan Jari di Sungai Batu, Lembah Bujang, Kedah: Kaitannya dengan Penyebaran Pengaruh dan Sistem Kepercayaan Masyarakat Awal di Lembah Bujang dan Asia Tenggara

Sejarah Pedalangan Wayang Melayu

Penyumbang

Indeks

Weight 0.296 kg
Dimensions 24 × 16.5 × 1 cm
Author(s)

, , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Edition

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Nusantara daripada Pelbagai Perspektif Kearifan Tempatan”

Your email address will not be published. Required fields are marked *